webnovel

Sekembali Dari Tempat Persembunyian

Aisyahazira kini selamat kembali ke tempat asalnya setelah sekian lama mendiamkan diri dari pengetahuan sesiapa. Portal cahaya yang telah menghantarnya dari Bumi ke tanah kelahirannya telah terhapus sebaik kakinya menginjak tanah. Sekepulangannya ke sini, dia di rai tidak lain dan tidak bukan sahabat rapatnya yang sangat di sayangi, Esterna Zalyani.

Berlari; berkejaran, mereka berdua mendapatkan satu sama lain sambil berpeluk keriangan kerana rindu yang tidak tertanggung dek hati dan perasaan. "Ya Tuhan; Baginda Puteri… Betapa rindunya pacal yang hina ini terhadap baginda yang pacal kasihi… Kenapa Baginda Puteri pergi tanpa meninggalkan pesanan dan kembali tanpa pengkhabaran???" Airmata Zalyani mula bergenangan.

"Bukan beta tidak berkehendak untuk memberitahu sesiapapun; sayangku Zalyani, tetapi beta tidak mahu jika ada sesiapa akan menjadi belati dalam tanakan nasi sepanjang keberangkatan beta sama ada kembali atau pergi dari sini…" Aisyahazira cuba menenteramkan sahabat rapatnya itu sedaya yang dia terdaya. "Maafkan beta, Zalyani; beta harap beta di maafkan…"

Zalyani segera mengesat sendiri airmatanya yang mula berlinang. Pelukan mereka di lerai dengan penuh kesantunan. Tanpa di sedari, pertemuan yang penuh emosi antara mereka di terjang dengan keheningan yang sangat tebal apabila segerombolan manusia mula menghampiri mereka berdua. "Wah; wah, wah; wah… Lihat siapa di sini? Bukankah dia, 'tuanku puteri'???"

Suara itu sangat Aisyahazira kenali. Sebaik sahaja dia mengalihkan pandangan kepada seorang lelaki yang bersuara lantang terhadapnya, satu hemburan nama di lepaskan tepat ke muka lelaki itu. "Djohann…"

"Ya, Djohann; Djohann Syahami… Aku ingat aku tidak lagi di kenali…" Satu senyum sinis berserta tawa tawar bercorak di raut wajah Djohann.

"Kepulangan kau telah aku nantikan, sejak sekian lama engkau menghilang dari pandangan aku; anak saudaraku, Ziona… Atas urusan apa engkau mahu kembali, sedangkan engkau sendiri membiarkan Institusi Monarki Zion di caci maki???" Aku membungkam muka masam semasam cuka kerana aku tahu yang Djohann sedang memerli akan sejauh mana tahap kesabaranku.

"Jika keberadaan saya hanya menyusahkan awak; bapa saudaraku, lebih baik awak saja yang uruskan segala-galanya… Bukankah itu yang awak mahukan selama ini dari saya, wahai bapa saudaraku; 'Raja Yang Terbuang'???" Tidak tersangka; airmuka Djohann berubah dengan sangat ketara. Kutukan Aisyahazira itu kedengaran sangat keterlaluan di cuping telinga Zalyani. "Semua, berambus!!!"

Apabila arahan itu di keluarkan oleh Djohann, semua balachi yang mengikutinya beransur pergi tanpa sebarang bantahan. Zalyani yang tahu tentang pertikaman lidah antara kedua-dua kerabat diraja itu cuba untuk memujuk hatinya yang ketakutan dan pada masa yang sama; cuba untuk menenangkan sahabat baiknya itu. "Kenapa sebegitu lancang, Baginda Puteri bersuara???"

"Kamu tahu benar bukan, bapa saudara beta itu bagaimana?" Zalyani berulangkali memberikan anggukan kepala. "Jika dia mahu merasa cili itu apa; dia juga harus merasa betapa hangat kepedasannya… Tidakkah tindakan beta itu wajar??" Kali ini, Zalyani membalas pertanyaan Aisyahazira dengan gelengan. "Nah; sudah nahu, berkias pula; sudah tahu, bertanya pula…"

Sahabat rapatnya itu sangat terasa dek di permalukan. Dia cuba untuk tidak menonjolkan sebarang perubahan di derja warbanya. Namun dapat di kesan mudah oleh Aisyahazira. "Apa yang penting; sekarang Zalyani, berhati-hatilah kerana dia tidak akan membiarkan beta dan kamu terlepas begitu saja…" Pesanan itu di hadam, lalu bersama-sama; mereka berkepergian.

---

"Celaka kau, Aisyahazira!! Berani kau malukan aku di hadapan orang; kau ingat kau siapa, hah?! " - Syahami mendenguskan amarah. Dia masih merasa tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima dengan kejadian yang telah berlaku terhadapnya, sepetangan tadi. Itu sangat keterlaluan baginya dan bagi sesiapapun di tempatnya. "Kurang ajar betullah!!!"

Syahami yang masih lagi dalam berang kemarahan menghempak-hempuk meja makan yang berada di hadapannya dengan kedua belah tangan hingga meja kayu itu hancur di kerjakan. Dia tidak dapat menyangka yang anak saudaranya itu sudah melampaui batas hormat dalam bermadah bicara. "Siapa yang dah ajar kau sampai ke tahap ni, ha?!"

Kepalanya mula memikirkan sebarang kemungkinan yang telah merubah Aisyahazira sebegini. Ini bukan anak saudara yang telah lama Syahami kenali di sepanjang dia membesar di depan mata. Dalam ligat kepalanya memikir, dia mula tersedar akan sesuatu di benak minda. "Ni mesti ada kena mengena dengan kembaranya dalam ketiadaan dia di sini!"

Akhirnya, Syahami dapat membuat kesimpulan nyata tentang perubahan mendadak yang telah berlaku terhadap diri dan cara bual Aisyahazira. Api kemarahannya meluap-luap bagaikan limpahan minyak yang di tuang deras tanpa henti ke dalam kawah gunung berapi. "Aku bersumpah dengan seluruh keturunan aku, jika tempat itu aku seketurunan temui, akan aku hancurkan!!!"

Selepas sumpah laknat itu di lafazkan Syahami, dia melepaskan serakah amarahnya terhadap kerusi yang di duduki pula dengan menerajang, menendang dan menghentak berkali-kali hingga pecah berkecai hanya menggunakan kakinya sahaja. "Ingatlah kamu semua, ini adalah permulaan bagi kemusnahan kalian; bukan penamat bagi kegagalan aku! Aku pastikan kalian akan merana!! S…E…L…A…M…A…N…Y…A!!!"

---

Semenjak beberapa ketika berlalu selepas perpisahan antara aku dan Aisyahazira, jujur aku katakan aku sangat merindui akan dirinya. Memang aku akui dia pergi dengan tujuan yang telah jelas lagi nyata. Tapi entah kenapa, rasa yang bergelora di hati ini menyatakan bahawa aku mula mempersoalkan tentang perkara itu hari demi hari.

Tidak juga aku mahu menipu yang Aisyahazira selalu hadir di dalam mimpiku seperti mana yang di sarankannya kepada aku dengan bebola kristal yang di beri. Tetapi aku merasakan sesuatu yang tidak seperti kebiasaan di mana teman istimewaku itu selalu memaparkan mukanya yang kurang senang dan kelihatan dalam keadaan sentiasa tertekan.

Ini bukan Aisyahazira yang aku kenali seperti yang pernah aku lihat di depan mata kepalaku sewaktu kami berdua tinggal bersama. Dalam kegundahan yang ketara, aku menduga-duga pelbagai kemungkinan sambil membelek-belek bebola kristal yang aku terima. Pasti ada cara untuk kudatang kepadanya. Paling kurang pun, dapat berhubung juga sudah cukup bagus.

Di dalam renungan itu, aku terlihat sesuatu tetapi aku cuba untuk menyangkal dengan bermacam hal barangkali aku cuma tersalah lihat. Gambaran yang terpapar di balik ruangan kosong bebola kristal itu membentuk beberapa kelibat orang sedang bergocoh-gocohan tentang sesuatu perkara. Pergaduhan itu berakhir dengan orang di gocoh; mengalahkan orang yang mengocohinya.

Tanpa berfikir panjang, bebola kristal itu aku letak kembali pada tempat asal di balik bantal beradu dan terus menyambung rehatku. Aku cuma ingin fikiranku tidak lagi terganggu dengan sebarang kemungkinan yang tidak baik yang berkemungkinan berlaku baik ke atas diriku ataupun sesiapa termasuk Aisyahazira. Semoga Tuhan memberikan kami semua pelindunganNya.

Bersambung...

Next chapter