webnovel

Fairy Tuah

編集者: EndlessFantasy Translation

"Jangan risau, ini rahmat dari Raja Malam!" Sean menerangkan.

Kate terus rasa lega dan juga melihat dengan perasaan ingin tahu kepada bebola api hijau yang mula meresap ke tubuhnya.

Marvin yang sudah selesai kenaikan pangkat mula berdiri dan melihat Kate dengan penuh perasaan ingin tahu.

Dia tidak pasti apa yang Kate akan peroleh nanti.

Sean menepuk bahu Marvin. "Budak, kau sudah menjadi seorang Perantau Malam."

"Ahli dalam organisasi kita tidak ada tugas yang spesifik. Misi kau ketika ini ialah membunuh Crimson Patriach dari kultus Ular Kembar."

"Tetapi kau masih lemah. Tunggu sehingga kau telah menjadi lebih matang dan kuat baru kau mencari dia. Untuk perkara lain, semua ahli tidak akan berkumpul melainkan ada perkara kecemasan berlaku."

"Kemana hala tuju kau selepas ini bergantung kepada diri kau."

Marvin mengangguk.

Dia sangat berterima kasih kepada Sean. Orang tua ini telah berikan peluang untuk dia menjadi Perantau Malam dan juga senjata magik!

Dan juga setahun pengalaman sebagai penukang besi menyebabkan Marvin pandai menempa.

Dia baru ingin luahkan rasa terima kasih kepada Sean, tetapi orang tua itu berkata dengan suara perlahan, "Dia bukan Gadis biasa."

"Bagus jika kau dapat berkawan dengan dia kerana banyak membawa manfaat dan tidak berbahaya. Masa depan dirinya tiada had. Organisasi Perantau Malam perlukan rakan seperjuangan seperti dia."

Marvin terus faham.

Dia biarkan Kate terima Rahmat Raja Malam kerana mahu menjalin hubungan persahabatan dengan bakal Penyihir yang hebat ini.

Organisasi Perantau Malam tidak besar tetapi ramai sekutu. Salah satu contoh sekutu yang setia adalah Raja Elven Agung dari Hutan Thousand Leaves.

Perhubungan ini perlu dipertahankan. Sebagai bekas ketua, dia dapat uruskan perkara ini dengan mudah.

Walaupun nampak seperti ada sedikit percaturan, tetapi seseorang itu perlu ada pelbagai jenis kawan dan sekutu untuk terus hidup di dunia ini.

Oleh itu, Marvin terus mengangguk.

Selepas beberapa minit, api hijau itu habis meresap ke dalam badan Kate. Dia mula membuka mata dengan perasaan penuh teruja.

"Terima kasih," dia meluahkan rasa berterima kasih kepada Sean. "Aku mula faham sedikit bagaimana untuk mengawal kuasa aku."

Lelaki tua licik itu mula ketawa kecil. "Ini kuasa kau sendiri. Rahmat dari Raja Malam cuma berikan kau jalan untuk dituju saja."

"Tambahan lagi, ini upacara kenaikan pangkat Marvin. Jika kau ingin meluahkan rasa terima kasih, kau patut berterima kasih kepada dia juga."

"Dia yang menarik semangat Raja Malam dan sambil itu memberikan kau peluang menerima rahmat sekali."

Selepas mendengar kata orang tua tersebut, Marvin rasa sedikit terharu.

Dia memberikan semua penghargaan kepada Marvin dan Kate juga telah menerima banyak manfaat dari rahmat Raja Malam.

Seperti yang dijangka, Kate sedikit ragu dan berkata, "Nampaknya aku tidak perlukan lagi batu ametis."

"Aku akan berangkat untuk pulang. Kakak aku perlukan bantuan aku. Jika kau berminat, kau boleh datang untuk melawat Gunung Rocky."

"Tetapi sebelum aku beredar, biar aku berikan hadiah untuk membalas jasa kau."

Dia bula membaca mentera.

Sean terus merenung.

Ini sihir seruan!

Marvin dengar sebahagian dari sihir tersebut. Ia mantera menyeru haiwan yang biasa digunakan oleh Penyihir.

"Adakah dia ingin menyeru haiwan?"

Marvin rasa seperti ingin tahu.

Tidak lama kemudian, satu lingkaran magik ringkas muncul di depan mereka bertiga. Sesuatu yang gempal mula muncul dari lingkaran magik tersebut!

Kulitnya berwarna merah jambu dan nampak gempal. Ia nampak sungguh comel. Terdapat juga sepasang sayap kecil di belakangnya.

"Ding! Ding! Cepat bangun dari tidur!"

Kate mendukung haiwan gempal tersebut. Makhluk ini dengan malas mula membuka mata dan berpura-pura masih tidur seperti malas untuk bangun lagi.

Marvin dan Sean melihat di antara satu sama lain dengan rasa terkejut dan kecewa.

Gadis itu terus rasa malu.

Dia terus berkata, "Ding masih muda lagi, dia perlukan tidur yang lama…"

Dia terus tersipu malu dan mencubit pipi makhluk tersebut sambil menjerit dengan suara perlahan, "Ding, cepat bangun sekarang!"

"Jika tidak, lepas ini tidak akan ada lagi jeli kelapa untuk kau makan!"

Ayat terakhir sungguh efektif. Makhluk itu membuka mata dan dan mencuba susah payah mengibarkan sayapnya.

Pada masa itu, baru Marvin tahu apa makhluk tersebut!

"Alamak!"

"Itu makhluk yang sangat jarang ditemui iaitu Fairy Tuah?"

"Walaupun ia masih kecil, bukankah tuah Kate sangat menakutkan?"

Marvin memang terkedu.

Akhirnya baru dia faham maksud [Anak Emas Alam]. Dilahirkan sebagai Penyihir Takdir di bawah jagaan Takdir, oleh itu tidak hairan haiwan peliharaan dia adalah Fairy Tuah.

Muka Sean terus berubah. Dia juga mempunyai pengalaman yang luas untuk mengecam identiti Ding!

Fairy Tuah merupakan sejenis makhluk yang sangat sukar untuk ditemui. Jangan kata fairy pokok, malahan fairy agung juga tidak boleh dibandingkan dengan hidupan mistik ini!

Tidak banyak fairy tuah pernah muncul dalam sepanjang sejarah Feinan.

Ramai orang tidak tahu mengenai mereka tetapi Marvin tahu. Sebenarnya Fairy Tuah ialah serpihan dari Tablet Takdir!

Ketika waktu era ketiga, terdapat banyak hidupan yang berjaya menjadi dewa kerana mereka menerima satu serpihan dari tablet takdir ketiga. Tetapi terdapat juga serpihan yang hilang dan mula mempunyai kesedaran sendiri, berkeliaran di kawasan hidupan liar di Feinan.

Walaupun dewa juga tidak jumpa serpihan Tablet Takdir ini. Sebahagian dari mereka bertukar kepada hidupan luar imaginasi manusia. Fairy Tuah merupakan salah satu dari mereka.

Di Feinan terdapat pelbagai jenis dewa yang mengasingkan diri tetapi mereka tidak bernasib baik kerana serpihan tablet takdir ini membentuk hidupan seperti fairy tuah.

Mereka selalunya tidur di kawasan hidupan liar sehingga terjadi kes terpencil seperti Penyihir Takdir menyeru mereka sebagai haiwan peliharaan, mungkin disebabkan persepsi mereka. Dan mereka akhirnya menjadi haiwan peliharaan Penyihir Takdir.

"Mari Ding, tolong berikan rahmat kepada encik ini."

Kate memicit pipi tembam Ding seperti yang dilakukan kepada budak kecil.

Pihak satu lagi menguap tidak bermaya. Dia merenung seketika kepada Marvin dan meluahkan rasa kecewa. "Kenapa aku perlu beri rahmat kepada orang jahat ini?"

"Aku tidak suka dia."

Suaranya lembut tetapi intonasi penuh nakal.

Kate terus rasa sangat malu. Wajahnya mula tegang dan terus berkata, "Ini arahan dari Tuan kau!"

"Ah? Aku paling benci arahan tanpa sebab seperti ini! Ding mula terbang dengan marah. Dia menunding dengan jarinya yang pendek kepada Marvin sambil menjerit, "Aku akan menyerang lelaki ini dengan kilat dan petir!"

"Aurora Lightning!"

Kilat mula memanah dari langit!

Marvin terus terkedu!

Lingkaran sihir ke-3, Aurora Lightning?

Dan ia juga jampi pantas? Dia pasti akan mati jika terlambat!

Dia terus berundur dan berguling dengan perasaan ketakutan!

Tetapi kepantasan dia bertindak tidak sepantas kepantasan Aurora Lightning. Kuasa aliran elektrik terus mengalir di dalam tubuh badan Marvin menyebabkan rambutnya terbakar dan mukanya menjadi hitam sedikit!

Tetapi dia tidak ada menunjukkan sebarang reaksi negatif selain dari sebelum ini!

"Aurora Lightning ini? Aku sudah terkena kejutan elektrik?" Marvin melihat tingkap log dengan perasaan takut.

Dia tidak kehilangan walau sehelai rambut.

"Tunggu sekejap…"

Beberapa tingkap log muncul:

[Fairy tuah telah menggunakan Lingkaran sihir ke-3 Aurora Lightning kepada anda.]

[Mengelak gagal…]

[Keistimewaan eksklusif fairy tuah – (Everything Will Be Fina) diaktifkan…Modifikasi berlaku oleh Aurora Lightning…]

[Anda menerima rahmat dari Fairy Tuah – Luck +1 – Jangka Masa: Tidak Diketahui]

Marvin terus menyemak tingkap sistem dan seperti yang dijangka, di bahagian paling bawah terdapat ayat yang baru, [Luck +1].

"Luck +1? Ada apa kegunaan?"

Marvin tidak ada pengalaman seumpama ini di hayat yang lalu. Status seperti Luck sangat samar dan tidak boleh disemak.

Ding yang terapung selepas melancarkan sihir itu tiba-tiba mula hilang semangat. "Wuwuwu," dia menangis sambil jatuh.

"Kenapa setiap kali aku ingin membunuh ia akan bertukar menjadi rahmat pula?"

"Aku terlalu baik! Aku mahu jeli kelapa, aku mahu tidur?"

Marvin tergamam.

Kate mendukung Ding dengan rasa sedikit bersalah kepada Ding. Ding baring di pelukan tangan Kate dan terus terlelap.

"Rahmat Ding menggunakan kekuatan yang banyak," Kate berkata.

"Tambahan pula dia masih muda lagi."

"Aku harap rahmat ini akan dapat membantu kau ketika dalam bahaya."

"Jika kau ada masa terluang, jemput datang ke Gunung Rocky."

Selepas habis berkata, Kate tidak tunggu lama lagi dan terus meminta izin untuk bertolak kepada Marvin dan Sean sebelum meninggalkan Hutan Thousand Leaves seorang diri.

Selepas naik pangkat, Marvin juga terpaksa berpisah dengan Sean.

Orang tua itu kembali ke Pekan Oak dan meneruskan hidupan pengasingan itu.

Marvin meneruskan perjalanan ke utara menghala ke barat laut.

Bukan saja di arah tersebut terdapat bunga abadi yang paling disayangi oleh elves pokok, tetapi juga terdapat satu muka surat Buku Nalu di sana.

Dia telah berjanji dengan Hathaway itu mencari artifak yang rosak teruk ini.