Pagi Ahad itu , Ika bersiap pergi ke hospital untuk melawat adik Kimy . Matanya bengkak sedikit akibat menangis semalaman.Ika siap-siap mengemaskan dirinya untuk ke hospital .
Sampai sahaja di wad Ika melihat Kimy masih lagi tertidur. Ika melihat ibu Kimy yang sedang melelapkan mata namun terjaga apabila kehadiran Ika.
"Pagi makcik! , "Ika senyum kepada ibu Kimy.
Mata ibu Kimy kelihatan redup seperti baru menangis . Ika yang berdiri di depan katil membaca case note Kimy.
" Lung Cancer stage 2 ? , " desis hati Ika menahan sebak.
Kuatnya Kimy melawan penderitaannya selama ini .
"Mak cik nak pergi kantin beli makanan dulu . Tolong tengokkan Kimy , " sayu wajah ibu Kimy .
Ika duduk diatas kerusi menggantikan tempat duduk ibu Kimy.
Kimy terjaga . Lalu dengan cepat mencium pipi Ika .
"Kakak , selamat pagi . Kakak , hari ni Kimy nak cakap sesuatu , jangan marah Kimy ya , " lalu membetulkan kedudukannya di atas katil.
Ika mengangguk diam menanti apa yang cuba di sampaikan oleh Kimy .
"Kimy minta maaf tak dapat janji . Kimy tahu hidup kimy tak lama . Kimy sayang akak , akak nurse yang terhebat , " terus mengukirkan senyuman.
Bagaimana boleh aku mengukirkan senyuman pada budak berusia 8 tahun ? Air mata ku tewas lalu mengalir . Aku tidak dapat melarang apa yang cuba disampaikan Kimy . Aku tewas dengan perasaan ku .