webnovel

Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud

Kyoto Seinaru berjalan-jalan bersama teman wanitanya,Tomori-San di sebuah kota metropolitan. Mereka menikmati masa-masa mereka bersama sehingga- dia mengetahui bahawa Tomori langsung tidak mencintainya bahkan mengejeknya kerana mudah untuk diperdaya. Dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh satu-satunya orang yang dia paling percayai di dunia ini. Dia akhirnya menatap tanah tempatnya berdiri sambil tertanya-tanya, Kenapa air mata aku langsung tak mengalir keluar? Dia akhirnya sedar ini bukan kali pertama dirinya di tempatkan dalam situasi yang menyakitkan ini. Dalam amarah yang membuak-buak, perempuan di depannya menghilang tanpa meninggalkan sebarang tanda. Dalam hatinya yang terdalam dia tertanya, Jika benar ada kehidupan yang tidak terhingga yang akan aku tempuhi, Akankah aku berjumpa dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya, Atau adakah hati yang kosong ini akan kekal kosong selamanya. Dia tersedar dan mendapati bahawa dirinya telah hidup semula namun tidak untuk mendapatkan perempuan yang dicarinya selama ini, malah menjadi perempuan itu sendiri. Dia juga sedar akan kenyataan bahawa dia kini bukan sahaja bukan seorang lelaki lagi malah bukan juga seorang manusia. Dia ialah succubus yang bermata merah menyala dan berambut putih yang panjang mengurai sambil tersambung ekor yang runcing di pinggulnya. Bagi manusia, bangsa Iblis merupakan bangsa yang jahat menyebabkan mereka bersatu padu menentangnya. Dia sedar kini semakin susah untuk dirinya meraih cinta yang dikejar Selamat ini sehinggalah- seseorang lelaki yang datang dari mana menyambut hangat dirinya dan melayaninya dengan baik. Adakah dia akan meraih cinta yang dikejarnya selama ini, walaupun tidak seperti yang diharapkannya... P/s : Ini adalah versi Bahasa Malaysia Reborned of the Shapeshift Demon King karya Seinaruz Ini hanyalah draf kepada cerita yang telah diterbitkan namun turut diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan. Tiada gambar novel kerana gambarnya tidak mahu dimuat turun oleh WebNovel. Enjoy!

Seinaruz · ファンタジー
レビュー数が足りません
8 Chs

Chapter IV

Nafasku berat dan badanku terbaring lemah di tanah sambil memancurkan banyak darah tanpa henti. Walaupun berjaya mengelak sebahagian besar serangan fatal olehnya, luka yang banyak di tubuhku membuatkanku bertambah lemah seiring waktu.

"Oi oi, mana semangat juang yang tinggi tadi"

Lelaki berzirah putih itu terus memandangku dengan pandangan sinis sebelum ketawa terbahak-bahak. Aku cuba untuk tetap bangkit semula namun kakiku yang lemah menghalangku berbuat demikian. Aku memandangnya sambil cuba berdiri dengan kudrat kedua belah tanganku.

"Reaksi yang bagus"

"MANA MUKA YANG ANGKUH TADI HAH?!!"

Lelaki itu menendang kuat perutku membuatkan aku tercampak beberapa meter kebelakang sambil mengeluarkan darah dari mulutku. Aku tersembam lemah di tanah sambil mengerang perutku yang kesakitan.

("AKU DAH JANJI UNTUK TAK MATI DI SINI")

Aku mengerahkan semula seluruh kudratku untuk bangkit semula. Tanganku yang terus bergetar menghambat diriku daripada bangkit. Aku menatap lelaki berzirah di hadapanku itu yang terus memandangku dengan senyuman sinis.

"MATI KAU"

Lelaki itu pantas meluru laju semula ke arah ku untuk melakukan serangan. Akan tetapi, badannya langsung tertolak ke tepi sebaik sahaja mendekatiku akibat sihir api yang besar dilemparkan kepadanya.

"Ugh, nampaknya ada pendatang yang tak diundang"

Lelaki berzirah di hadapanku berjaya menangkis serangan tadi menggunakan pedang besarnya pada saat-sat akhir. Walaupun begitu, tanah tempatnya tercampak meninggalkan kesan terbakar yang teruk menunjukkan kapasiti sihir yang ditujukan ke arahnya adalah dengan niat untuk membunuh. Seketika, lelaki di hadapanku ini memandang langit sambil meludah keluar darah dari mulutnya.

"Warrior, tunjukkan dirimu"

Samar-samar, aku melihat sosok yang melayang di udara sambil pedang besar bercahaya kehitaman muncul di atasnya. Aku memandang sosok tersebut dengan wajah yang terkejut.

("S-SAOTO?!!")

Aku terkejut melihatnya datang untuk membantuku. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah dia juga mempunyai pedang yang persis dengan pedang kepunyaan lelaki berzirah di hadapanku ketika ini. Seketika, tubuhku dikelilingi cahaya asing yang seakan-akan memyembuhkan luka yang terdapat di tubuhku.

"OI OI, TURUN KE SINI KALAU BERANI"

Lelaki berzirah di hadapanku berteriak lantang memanggil sosok yang melayang di udara itu. Sosok itu membalas pandangannya dengan tatapan kosong namun dengan amarah yang membuak-buak.

"Yang lemah jangan banyak berteriak"

"Pergi mampus"

Seketika pedang besar yang bersinar kehitaman itu memecut laju ke arah lelaki berzirah di hadapanku sambil melepaskan tenaga dalam jumlah yang sangat besar menyebabkan pokok di sekitarnya bergoncang malah ada yang terbang. Aku menutup pandanganku yang kabur dengan tanganku sehingga keadaan kembali reda.

Lelaki berzirah di hadapanku itu tidak lagi kelihatan. Antara masih hidup atau terbunuh aku tak dapat pastikan kerana dia hilang tanpa meninggalkan jejak. Hanya kawah yang besar dan tanah yang kehitaman terbentuk di tempat kejadian.

Aku memandang lelaki yang menghampiriku dengan tatapan kosong. Saoto turut berjalan perlahan ke arahku dengan tatapan kosong. Tiada sebarang kemesraan terbentuk mahupun sebarang perasaan aneh timbul dari tatapanku terhadapnya.

Aku sedar lelaki di hadapanku ini bukanlah orang biasa. Kekuatan besarnya itu tidak mungkin di dapatkannya hanya dengan bermodalkan tekad dan azam yang kuat. Akan tetapi, kekuatannya itu memang datang dari dirinya sendiri dan dia terus mengasahnya menjadi lebih kuat. Aku sedar lelaki di hadapanku ini tidak lain juga merupakan seorang Pahlawan yang telah dilatih oleh The Kingdom untuk menyerang Iblis di Terror Canyon.

Entah mengapa aku menitiskan air mata sebaik sahaja memikirkannya. Ini sudah sepatutnya alami untuk aku membencinya kerana kami merupakan dua musuh yang tidak akan pernah serasi. Tapi entah mengapa hatiku sebak apabila mengingat saat-saat hangat aku dengannya.

Aku lantas bangun meluru laju ke arah lelaki di hadapanku. Lukaku yang telah sembuh disebabkan oleh cahaya aneh yang muncul sebentar tadi tidak lagi menghambat pergerakanku. Aku dengan pantas memeluk erat tubuh lelaki di hadapanku itu sambil menitiskan air mata.

Entah mengapa walaupun sosok di hadapanku ini turut menghunuskan pedang sebagai seorang Pahlawan, aku langsung tidak terancam oleh kekuatan pedang gilanya itu. Aku bahkan merasa tenang sebaik sahaja melihat pedangnya itu seakan-akan aku mempercayai pedang yang bersinar kehitaman itu. Aku terus memeluk tubuh lelaki di hadapanku itu dengan pelukan yang erat tanpa menunjukkan sebarang tanda untuk melepaskan dirinya.

Suasana hening mengisi suasana hutan yang telah porak peranda itu buat beberapa ketika. Saoto yang diam sedari tadi membalas pelukanku dengan meletakkan kepalaku rapat di dadanya sambil mengusap-usap kepalaku. Bajunya basah lantaran air mataku yang langsung keluar sebaik sahaja memeluk tubuhnya.

"S-Sei tak takut ke?"

Lelaki di hadapanku ini bertanya kepadaku dalam nada yang sebak. Aku tersentak mendengar pertanyaannya lantas terdiam buat beberapa ketika.

Soalan bodoh, fikirku.

"S-Sei bukan je tak takut, Sei malah rasa lebih tenang sebaik sahaja melihat pedang Saoto"

Terlepas dari dirinya yang merupakan seorang Pahlawan aku sendiri turut bersalah kerana telah mengkhianati kepercayaan yang diberikannya padaku. Aku tetap menangis sebaik sahaja aku membayangkan tubuhku yang terbaring lemah setelah dibuang dari hidupnya. Saoto menggenggam erat kepalaku sambil air matanya menitik mengenai kepalaku.

"Syukurlah. Saoto takut Sei benci Saoto..."

Aku tersentak mendengar ucapan Saoto. Masing-masing dari kami takut akan dibuang oleh satu sama lain. Aku menitiskan air mata bahagia sebaik sahaja mengetahui bahawa aku masih diberikan kesempatan mengikuti lelaki di hadapanku ini. Air mata turut menitis dari matanya menandakan dia sama sepertiku, bahagia kerana masih diberikan peluang kedua.

Suasana hutan yang hening itu kini diisi oleh suara tangisan kami berdua. Seketika, aku tersentak melihat Saoto yang tiba-tiba mengesat air mata yang mengalir keluar daripada mataku dengan menggunakan tangannya.

"Sei jangan takut. Saoto ada"

Saoto kembali memandang wajahku dengan wajah yang penuh senyuman. Aku tidak menyangka lelaki di hadapanku ini mampu untuk mengukirkan senyuman di wajahnya. Mungkin aku bertuah kerana dapat melihat wajah tampannya yang sentiasa datar kali ini memandangku dengan wajah penuh senyuman. Hatiku gembira dan perlahan segala resahku hilang dari fikiranku. Ekorku mula bergoyang dengan lembut menunjukkan emosiku yang sangat bahagia ketika ini. Aku terus memeluk lelaki di hadapanku erat untuk merasai kehangatan tubuhnya yang sangat menyenangkan hatiku.

Aneh.

Hanya dengan bersentuhan, muncul perasaan aneh dalam diriku. Hatiku terasa berdegup lebih kencang. Nafasku terasa lebih berat dan seluruh tubuhku terasa sangat hangat. Badanku terasa aneh. Ekorku juga ligat bergoyang-goyang seakan-akan menginginkan sesuatu. Aku memandang kembali wajah lelaki di hadapanku sambil berkata dengan nada yang perlahan.

"Hei Saoto. Badan Sei rasa aneh. Hati Sei langsung tak tenang..."

Aku memandang tepat wajahnya. Saoto sedikit terkejut melihat tatapanku yang seperti mengharapkan sesuatu darinya. Tanpa kusedari, dia pantas menggendongku dengan kedua-dua belah tangannya sebelum mengusap lembut kepalaku.

"Sei dah lebih tenang?"

Aku mengangguk perlahan dalam dekapannya. Seketika, mataku tertutup rapat setelah memandang wajah Sei yang tersenyum memandangku. Aku tidur dengan tenang dalam dakapan orang yang aku paling percayai melebihi sesiapa pun di dunia ini.

----------------------------------------------------------

"KAU DAH MENIPUKU. RIWAYAT KAU TAMAT DI SINI"

Seorang lelaki menarik katananya meluru laju ke arahku. Seketika badannya, terbelah kepada beberapa bahagian dan mati dalam keadaan mengenaskan di hadapan tubuhku.

Mimpi aneh itu mengejutkanku dari tidurku. Atap yang terbuat dari kayu memenuhi seluruh pandanganku sebaik sahaja aku membuka kedua-dua mataku. Aku menolak selimut yang menutupi tubuhku dan segera bangun sambil memandang sekelilingku dengan saksama. Aku berada di dalam sebuah bilik di tempat yang tak diketahui dan terduduk di atas sebuah katil yang meskipun tak seberapa namun cukup selesa. Aku terus mengamati sekelilingku.

Seketika aku terkejut melihat dadaku yang besar dan biasanya menghalang penglihatanku lesap daripada pandangan kedua belah mataku. Aku juga tidak melihat sebarang rambut putih yang panjang mengurai sehingga mengenai pahaku yang biasanya kelihatan jelas di mataku. Aku yang ragu terus menyentuh bahagian dadaku untuk memastikannya.

("Tiada") (Terkejut)

Entah kenapa aku merasa sedih kerana kehilangan dadaku yang menonjol itu. Aku dengan pantas menyelak selimut yang menutupi tubuhku. Seketika, peluh menitik keluar dari seluruh tubuhku.

Mataku terbeliak memandang bahagian bawah tubuhku. Aku bukan sahaja tidak mengenakan sebarang baju malah turut tidak mengenakan sebarang seluar. Walaupun aku lega melihat yang kemaluanku muncul semula namun aku tidak tenang sebaik sahaja melihat ianya dapat dilihat dengan mudah oleh semua orang kerana tidak tertutup. Aku lantas menarik semula selimutku dan menutup seluruh badanku sambil menggigil ketakutan.

("Kenapa aku jadi lelaki semula dan tak mengenakan sebarang pakaian ni... Apa Saoto buat kat tubuh aku") (Cemas)

Seketika aku mendengar bunyi kuakan pintu dan diikuti oleh suara langkah yang menghampiri katil tempat aku menyelubungkan diriku. Aku menjadi panik kerana sesiapa pun yang melihat lelaki tak berpakaian di dalam selimut langsung pasti tak akan berfikir positif.

Cabul.

Aku bertambah panik sebaik sahaja memikirkannya. Setelah beberapa waktu, sosok yang berdiri di sebelahku itu menepuk-nepuk belakangku sebelum berkata,

"Sei, Sei dah betul-betul sihat ke?"

Aku terkejut sebaik sahaja mendengar suara yang menyapa diriku. Aku lantas memunculkan kepalaku dari selimut dan memandang tepat wajah lelaki yang berdiri di hadapanku kini.

Suasana hening mengisi seluruh ruangan. Tiada yang mahu bersuara sama ada aku mahupun Saoto. Kami saling menatapi mata satu sama lain buat beberapa ketika.

"CELAH MANA SIHATNYA, AKU TIBA-TIBA MACAM NI DAN TAK MENGENAKAN SEBARANG PAKAI-"

Aku tersentak sebaik sahaja Saoto mengusap kepalaku. Aku tak tahu mahu memberikan balasan apa sebaik sahaja dilakukan sedimikian rupa. Saoto memandang wajahku sambil sedikit tersenyum.

"Sei, ingatkan Sei tertidur tadi. Di tengah perjalanan, Sei tiba-tiba tidur dan berubah menjadi wujud Sei sekarang"

Aku terkejut mendengar penjelasan Saoto. Aku tidak tahu mahu gembira atau tidak setelah tubuhku berubah semula menjadi seperti sedia kala. Jauh di lubuk hatiku, aku sedih sebab aku tidak mungkin merasai lagi suasana hangat yang menyelubungi diriku sewaktu bersama dengannya.

"Sei tak perlu risau pasal tu. Sei tahu kan Sei seorang succubus?"

Aku terkejut mendengar topik yang dibangkitkan oleh Saoto. Aku lantas kembali memandangnya dengan riak wajah terkejut.

"Saoto tahu yang Sei seorang lelaki dan juga seorang succubus?"

Saoto tersengih memandangku yang seperti teruja dengan topik yang dibangkitkannya. Aku memandang wajahnya dengan pandangan yang penuh ingin tahu.

"Sebagai seorang succubus, Sei bebas berubah rupa sesuai lawan yang Sei hadapi. Sei yang berubah menjadi wujud Sei yang sekarang ini pun disebabkan itu"

Aku memandang Saoto dengan wajah kecewa. Aku juga mengetahui tentang apa yang dikatakannya daripada novel yang aku baca suatu ketika duhulu. Sei kembali mengusap kepalaku sambil menyambung,

"Maksudnya Sei boleh bila-bila masa mengikut keinginan Sei"

Mataku terbeliak sambil memandang wajah Saoto yang tersenyum. Saoto melepaskan tangannya dari kepalaku. Hatiku terasa lebih tenang sebaik sahaja mengetahui lebih dalam tentang diriku.

"Ha-habistu kenapa Saoto lepaskan baju Sei?"

Saoto sedikit terkejut mendengar pertanyaanku lantas duduk di atas katil di sebelahku. Aku sedikit menjarakkan diri darinya risau dia melakukan yang bukan-bukan terhadap diriku.

("Aku sendiri tak yakin dia dah berbuat sesuatu tak senonoh pada tubuhku tapi bagaimanapun aku masih risau sebaik sahaja memikirkannya")

"Sesiapa yang melihat lelaki dalam pakaian perempuan yang sendat pun akan langsung berfikiran buruk sebaik sahaja melihatnya. Sebab tu Saoto lepaskan sendiri baju Sei pakai sihir"

Aku tersentak mendengarnya penjelasan darinya.

("Ya tak ya jugak. Siapa je fikir lelaki pakai pakaian perempuan yang ketat tu normal. Mau aku dituduh sebagai cabul") (Terkejut)

Aku terdiam buat beberapa ketika. Dalam nada yang perlahan, aku memandang wajah Saoto sebelum berkata,

"Te-terima kasih Saoto sebab jaga Sei baik-baik"

Saoto tersenyum memandangku sebelum bangun lalu mengambil sesuatu yang telah diletakkan di atas meja sebaik sahaja dia memasuki bilik. Dia berpaling semula menghadapku sambil menghulurkan pakaian yang kelihatan baru kepadaku.

"Sei pakai ni. Tadi Saoto beli dekat kedai pakaian sekitar sini"

Aku menyambut pakaian yang dihulurkan Saoto kepadaku. Aku lantas kembali memandang wajah Saoto sambil bertanya sesuatu yang amat mengganggu fikiranku dari tadi.

"Saoto, kita sudah berada di mana ni? Jauh lagi ke nak sampai-"

"Kita dah sampai di Terror Canyon"

"Huh?!!"

"Lebih tepatnya lagi di Miltia, wilayah yang Saoto pimpin"

Aku lantas menyelubungkan semula kepalaku ke dalam selimut.

("Dia tak rasa berat ke bawa aku dari jauh sampai ke sini. Seingat aku tadi masih kat hutan") (Termenung)

Aku terkejut sebaik sahaja tangan Saoto menepuk-nepuk belakangku.

"EEK?!!"

"Kenapa Sei, ada yang mengganggu fikiran Sei ke?"

"T-tak ada apa-apa"

Saoto terdiam tanpa memberikan sebarang respon. Aku tetap menyelimuti seluruh tubuhku seluruh tubuhku kerana enggan memandang wajahnya. Walaupun kami sama-sama lelaki, aku rasa sedih kerana tak dapat memenuhi permintaannya untuk menjadi kekasihnya dalam keadaanku yang seperti ini. Aku terus termenung sehingga kepalaku seakan diusap lembut oleh tangan lelaki yang berada di sebelahku ketika ini.

"Sei ganti baju dulu. Saoto tunggu kat luar. Lepas tu kita akan terus bergerak menuju ke istana Saoto"

Aku dapat rasa Saoto mencium kepalaku sebelum keluar meninggalkanku sendirian di dalam bilik. Meskipun enggan memandangnya, aku rasa tenang setelah mengetahui dia tetap memperlakukanku sama seperti sebelumnya.

Aku mengeluarkan kepalaku yang terus disorokkan dari pandangannya. Aku termenung buat beberapa ketika untuk memikirkan tindakanku selanjutnya.

Seketika aku teringat masa laluku yang pahit dan perih. Aku bukanlah sesiapa di dunia ini. Aku pernah duduk di hutan waktuku kecil dahulu. Tetapi Saoto yang entah dari mana datang menjemputku tinggal di istananya. Aku dicemoh dan dipandang hina oleh orang sekelilingku namun dia tidak memperlakanku sebegitu malah melayani dan menjaga diriku dengan baik. Aku yang dahulunya tidak pernah merasakan sesuatu perasaan aneh apabila bersama orang lain entah bagaimana dapat kurasakan apabila bersama dengannya.

Aku menghelakan satu nafas yang berat. Aku berfikir sejenak sebelum akhirnya membulatkan tekad. Terlepas daripada aku akan tetap dalam wujud ini atau tidak, aku akan tetap menemaninya. Aku akan cuba sebaik yang kumampu untuk memenuhi harapannya namun jika takdir berkata sebaliknya aku tidak keberatan untuk tetap berada di sisinya.

Antara kawan mahupun pasangan.

Aku lantas bangkit dan mengenakan baju yang diberikan olehnya kepadaku. Aku lantas bergegas mengejarnya yang telah menungguku di luar.

("Saoto memandangku dengan wajah penuh senyuman waktu itu, aku takkan biarkan senyuman itu kembali datar sepertimana sewaktu aku baru bertemu dengannya")

Aku sudah membulatkan tekadku.

----------------------------------------------------------

Di sebuah gedung yang megah dan indah, empat orang yang mengenakan zirah berkumpul di sebuah meja yang panjang dan besar. Seorang utusan berlari dengan tergesa-gesa menuju meja tersebut dan memberikan hormat kepada semua sosok yang duduk santai di kerusi masing-masing.

"Datang melaporkan. Pahlawan Rud telah dipastikan tewas bersama seratus orang penyihir elit yang telah dikerahkan ke Hutan Berdarah, perbatasan The Kingdom dan Terror Canyon yang berdekatan dengan Grion"

Seorang yang lelaki yang mengenakan zirah hitam tergelak besar sebaik sahaja mendengar laporan yang disampaikan oleh utusan tersebut.

"Hahahahah, sungguh menarik"

"Apa yang sangat kelakar, Rodrick-Sama?"

Seorang wanita yang mengenakan zirah berwarna merah bertanya sebaik sahaja melihat lelaki di hadapannya ketawa sendirian. Lelaki yang bernama Rodrick itu tersengih sebelum memandang semula wajah wanita yang menegurnya dengan tatapan yang merendahkan.

"Mereka cuba untuk memperdaya kita. Kawasan Grion merupakan wilayah kekuasaan Raja Iblis Laius. Kalau mereka ke sana, mereka pasti sudah di heret ke sini"

Semua terdiam mendengar penjelasan yang diberikan oleh lelaki tersebut.

"Lagipun Raja Iblis ada perjanjian yang tidak membenarkan mereka mengganggu wilayah masing-masing. Raja Iblis Saoto mustahil akan mengambil tindakan sebodoh itu kerana hanya ingin menyelamatkan seorang perempuan" balasnya lagi.

Wanita berzirah merah itu terdiam seketika sambil memikirkan sesuatu.

"Raja Iblis Saoto. Raja Iblis yang baru menaiki takhta di bahagian timur Terror Canyon itu? Jika difikir semula dia memang perlu diwaspadai kerana berjaya mengalahkan Raja Iblis sebelumnya, Raja Iblis Baros. Dia memang seorang yang genius kerana meskipun usianya sangat muda dia mampu mencapai pencapaian setinggi itu"

Seorang lagi perempuan mengangkat tangan untuk bertanya akan sesuatu.

"Apa yang membuatkan kita kena bertindak tergesa-gesa ni. Rakyat kita dah aman tanpa sebarang masalah pun dari pihak Iblis sejak seribu tahun kebelakangan ni"

Rodrick terdiam seketika sambil membetulkan semula postur badannya. Dia meletakkan kedua belah tangannya di meja sebelum memandang serius wajah semua yang ada.

"Perempuan yang dibawa lari itu disyaki sebagai Raja Iblis Tirani"

Semua yang hadir terkejut namun diam membantu tanpa memberikan sebarang respon. Seketika seorang tentera mengangkat tangan untuk melaporkan sesuatu.

"Unit penyihir elit yang terdiri dari seratus orang bangsawan menengah telah tumpas. Kami tak dapat-"

Rodrick mengangkat tangannya memotong laporan yang ingin disampaikan lelaki itu.

"Kita akan hantar Pahlawan Mona untuk menguruskan masalah di Miltia"

Sekilas semua yang hadir terkejut mendengar usulan yang dicadangkan Rodrick. Wanita berzirah emas bangun lalu membentak meja dengan kuat sambil memandang tepat wajah Rodrick.

"Kenapa kita nak menghantar calon pahlawan yang paling berbakat kita secara terus kepadanya?"

Suasana yang diam seketika. Namun, dalam ramai-ramai itu seorang lelaki berzirah hijau bertepuk tangan mendengar idea yang diberikan oleh Rodrick.

"Idea yang bernas. Kita boleh lihat sendiri sejauh mana kemampuan Raja Iblis Saoto tu berhadapan langsung dengan calon pahlawan terkuat kita"

"Tapi-"

"Walaupun Raja Iblis itu mampu mengalahkan Rud yang setaraf kita, itu tak bermakna yang dia tak terkalahkan. Lagi pula Rud tu hanya otak otot dan kurang dari segi strategi"

Rodrick menambah sedikit sebab atas cadangan yang diusulkan olehnya. Wanita berzirah emas itu kembali terdiam dan duduk semula dikerusinya.

"Bukan itu sahaja, kita akan kehilangan lebih banyak pasukan kalau terus memandang rendah dirinya. Dengan mengerahkan pahlawan yang kuat, kita dapat memastikan kekuatannya terlebih dahulu dan menggabungkan sisa kekuatan yang ada"

Semua yang hadir terdiam menandakan persetujuan. Wanita berzirah emas itu menundukkan kepalanya sebelum kembali menyambung,

"Mengerti..."

"Kita bertanggungjawab menjaga dunia manusia daripada dimusnahkan oleh para Iblis itu"

Semua bangkit dari tempat duduk masing-masing dan bersorak sebelum beredar meninggalkan gedung.

Seorang wanita kuning yang panjang dan diikat mengenakan zirah besi sambil bersandar di tiang gedung.

Rodrick yang meninggalkan tempat perbincangan berhenti seketika di sebelahnya sebelum membisikkan sesuatu,

"Jangan gagal. Raja Iblis Tirani bukan sosok yang boleh dipandang rendah"

Wanita itu menunduk sebelum Rodrick kembali berjalan meninggalkan gedung. Wanita itu mengangkat wajahnya dan memandang sebuah gambar kabur yang tergantung di dinding gedung tersebut.

"Raja Iblis Tirani..."

----------------------------------------------------------

Aku berdiri di hadapan pintu yang memisahkan aku daripada bangunan yang aku huni buat masa ini dan dunia luar yang tidak kuketahui. Bangsa Iblis terkenal dengan mempunyai kelebihan tersendiri mengikut spesies masing-masing dan bole menggunakan sihir membuat mereka sukar untuk dihadapi oleh manusia biasa. Aku menekan ludahku dalam-dalam dan memberikan diri untuk membuka pintu yang ada di hadapanku ini.

Srrrttttt.

Seketika aku terpesona melihat pemandangan yang aku saksikan dengan kedua belah mataku ketika ini. Meskipun terdiri dari berbagai bangsa Iblis, mereka semua hidup rukun antara satu sama lain. Walaupun kotanya Masih seperti kota-kota layaknya abad pertengahan, anak-anak kecil berlarian di jalanan tanpa rasa takut malah terukir senyuman di setiap wajah mereka. Aku sungguh terkesima melihat pemandangan di depanku yang sukar untuk dipercayai ketika ini.

Aku melihat sekelilingku untuk mencari Saoto yang telah menungguku. Tidak ambil masa yang lama untuk aku menemukannya yang sedang tidur di atas sebuah kerusi. Aku sekilas tersenyum memikirkan yang mahupun aku dalam wujud ini atau tidak dia tetap menghormatiku sebelumnya. Perlahan, aku berjalan mendekatinya untuk mengejutkannya.

("Saoto")

("SAOTO")

Saoto membuka matanya sambil meregangkan badannya. Dia kemudian memandangku dengan sedikit senyuman terukir di wajahnya.

"Sei dah tentukan ke? Pilihan di tangan Sei"

Dia bertanya kepadaku sambil mendang tepat wajahku. Aku kembali tersenyum kepadanya sambil menepuk akrab belakang badannya.

"Janganlah serius sangat, Saoto. Kalau aku tak dapat nak jadi pendamping kau, tak salahkan kalau kita tetap berkawan"

Saoto sedikit terkejut mendengar perkataaanku. Dia kemudian berdiri setelah menyambut tangan yang kuhulur kepadanya sebagai tanda persetujuan.

"Tapi Saoto, aku takkan pasrah terlebih dahulu. Jadi, tolong ajarkan aku cara hidup sebagai seorang succubus"

Saoto terkejut sebelum memandangku kembali dengan sedikit tersenyum pada wajahnya. Lantas dia memeluk erat tubuhku namun dengan refleks yang pantas, aku menahannya dengan reaksi yang panik.

"Oi, kebiasaan tu kena la tukar sikit sebab sekarang ni aku kan kawan" (Panik)

Aku mendekap erat bahu Saoto dan tersenyum memandang wajahnya. Dia yang sedikit terkejut dengan tindakanku sebentar tadi membalas dengan memeluk erat bahuku juga.

"Baiklah. Saoto akan tolong ajarkan. Keputusan akhirnya tetap di tangan Sei"

Aku gembira apabila Saoto sudi menerimaku walaupun tidak sebagai peneman hidupnya. Walaupun begitu, aku tetap berjanji untuk mengekalkan senyuman yang terukir di wajahnya ketika ini. Seketika, seorang anak ras kucing berlari ke arah kami dan menarik-narik tangan Saoto sebelum kami dikerumuni oleh teman-temannya.

"Mahou, Mahou, ni ke pasangan Mahou tu"

("EEK?") (Terkejut)

Aku yang cemas mengerak-gerakkan tanganku spontan namun Saoto terlebih dahulu menundukkan dirinya sambil mengusap lembut kepala anak itu.

"Dia teman Mahou dan bakal pasangan Mahou"

Aku tersentak mendengar pengakuan Saoto lalu tertunduk murung setelahnya.

("Ayat belakang tu penting ke...") (Murung)

Seketika aku terkejut sebaik sahaja Saoto memegang erat bahuku.

"Aik, janganlah murung dulu. Sei kata Sei belum pasrah lagi kan?"

Aku mengangkat mukaku dan memandang tepat wajah lelaki di sebelahku.

"Hmmph" (Tersenyum)

Aku lantas bangkit dan memimpin tangan Saoto sambil maju ke hadapan. Saoto yang terkejut mengikut langkahku sambil senyuman terpahat di wajahnya.

"MARI SEI AJAR APA ITU KAWAN!!!) (Semangat)

Aku terdiam sebentar setelah mengingat sesuatu. Aku lantas memandang wajah Saoto dan kanak-kanak lain yang sedang melihatku.

"Kat sini mana yang best eah?"

Saoto dan semua yang melihat terdiam sebelum masing-masing ketawa berdekah-dekah melihat gelagatku. Aku murung seketika sebelum lenganku pantas ditarik oleh Saoto.

"Jom berseronok, Sei"

Aku tersenyum memandang wajah Saoto dan lantas mengikuti langkahannya yang memimpin tanganku ke suatu tempat.

Kami berjalan-jalan di sekeliling bandar itu sebelum aku berhenti setelah memandang sesuatu. Saoto langsung berhenti setelah mendapati tangannya tertahan daripada terus menarik tubuhku.

"Kita main situ" (Bersinar-sinar)

Saoto tersenyum melihatku yang kelihatan teruja lalu mengikutiku masuk ke tempat yang menarik perhatian ku tadi. Aku memandang sekeliling dengan wajah yang kagum.

"Wah, ada fun fair la kat sini. Tak sangka betul. Padahal kotanya macam zaman pertenga-"

Saoto menepuk bahuku membuatkan aku sedikit terkejut.

"Apa nak hairannya. Dekat The Kingdom pun ada benda ni dekat bandar-bandar besarnya bahkan lagi maju"

Aku mengangguk perlahan mendengar perkataan Saoto. Aku lantas menarik pantas lengannya menuju suatu tempat. Saoto memandangku dengan penuh senyuman sambil terus melangkah laju mengikutiku.

Kami bersinggah di banyak gerai yang ada di situ.

"Sei, kena target elok-elok sebelum tembak nanti mele-"

Peluru manik yang kutembakkan tertancap di dahi Saoto.

"Aah.... ma-maaf-"

Saoto merampas pistol yang ada di genggamanku.

"Sini aku tunjukkan"

Seketika aku tergeletak di tanah setelah ditembak dengan manik di berbagai tempat. Aku akhirnya sedar bahawa lelaki di sebelahku ini agak pendendam.

"Adu-du-duh"

Saoto menghulurkan aku hadiah yang berupa patung berjuang ke arahku. Aku yang sedari tadi mengaduh kesakitan lantas menolak-nolak pemberian Saoto itu dalam keadaan cemas.

"I-itu kan mainan perem-"

"Ambil je, Sei. Kalau tak kenapa main ni"

Aku yang pasrah akhirnya menerima pemberian Saoto itu. Saoto yang kepenatan terkejut apabila tangannya ditarik semula oleh tanganku menuju tempat yang lain.

Kami bersinggah di banyak gerai yang menawarkan pelbagai permainan dan hadiah. Aku yang sangat teruja mencuba satu-satunya permainan yang ada walaupun tidak berjaya mendapatkan sebarang hadiah daripadanya. Saoto yang sedari tadi mengikuti pula yang terus memenangkan setiap permainan yang aku main dan mendapatkan banyak hadiah meskipun kesemuanya terus diberikannya kepadaku.

Aku memegang seluruh hadiah yang membukit dan menghalang penglihatanku.

"Mari, Saoto tolong"

Seketika semua hadiah yang dimenangi tadi masuk ke dalam sebuah sihir yang dirapal oleh Saoto. Aku yang terkejut melihatnya lantas bertanya dengan teruja,

"Sihir apa tu. Praktisnya" (Teruja)

"Ni? Ni sihir penyimpanan yang digunakan dengan hanya memanipulasikan ruang"

Aku mengangguk-ngangguk mendengar penjelasan darinya. Aku memandang wajah Saoto sambil tersenyum. Memandangkan hadiah yang banyak lagi tidak perlu kupegang, aku langsung menarik tangannya dengan pantas menuju gerai yang lain. Namun, aku terhenti sebaik sahaja Saoto menarik semula tanganku.

"Saoto dah ikut Sei dari tadi. Sekarang, Sei pula ikut Saoto"

Aku terkejut mendengar permintaan Saoto. Tapi aku tidak menafikan dia telah mengikut banyak gerai yang aku singgah tadi. Agak berat kalau aku menolak permintaannya. Aku mengangguk perlahan sebelum kami berjalan meninggalkan taman-tema itu.

"KE-KENAPA KITA SINGGAH SINI"

Aku terkejut sebaik sahaja melihat Saoto membawaku betul-betul di hadapan sebuah bar. Fikiranku sudah mula berfikiran aneh sebaik sahaja aku nampak tempat semacam ini.

"Kita masuk dulu"

Seketika semua yang ku bayangkan hancur sebaik sahaja melihat suasana dalam barnya. Daripada dikatakan tempat bersenang-senang antara lelaki dan perempuan ianya lebih kelihatan sebagai tempat bersantai dan berlepak bersama teman.

"Saoto penat. Kita minum sini dulu. Sei kalau taknak minum arak boleh minta minuman yang lain"

"Siapa kata aku tak nak minum. Kawan aku dah ajak takkan aku tolak"

Aku memandang wajah Saoto dengan penuh senyuman. Walaupun ini merupakan pertama kalinya aku meminum arak, aku tidak mahu membuatkan dia sedih kerana tidak menemaninya minum. Kami lantas duduk di meja dan kerusi kayu yang disediakan sebelum disajikan minuman yang memasukkan itu.

"Bersulang"

Aku dan Saoto minum arak tersebut untuk menghilangkan penat lelah kami di taman tema tadi. Saoto meminum dengan banyak sedangkan aku sudah mula hilang kesedaranku sbaik sahaja meminum segelas. Tanpa kusedari aku yang telah mabuk menyentap tangan Saoto dan memegang erat tangannya.

"Sa-Saoto, terima kasih temankan Sei main tadi. Sei langsung tak pernah main apa pun permainan tadi dalam seumur hidup Sei. Tapi Saoto berhenti dan mengikuti kemahuan Sei dan tetap menemani Sei bemain setiap permainan tersebut. Tapi Sei rasa ada yang kurang dalam setiap permainan yang Sei mainkan. Sei rasa sangat teringin untuk disentuh dan dibelai seperti yang biasa kita lakukan. Sei rasa hati Sei tak tenang tak diperlakukan apa-apa oleh Saoto. Namun, Sei sekarang ni cuma kawa-"

Saoto mengusap perlahan kepalaku yang dari tadi tergeletak di atas meja kerana sangat mabuk. Aku seketika terdiam sambil lebih tenang sebaik sahaja dibelai lembut oleh lelaki di hadapanku ini. Terasa seperti aku disuakan dengan apa yang aku inginkan selama ini. Perlahan, kesedaranku menghilang setelah sangat mabuk. Namun, telingaku sempat menangkap sesuatu keluar dari mulut Saoto.

"Kalau itu yang Sei inginkan, Sei kena yakin dengan pilihan Sei. Saoto akan tolong"

Aku sedikit tersenyum sebelum perlahan kesedaranku hilang dan tidak merasakan apa-apa lagi. Semuanya menjadi hitam dan sepi.

("Sei pilih Saoto")