Huo Siqian memandang sekeliling. "Semua orang dah ada?"
"Ya," balas setiausaha wanita itu.
"Okey, jadi kita akan mulakan. Mesyuarat hari ni untuk bincangkan tentang adik kesayangan saya, Encik Huo Siyi… yang mengabaikan tanggungjawab terhadap projek pembinaan yang diuruskan olehnya kali ini. Siyi, beritahu semua orang mengenainya."
Huo Siqian mencampakkan dokumen di atas meja selepas dia berkata-kata…
Kemudian, dia bersandar di kerusinya, seolah-olah tidak mampu bersabar lagi…
Huo Siyi agak gelisah sehingga dia tidak berani untuk membuka mulut…
"Siyi… apa yang berlaku?" tanya Shen Jiani sambil memandang anaknya dengan rasa panik.
"Setiap seorang daripada kamu ada satu set dokumen di hadapan kamu. Jika Timbalan Presiden Huo terlalu malu untuk beritahu sendiri pada kita, kamu semua boleh tengok dokumen tu dan nilailah sendiri…"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com