webnovel

Rumah Lelong Roh Api (6)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Enam orang?" tanya Qu Ling Yue dengan mata terbeliak. Dia memikirkan yang jumlah itu sukar dipercayai.

Tak kiralah akademi mana pun, semuanya mahu menghantar seramai mungkin calon untuk mengambil bahagian di dalam Kejohanan Pertempuran Roh. Tidak pernah mereka dengar ada akademi yang muncul dengan jumlah kurang daripada sepuluh orang peserta. Situasi Akademi Zephyr ini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah kejohanan ini!

Lei Chen mengangguk. "Insiden di Akademi Zephyr pada hujung tahun lepas terlalu besar dan menyebabkan mereka kehilangan ramai pelajar dan guru. Beta terlihat senarai nama yang Akademi Zephyr hantar untuk Kejohanan Pertempuran Roh. Kesemua enam nama itu tak pernah Beta tidak kenal dan tidak pernah dengar sebelum ini. Satu-satunya orang yang Beta kenal ialah adik Fan Jin iaitu Fan Zhuo."

"Tak mungkin… Orang yang sakit teruk itu benar-benar mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini?" Pemuda yang selama ini diam sahaja menyampuk dengan perasaan terkejut sebaik nama Fan Zhuo disebut. Dia seolah-olah ternampak hantu.

Lei Chen membalas sambil ketawa, "Betul tu. Semua orang tahu yang Fan Zhuo itu lemah dan berpenyakit. Tapi walau apa pun sebabnya, nampaknya dia telah dipaksa datang tahun ini. Jelas sekali yang Akademi Zephy telah berusaha sedaya boleh untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini. Beta rasa enam calon inilah peserta terbaik yang mereka mampu kumpulkan setelah bersusah-payah sehingga mencapai had batasan mereka."

Pemuda itu mengklik lidahnya lalu berkata, "Saya tak fikir Akademi Zephyr berniat untuk mendapatkan apa-apa kedudukan tahun ini. Tak… lebih tepat lagi, mereka tak ada kemampuan untuk berlawan pun. Saya fikir tak lama lagi Akademi Zephyr akan lenyap dari kedudukannya sebagai salah satu daripada tiga akademi elit terbaik." Sambil bercakap, dia memerhatikan riak wajah Qu Ling Yue lalu dengan sengaja berkata, "Guru-guru yang bagus pasti sudah tinggalkan akademi dan mereka yang tinggal pastinya orang-orang yang tidak begitu berkemahiran. Kalau diperhatikan, saya tak fikir lelaki tu terlalu jauh beza umur dengan kita. Jadi sejauh mana saja bakatnya? Saya rasa betul cakap Senior Fu. Tak kira betapa kacaknya seseorang itu, itu cuma luaran. Tanpa kemahiran, dia hanya seorang yang dungu."

Qu Ling Yue menjeling pemuda itu dan mencebik sebelum berpaling. Dia enggan bercakap dengan pemuda itu.

Melihatkan Qu Ling Yue tidak mempedulikannya, pemuda itu tidak ada pilihan selain duduk merajuk di satu sudut.

Fu Xuan yang menyedari situasi ini menjeling Lei Chen yang sedang tersenyum itu dengan ekor matanya sebelum berkata, "Ling Yue, kamu tak perlulah begitu tertekan disebabkan si dungu dari Akademi Zephhyr, ya? Jangan beritahu saya yang kamu benar-benar dah tertawan. Kamu perlu sedar yang walaupun kamu benar-benar sukakan dia, identiti lelaki itu tidak akan membuatkan ayah kamu membenarkan kamu berdua bersatu."

"Senior Fu! Apa yang kamu cakap ni!? Saya cuma… cuma fikir yang dia tu tampan orangnya. Saya cuma mengagumi rupa paransnya, itu saja! Saya tak mahu cakap tentang hal ini lagi! Saya… saya perlu balik sekarang!" Wajah Qu Ling Yue bertukar merah dan dia terus bergegas pergi dari situ.

Fu Xuan menjeling pemuda yang sedang merenung kosong di satu sudut bilik itu lalu berkata, "Mungkin bahaya kalau Ling Yue dibiarkan pulang sendirian. Kamu patut pergi teman dia."

Pemuda itu terus mengangguk dan berlalu pergi.

Di dalam bilik peribadi itu hanya ada Lei Chen dan Fu Xuan.

"Dungu? Saya rasa rupa paras lelaki itu sesuai dengan cita rasa Junior Fu, bukan?" Lei Chen tiba-tiba berjalan mendekati Fu Xuan untuk duduk di sebelahnya. Senyuman di wajahnya masih lagi kelihatan mesra. Tetapi tangannya dengan biadab merangkul bahu Fu Xuan dan mendakapnya dengan mesra.

Fu Xuan pura-pura menolak sewaktu dipeluk. Kemudian dia memberikan jelingan menggoda sebelum mengangkat jari lalu mencucuknya ke dada Lei Chen.

"Rupa parasnya sesuai dengan cita rasa Patik atau Tuanku yang mahu rupa parasnya sesuai dengan Patik? Kenapa? Tuanku terlihat Ling Yue tergoda dengan lelaki itu dan Tuanku berasa cemburu?"

Lei Chen tersenyum dan berkata, "Adik Xuan memang mengenali Beta. Jadi kamu patut tahu apa yang perlu dilakukan."

Fu Xuan menjeling Lei Chen dan ketawa dengan menggoda sebelum membaringkan kepalanya di dada lelaki itu.