webnovel

Kekacauan di dalam Keluarga Huo (4)

編集者: EndlessFantasy Translation

Ketika dia berkata begitu, semua mata tertumpu ke arah Huo Mian.

Huo Mian memakai kot biru gelap yang membuatkan dia kelihatan matang. Rambutnya dilepaskan ke bahu dan dia kelihatan seperti sosialit Korea.

Berbanding gaun Huo Yanyan yang mempunyai corak floral yang besar, Huo Mian kelihatan seperti orang kaya yang merendah diri…

"Lembaga pengarah dibentuk supaya semua orang boleh berbincang mengenai hal besar dan buat keputusan sama-sama… Tapi akhirnya, kita semua mahukan yang terbaik untuk syarikat. Disebabkan kita dah jumpa korupsi, dah tentu kita perlu siasat perkara ni dengan teliti dan dakwa sesiapa saja dalang di sebaliknya."

Sebaik sahaja Huo Mian selesai berkata-kata, ahli lembaga pengarah yang lain mengangguk bersetuju.

"Betul cakap Cik Huo, kami semua fikirkan perkara yang sama."

"Baiklah… kalau begitu, saya rasa kita memang patut siasat. Apa pendapat Ayah?"

Huo Siqian memandang Huo Zhenghai setelah berkata-kata.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください