Zalyani masih lagi terasa hati bahawa sesuatu perkara buruk akan berlaku setelah Aisyahazira dan bapa saudaranya, Syahami bertikaman lidah antara satu sama lain berkenaan kedudukan masing-masing dan kepentingan mereka berdua. Ketakutan sahabat rapat kepada pemerintah diraja Zion itu punya logika yang berasas atas beberapa hal berkemungkinan. Malahan itu memicu kebimbangannya.
Pertama, Djohann itu sudah sekian lama menjadi Turus Utama Pentadbiran Tentera Zion, termasuk darat, laut; udara dan unit-unit khas di dalam penguasaannya. Manakala Aisyahazira pula lebih kepada sokongan tak berbelah bagi dan pengakuan setia rakyat jelata terhadap ketuanannya untuk memerintah planet Zion itu sendiri. Ia menjadi satu persaingan yang berketidakseimbangan.
Bagaimanakah Zalyani mahu menahan kegelisahan diri dengan melihat sahaja satu perang saudara berdarah terjadi di depan mata tanpa berbuat apa-apa? Itu menjadi satu dilema yang sangat ketara untuk gadis muda ini lalui; hari demi hari, waktu demi waktu. Dalam diam, dia cuba untuk menjernihkan kembali keadaan yang semakin lama mengeruh.
Mungkin ramai rakyat marhaen tidak tahu bahawa Zalyani juga merupakan salah seorang dari beberapa orang penting dalam Kepemimpinan Lapan Lipatan. Sebab dia tidak berapa di kenali; hanya dia dan Tuhan sahaja yang akan mengerti. Entah faktor umur atau kerahsiaan yang menjadi alasan ketidaktahuan orang ramai terhadapnya. Itu perkara yang berbeza.
Perkara mustahak yang bermain-main di benak fikiran si Esterna sekarang ini lebih dari apa yang di persoalkan orang terhadapnya. Untuk berdepan dengan dua kerabat yang punya pro dan kontra antara mereka menjadi kebingungan yang nyata untuk dia rundingkan bersama. Jika tidak dia lakukan sesuatu; alamatnya, akan hancur Zion dan seisinya.
Masanya di perhitungkan sekarang dan Zalyani tahu dia tidak boleh mengangguh-ngangguhkan lagi. Andai dia jadi taruhan untuk semua perselisihan ini berakhir, itu lebih dari apa yang dia harapkan. Tetapi bukan mudah dan terlalu susah untuk jadi nyata dalam sekelip mata. Dalam diam Esterna berdaim, tiba-tiba ilham menjelma untuk membukakannya jalan.
"Aku akan berdepan dengan mereka berdua secara sendirian dan berselang ketika supaya tidak menjadi beban dan imbalan yang tidak seneraca di tengah-tengah... Menggunakan tegas dan kekerasan akan menjadi satu perkara yang takkan berkesudahan... Lembut pula tidak bererti menurut; sekurangnya pendirianku sekukuh batu gunung bila hendak di hancur mereka dengan sederai-derainya..."
Zalyani mula memasang tekad; nekadnya hanya satu, takkan terjadi sebarang kehuru-haraan yang akan berlaku; sebolehnya dalam masa-masa terdekat. Tidak seperti kebanyakan yang masing-masing cuma berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa tindakan. Geraknya di atur dengan penuh kerahsiaan agar tiada siapa dapat perasan apa yang cuba di lakukan oleh pacalan Zionyan ini.
Langkah pertama, seperti yang dia mahu; dia harus berdepan sendiri dengan bapa saudara kepada sahabat istimewanya itu. Siapa lagi kalau bukan si Syahami itu sendiri??? Memang berat hati dia ingin bertemu apatah lagi jika undangannya di penuhi sekadar untuk di hembur segala caci dan maki. Kegusaran itu, Esterna buang jauh-jauh.
Dengan selafaz doa yang ringkas dan keazaman yang tinggi, Syahami akan Zalyani hadap untuk menyelesaikan perbalahan antara orang terpenting dalam Kepimpinan Tentera dan juga orang terpenting dalam sistem beraja Zion itu sendiri. Dia tahu, jika niat dia di salahpahami atau tidak di terima maka itu akan menjadi perkara yang buruk.
---
Sepanjang hari ini, Aisyahazira hanya menyendiri seorang diri di ruang pemakaman diraja yang terletak tidak jauh dari Istana Besar Zion. Di situ juga bersemadinya beberapa orang penting sepenting dirinya bermula dari susur-galur moyang asal ketuanan beraja Zion hingga kepada ayahanda dan bondanya. Seperti yang dia tahu sejak sekian kurun lamanya.
Pemakaman Diraja ini sangat di jaga rapi dan tidak di buka untuk tatapan umum berkemungkinan akan di cemari dengan perkara yang tidak di ingini. Di pintu gerbang makam saja di kawal ketat oleh beberapa orang Pengawal Diraja dan semua urusan harus berdepan dengan mereka sebagai pengesahan tambahan. Aisyahazira tidak terkecualikan.
Setelah di beri kebenaran bersandarkan alasan dan pengesahan, pintu gerbang pemakamann diraja akan di buka dalam satu tempoh dan akan di tutup semula setelah masa untuk berziarah tamat seperti yang telah di tetapkan. Sayu di hati Aisyahazira bernada sendu bila dia dapat menatap kedua-dua makam ayahanda dan bondanya. Airmatanya bercucuran.
Duhai ayahanda dan bondaku tercinta...
Maafkan anakanda jika anakanda tidak dapat memenuhi harapan dan impian yang telah bonda dan ayahanda mahukan dari anakanda...
Anakanda masih terlalu naif untuk menghadapi semua ini apatah lagi bila berdepan dengan adik ayahanda, Djohann Syahami... Sekali lagi, maafkan anakanda kerana terlalu memandang ringan terhadap dirinya...
Jika perlu, anakanda akan buang kebesaran Zion yang ada pada anakanda andai itu boleh membuatkan semua rakyat jelata gembira dan adik ayahanda merasa bahagia dengan kekuasaan yang akan di milikinya nanti... Anakanda tidak mahu semua menderita... Izinkan anakanda untuk akhiri semua ini... - Rintih sepi Aisyahazira berselangkan esak dalam tangisan.
Tanpa Aisyahazira sedari, dia di hampiri oleh seorang kenalan yang juga merupakan salah seorang dari Pengawal Diraja yang di arahkan untuk mendampingi keberadaan Puteri Zion itu sepanjang waktu dia berada di Pemakaman Diraja. "Maafkan patik; menganggu kegeringan atma tuanku puteri... Patik di beri arahan untuk mengiringi tuanku puteri, bersegera pergi..."
Namun kesedihan yang terpancar di raut wajah Aisyahazira yang cantik rupawan itu membuat hati teman yang mengenalinya itu sedikit serba salah bila memandang semula. Airmatanya terus bercurahan dan matanya berkaca-kaca dengan takungan perasaan duka yang tidak tergambar walaupun dengan lorekan warna lukisan atau susunan bahasa untuk dia nyatakan kekecewaan melanda.
"Kalau begitu, baiklah; tuanku puteri, ambillah masa untuk melunaskan segala rindu tuanku puteri kepada kedua-dua Almarhum dan Almarhumah... Patik akan mempertanggungjawabkan diri patik sekiranya mereka akan menyoalsemula kepada patik nanti..." Nyata sang kenalannya itu; Pengawal Diraja dengan nada sangat terkawal notasi suara. Anak Raja Zion itu tersenyum dalam hiba berdura.
Aisyahazira di tinggalkan menyendiri berkeseorangan buat kedua kali. Sepanjang waktu pengasingan itu, dia memanfaatkan sepenuhnya dengan menyedekahkan doa sebanyak yang termampu hingga akhirnya, puteri itu terus tertidur di sisi makam ayahanda dan bondanya dek keletihan tanpa sesiapa atau dirinya sedari. Maka terlelaplah pemerintah utama Planet Zion itu untuk seketika waktu.
Masa masih berkelangsungan dan tiada siapapun dapat mencari kemana Puteri Zion mereka itu pergi. Berulangkali juga Pengawal Diraja mencari di segenap penjuru pemakaman diraja namun Aisyahazira tidak pula di temui. Itu menjadi satu perkara yang aneh dan membimbangkan. Anak raja itu bagai lenyap dari pandang walhal dia pinta izin bertandang...
Bersambung...