Walaupun selepas semua kelewatan itu, Mahaguru Pavilion Chu masih tidak datang ke Bandar Waktu untuk menjemput Song Shuhang dan Chu Chu.
Oleh itu, Song Shuhang dan Chu Chu menerokai pelbagai laluan di dalam Bandar Waktu, juga bilik-bilik, gua-gua dan dewan-dewan yang terdapat di dalamnya, selepas latihan harian mereka. mereka mahu melihat jika mereka boleh menjumpai jalan untuk meninggalkan Bandar Waktu.
Semasaa Song Shuhang dan Chu Chu memasuki 'Bandar Waktu', Mahaguru Chu yang bawa mereka ke sini. Pada masa itu, sekatan dan laluan di sekeliling Bandar Waktu tidak diaktifkan. Jadi, agak sukar jika mereka mahu keluar daripada Bandar Bawah di Bandar Waktu tanpa pertolongan Mahaguru Pavilion Chu.
Dengan sekelip mata sahaja, dua hari lagi telah berlalu.
Dalam tempoh dua hari ini, Song Shuhang dan Chu Chu telah meneroka hampir tujuh puluh bilik, dewan dan gua... tapi masih belum mampu menjumpai jalan keluar daripada Bandar Waktu.
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください