webnovel

Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud

Kyoto Seinaru berjalan-jalan bersama teman wanitanya,Tomori-San di sebuah kota metropolitan. Mereka menikmati masa-masa mereka bersama sehingga- dia mengetahui bahawa Tomori langsung tidak mencintainya bahkan mengejeknya kerana mudah untuk diperdaya. Dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh satu-satunya orang yang dia paling percayai di dunia ini. Dia akhirnya menatap tanah tempatnya berdiri sambil tertanya-tanya, Kenapa air mata aku langsung tak mengalir keluar? Dia akhirnya sedar ini bukan kali pertama dirinya di tempatkan dalam situasi yang menyakitkan ini. Dalam amarah yang membuak-buak, perempuan di depannya menghilang tanpa meninggalkan sebarang tanda. Dalam hatinya yang terdalam dia tertanya, Jika benar ada kehidupan yang tidak terhingga yang akan aku tempuhi, Akankah aku berjumpa dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya, Atau adakah hati yang kosong ini akan kekal kosong selamanya. Dia tersedar dan mendapati bahawa dirinya telah hidup semula namun tidak untuk mendapatkan perempuan yang dicarinya selama ini, malah menjadi perempuan itu sendiri. Dia juga sedar akan kenyataan bahawa dia kini bukan sahaja bukan seorang lelaki lagi malah bukan juga seorang manusia. Dia ialah succubus yang bermata merah menyala dan berambut putih yang panjang mengurai sambil tersambung ekor yang runcing di pinggulnya. Bagi manusia, bangsa Iblis merupakan bangsa yang jahat menyebabkan mereka bersatu padu menentangnya. Dia sedar kini semakin susah untuk dirinya meraih cinta yang dikejar Selamat ini sehinggalah- seseorang lelaki yang datang dari mana menyambut hangat dirinya dan melayaninya dengan baik. Adakah dia akan meraih cinta yang dikejarnya selama ini, walaupun tidak seperti yang diharapkannya... P/s : Ini adalah versi Bahasa Malaysia Reborned of the Shapeshift Demon King karya Seinaruz Ini hanyalah draf kepada cerita yang telah diterbitkan namun turut diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan. Tiada gambar novel kerana gambarnya tidak mahu dimuat turun oleh WebNovel. Enjoy!

Seinaruz · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

Chapter V

Inilah aku, Kyoto Seinaru. Seorang lelaki berambut hitam dan bermata merah yang hanya merupakan seorang pekerja biasa di sebuah kedai runcit. Meskipun gajiku yang tidak seberapa namun dengan perancangan yang jelas, masalah kewangan langsung tidak menjadi masalah bagiku. Aku sentiasa berhemah dalam berbelanja demi menunggu suatu janji yang telah mengikatku. Hari-hariku yang sentiasa sibuk berjalan dengan biasa sehinggalah aku ternampak sosok yang tidak asing lagi melintas di hadapanku sewaktu sedang berjalan-jalan di sekitar bandar.

Aku terkejut memandang seorang wanita berambut perang berjalan di sebelahku. Aku tersentak seketika sebelum berjalan mendapatkan semula wanita itu. Jika aku tidak salah, orang yang kulihat ini ialah teman sekolahku yang banyak membantuku sewaktu di sekolah dulu. Aku menepuk perlahan bahunya sambil bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"M-Maaf. Tomori-San ke?"

Wanita tersebut membalas pertanyaanku dengan riak wajah terkejut. Meskipun baru bersua semula, reaksinya barusan membuktikan bahawa aku tidak salah melihat orang. Seketika, dia membalas pertanyaanku semula sambil memandang tepat wajahku.

"Sei-Kun?"

Aku mengangguk perlahan sambil memandangnya membenarkan keraguannya sebentar tadi. Seketika, air mataku bergenang setelah melihatnya semula. Walaupun wanita ini banyak membantuku dahulu, takdir berkata lain dan kami dipisahkan oleh jarak sebaik sahaja dia berpindah rumah dan meninggalkanku sewaktu di sekolah dahulu. Namun, siapa sangka. Dunia yang kecil ini kembali mempertemukan aku dengan dirinya semula. Tanpa sedar, aku menitiskan air mata sebelum kembali mengusapnya untuk bersikap lebih tegas. Bagaimanapun, aku tak mampu menyorokkan kebahagianku sebaik sahaja berjumpa semula dengannya.

Di saat yang sama dalam hari yang sama aku memandangnya sambil berkata,

"Tomori-San, ingat tak janji kita dahulu?"

Wanita itu terkejut mendengar pertanyaanku. Aku terus berdiri sambil meandang tepat wajahnya untuk menunggu balasan darinya. Setelah berfikir sejenak, wanita di hadapanku mengangguk perlahan tanda persetujuannya. Kami bertukar alamat sebelum akhirnya mengucapkan salam perpisahan untuk meneruskan kembali urusan kami masing-masing. Dari situlah bermulanya kisah...

Perjalanan cinta diriku.

Walaupun giat bekerja sebagai pembantu kedai runcit, masa lapangku tidak kusia-siakan dengan sentiasa membuat perancangan tentang tempat-tempat yang ingin aku pergi bersamanya. Aku juga banyak membeli bahan bacaan seperti novel dan manga berkaitan cinta agar tidak kekok ketika berpergian dengannya. Segala hidup yang telah kucurah selama ini akan kugunakan untuk membuat satu-satunya wanita yang mempercayaiku kini bahagia.

Kami bertemu semula beberapa setelah itu setelah dia dan aku tidak mempunyai sebarang urusan yang mengekang kami untuk meluangkan masa bersama. Kami berjalan-jalan di sekitar bandar sambil memimpin tangannya menunjukkan kepada dunia bahawa kami merupakan sebuah pasangan kekasih. Aku berjalan menemaninya berbelanja di pusat membeli-belah kegemarannya. Kami minum-minum dan berborak santai tentang banyak perkara terutamanya perjalanan kami sewaktu sekolah dahulu. Walaupun aku terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk membuatkan wanita di hadapanku ini tersenyum, aku tidak risau kerana aku telah lama bersedia jikalau hari ini tiba. Hari-hari yang indah itu berterusan sehinggalah sebulan setelahnya...

Aku berjalan-jalan di bandar bersama Tomori-San seperti biasanya. Namun, langkahanku terhenti sebaik sahaja sepucuk pistol diacukan tepat di sebelah kepalaku. Aku yang pasrah dengan keadaanku kini langsung mengangkat kedua-dua belah tanganku ke udara. Namun reaksiku terkejut sebaiknya melihat pelaku yang menodong pistol tersebut. Ianya Tomori, orang yang aku anggap kekasihku sendiri.

Aku terdiam sambil menatap dirinya dengan pandangan hairan.

"Tomori-San, apa ni. Mana janji kita dahulu. Tak nak perdalam lagi kita punya hubu-"

Wanita di hadapanku itu membuat bunyi menyuruhku diam sambil senyuman sinis terpancar di balik wajahnya.

"Hubungan?!! (Smile) Sei-Kun, Sei-Kun. Senangnya ditipu. Apa yang membuatkan awak angau sangat sekarang ni?" (Laugh)

Aku terdiam sambil memandangnya. Aku akhirnya sedar bahawa selama ini aku telah ditipu oleh janji manisnya. Aku telah ditipu oleh senyuman yang terukir di wajahnya. Segalanya hanyalah lakonan semata-mata.

"Maaflah Sei. Sejujurnya, Tomori langsung tak pernah menaruh perasaan kat Sei dan tak pernah mengganggap Sei seorang kawan apatah lagi kekasih"

Aku terkilan mendengar perkataan yang dikeluarkan oleh wanita di hadapanku. Aku terus diam membisu menahan emosiku ketika ini.

"Janji?!! Semua orang berubah Sei-Kun. Dunia yang tamak ni takkan mengasihani mereka yang jujur. Berkat itu jugalah aku masih hidup sehingga sekarang"

Nafasku tak teratur sebaik sahaja mendengar penjelasan yang dilontarkan oleh wanita aku. Aku tertunduk ke tanah dan bertanya kepadanya dengan nada yang perlahan.

"Kenapa terus berpura-pu"

"Hahaha... Bodohnya soalan... Mestilah nak tengok muka kau tu kecewa lepas aku kaut seluruh harta kau dan campak kau macam tu je"

Aku terus terdiam mendengar kata demi kata dilontarkan oleh wanita di hadapanku itu. Wanita di hadapanku terus memandang wajahku sebelum kembali menyambung,

"Lagipun Sei-Kun, kamu lambat... Sudah ada orang yang berkenan pada Tomori"

Wanita di hadapan itu menunjukkan cincinnya yang terus disembunyikan olehnya setiap kali keluar denganku. Janji yang telah menjadi tujuan pertama hidupku kini terlerai sebaik sahaja mengetahui bahawa wanita di hadapanku ini hanya mempergunakan aku.

Aku sedar amat dunia ini penuh dengan tipu daya dan aku sangat mewaspadainya. Namun, aku tidak menyangka orang yang telah kutaruhkan seluruh kepercayaanku kepadanya turut akan menipuku malah memandangku sebagai sebuah alat berbanding manusia. Sekilas ingatanku terhadapnya sewaktu sekolah dulu terlintas di benakku.

"Hei, Sei-Kun. Walaupun jarak memisahkan kita namun kepercayaan takkan pernah. Tomori akan terus menunggu suatu saat kita bertemu"

Aku tersenyum memandang wajahnya ketika itu.

Aku kembali menatap wajah wanita yang kini berada di hadapanku. Dirinya yang baik dan penyayang dahulu telah berubah sepenuhnya. Aku bahkan tidak dapat melihat wanita di hadapanku ini sebagai wanita yang pernah menemaniku dahulu. Aku terus menatap tanah tempatku berdiri dengan pandangan kosong. Aku kekal dalam posisi itu buat beberapa waktu tanpa langsung menitiskan air mata.

"Apa yang aku nak dah dapat. So aku kena uruskan apa yang dia nak. Maaf, Sei-Kun. Dunia ni memang keja-"

"BERAMBUS?!!"

"Ara, galaknya abang yang satu ini"

Wanita itu memandangku dengan pandangan jijik mungkin kerana jengkel dengan diriku yang acah keras meskipun di ambang maut.

"AKU KATA... BERAMBUS?!!"

"Kalau tak apa yang kau na-"

Seketika tubuh wanita di hadapanku itu hilang dan menyemburkan darah di merata tempat. Aku terduduk lemah memandang tanganku yang dikotori oleh darah orang yang pernah aku percaya. Namun, tiada sebarang simpati muncul di tatapanku itu. Aku kemudiannya terbaring lemah seakan-akan maut telah menghampiriku. Seketika semua usaha yang pernah aku lakukan melintasi fikiranku.

"Aku tak boleh tidur selagi belum jumpa tempat yang menarik untuk jalan-jalan nanti"

"Tumpang tanya. Kat sini apa yang menarik eah?"

"Maaf tumpang tanya. Apa yang menarik kat sini"

Segala tenaga dan masaku habis tergunakan untuk membuatkan wanita itu bahagia. Aku tidak pernah menggunakan masa-masa tersebut untuk kebahagianku sendiri. Perlahan, semuanya menjadi gelap dan aku tidak lagi menyedarkan diri.

----------------------------------------------------------

Bam.

Bunyi letupan yang kuat menjagakanku Dari lenaku. Aku perlahan membuka kedua belah mataku dan melihat sekelilingku. Aku lantas menggosokan kedua belah mataku yang masih mamai. Daripada melihat pemandangan bar yang klasik dan menenangkan, mataku malah melihat sesuatu yang tak patut kulihat. Aku sedang duduk di atas kerusi dengan santai di dalam puing-puing bangunan yang masih berdiri seperti di medan perang. Namun aku akhirnya sedar bahawa apa yang ku lihat ketika ini bukanlah khayalan semata-mata kerana tiada sebarang perubahan terjadi setelah aku menggosokan mataku. Ditambah lagi terdapat dua orang berdiri di hujung jalan betul-betul di luar bar yang telah hancur ketika ini.

Aku terkejut melihat Saoto sedang berdiri di hadapan seorang wanita yang berzirah besi sambil dalam keadaan yang siaga. Walaupun wanita itu masih kuat menghunuskan pedangnya, terdapat kesan luka di serata badannya. Sedangkan bagi Saoto pula, tiada sebarang luka dan muka yang datar masih terpancar di wajahnya. Dalam keadaan yang menegangkan itu, aku sedikit menangkap butir pembicaraan mereka,

"Ganti rugi balik bar yang dah hancur ni"

Wanita itu memandang Saoto sambil menengking.

"A-APA PULAK AKU YANG KENA GANTI?!!KAU YANG TEMBAK SIHIR MEMATIKAN KE ARAH SITU..." (Panik)

"SALAH SIAPA YANG DUDUK DEKAT SITU. KAU PUN MENGENDAP DARI TADI, INGAT AKU TAK PERASAN KE, HAH?!!"

Kedua-dua mereka memasang wajah yang tegang. Aku lantas berlari mendapatkan Saoto untuk menenangkannya terlebih dahulu. Daripada butir perbicaraan mereka sebentar tadi, aku dapat memastikan bahawa bar ni hancur disebabkan Saoto yang mengamuk sebaik sahaja mendapati wanita itu mengendap dan memerhatikan gerak-geri kami. Jika dibiarkan berlanjutan, aku risau tanah yang menerima hentaman kedua-dua orang ini tidak mampu bertahan malah terjadi kiamat kecil di sini. Aku hanya bercadang untuk meminta penjelasan wanita itu berbuat demikian. Namun, kalau memang didapati bersalah aku takkan menghalang Saoto untuk menghukumnya di sini juga.

"SAOTO?!!"

Seketika mereka berdua terhenti bergaduh lalu memandang ke arahku. Aku berlari-lari anak lalu mendakap erat tubuh Saoto untuk menenangkannya.

"Sei?!!" (Terkejut)

"Raja Iblis Tirani?!!" (Terkejut)

Saoto dan wanita itu terkejut sebaik sahaja melihat kedatanganku. Namun, aku juga turut terkejut mendengarnya mengatakan sesuatu yang asing di telingaku.

"Hah?"

Aku memandang wanita di hadapanku itu dengan wajah yang hairan. Seketika dia menjatuhkan pedang yang dihunusnya sambil matanya bergenang air mata sebaik sahaja melihatku.

"Rambut putih panjang mengurai, mata merah menyala yang menakutkan siapa yang melihat. Tak salah lagi, ini Raja Iblis Tirani" (Terharu)

Aku terkejut mendengar perkataan wanita itu. Seketika aku memandang tubuhku. Aku akhirnya sedar bahawa aku telah menjadi succubus semula sebaik sahaja melihat rambut putihku yang panjang mengurai dan dadaku yang menghalangi pandanganku. Rupanya itu penjelasan mengapa Saoto seakan-akan menjadi sedikit lebih tinggi daripadaku sebentar tadi sebaik sahaja aku memeluknya.

Aku memandang wanita berambut kuning terikat yang mengenakan zirah itu semula sambil memasang riak hairan. Dia mengatakan apa yang tidak aku fahami dari tadi sebaik sahaja aku datang mengganggu.

Aku lantas bertanya kepada Saoto untuk memastikan sesuatu.

"Saoto? Ni kawan Saoto ke?" (Tatap)

"Tak, entah dari mana tah datang" (Tatap)

"Eek?!!" (Sedih)

Kami terus menatap wanita yang berzirah itu. Seketika, dia mengambil semula pedangnya dan menghunuskan semula ke arah kami walaupun tangannya bergetar-getar, tidak seperti tadi.

"L-Lepaskan Raja Iblis Tirani... Mahou, Mahou langsung tak ingat saya ke..." (Sedih)

Aku memandangnya aneh sambil menggeleng-geleng. Seketika, wanita tersebut secara tiba-tiba menangis dan melepaskan pedangnya di situ. Aku lantas berlari mendapatkannya untuk menenangkan dirinya.

"Dah, dah. Bawak bertenang"

Aku mengusap-usap perlahan kepalanya untuk menenangkannya. Seketika, sebuah senyuman terukir di sebalik wajahnya.

"Tak salah lagi. Cara menenangkan yang lembut tetap sama... Tapi kenapa saya dilupakan begitu sahaja..."

Wanita di depanku menangis dengan lebih kuat dari sebelumnya. Aku lagi sekali berusaha menenangkannya dengan menepuk-nepuk belakang badannya. Saoto lantas menghampiri aku dan wanita itu setelah diam buat beberapa ketika.

"Siapa je yang akan ingat kisah seribu tahun dahulu..."

Seketika,wanita di hadapanku ini terhenti menangis dan memandang tepat wajah Saoto seperti sedar akan sesuatu. Aku terus membisu kerana wanita di hadapanku ini sepertinya tidak memerlukan aku untuk menenangkannya lagi. Dengan pantas dia mengambil sesuatu di sebalik sakunya dan menunjukkannya kepadaku.

Sebuah gambar.

"Mahou tak ingat ke? Ni gambar Mahou sebiji dengan gambar Mahou sekarang"

Aku memerhati gambar yang dipegangnya itu dengan teliti. Sekilas dilihat ciri-ciri yang dikatakan memang sama. Berambut putih panjang mengurai dan matanya yang merah menyala. Namun, aku memandangnya kembali sambil menurunkan tangannya.

"Awak dah salah orang n-"

Aku terkejut sebaik sahaja Saoto memegang bahuku dan mencangkung di sebelahku sambil melihat tepat memandang wajahku. Aku yang sedikit terkejut lantas memalingkan wajahku darinya secara sendiri berkemungkinan disebabkan wajahnya yang terlalu dekat.

"Sei rasa kenapa Sei nak pergi ke istana tu sebenarnya?"

Aku terkejut mendengar pertanyaan Saoto dan lantas memandang kembali wajahnya. Aku berfikir sejenak sebelum mengatakan sesuatu.

"Sebab Sei ada mimpi yang berulang-ulang melihat wajah yang macam dalam gambar wanita ni tunjuk. Sei nak pergi sebab nak selidiki sendiri apa yang terjadi dekat wanita tu dan kenapa Sei terus mimpikannya berulang-ula-"

Seketika aku terkejut sebaik sahaja Saoto memegang tanganku erat sambil memandangku. Dia tersenyum sebelum kembali menyambung,

"Itulah wajah Sei yang sebenarnya. Sei yakin yang itu semua sekadar mimpi Sei dan bukannya memori Sei?"

Aku tersentak mendengarkan soalan yang dilontarkan oleh Saoto. Aku langsung tidak pernah terfikir sehingga ke situ. Namun, ada logiknya juga apa yang aku mimpi itu bukanlah sekadar mimpi melainkan puing-puing ingatanku yang timbul seperti pecahan puzzle yang perlu dicantumkan semula. Aku lantas memandang wajah lelaki di sebelahku itu dengan wajah yang hairan.

"Maknanya... Gambar itu ialah gambar Sei dan Sei ialah Raja Iblis Tirani yang pernah hidup seribu tahun dahulu?"

Aku memandang Saoto dengan wajah yang menginginkan kepastian. Saoto tersenyum sambil mengangguk perlahan memastikan kebenaran pertanyaanku sebentar tadi. Wanita yang di hadapanku itu juga turut mengangguk seakan-akan setuju dengan apa yang dilontarkan olehku.

"Ha-habistu kenapa ada pahlawan kat sini. A-aku nak diheret masuk penjara ke?!!" (Terkejut)

Aku terkejut sebaik sahaja sedar akan sesuatu. Seorang pahlawan datang ke daerah Miltia, mengetahui identiti sebenarku dan datang untuk mengheretku ke penjara. Aku lantas berundur sebaik sahaja menyimpulkan itu.

"Bu-bukan begitu... S-Saya bukan datang sebagai seorang pahlawan melainkan sebagai seorang bawahan..."

Riak cemas terukir di wajahnya diikuti perasaan sedih di akhir katanya. Aku lantas menghampirinya semula untuk menenangkan dirinya sambil mengusap lembut kepalanya.

Seketika, air mata mengalir keluar dengan deras dari seluruh matanya.

"Meskipun Mahou lupa siapa saya, Mahou tetap melayani saya dengan baik seperti Mahou buat dahulu. Saya akan tetap di samping Mahou seperti dahulu, sebagai pelayan utama Mahou..."

Aku tersentak mendengarnya. Seperti sulit untuk mempercayai apa yang dikatakannya. Mana mungkin seorang pahlawan berdarah tinggi dan terkenal seperti dirinya merupakan bawahan malah pelayanku seribu tahun dahulu. Aku terus terdiam sambil terus mengusap-usap kepalanya lembut. Meskipun mahu menenangkannya ianya langsung tidak membantu kerana yang membuatkannya sedih ketika ini ialah aku yang langsung tidak mengingat apa-apa tentang diriku. Seketika Saoto menepuk wanita di hadapanku ini dan memandangnya dengan wajah yang tersenyum. Seketika, tangisan wanita itu terhenti sebelum memandang kembali wajah Saoto dengan riak wajah hairan.

"Itulah sebabnya aku nak bawa Sei tinggal dengan aku. Supaya boleh pergi semula istana itu dan memulihkan semula ingatannya"

Aku terkejut mendengar pernyataan Saoto. Rupanya itu sebab utamanya dia ingin menikahiku dan membawaku ke istananya. Aku kembali melihat wanita di hadapanku ini. Wanita itu memandang wajah Saoto dengan riak wajah terkejut. Air matanya terhenti sebaik sahaja mendengar perkataan Saoto sebentar tadi. Seketika, dia menghembuskan nafas yang berat sambil bingkas bangkit untuk memberikan hormatnya kepada kami.

"Maafkan, saya. Izinkan saya menjadi bawahan Mahou dan Raja Iblis Saoto mulai hari ini"

"Ha"

Saoto mengangguk perlahan menyatakan persetujuannya. Namun, dia kembali bangkit sambil mengibas-ngibas kedua belah tangannya untuk mengatakan sesuatu.

"Dengan syarat. Bar yang dah musnah ni perlu diganti rugi semula"

Seketika wanita tersebut terkejut sambil menitiskan air mata.

"Eeh, kena jugak ke..." (Sedih)

Saoto tersenyum sambil memandang wajahku sebelum kembali memandang wajah wanita di hadapanku semula.

"Ganti rugi dengan berhentilah menjadi pahlawan dan setia berkhidmat di bawahku"

Wanita itu terkejut sebaik sahaja mendengar ganti rugi yang dimaksudkan oleh Saoto. Air mata mengalir membasahi mukanya. Lantas dia kembali menunjuk hormat semula dan berkata dengan lantang,

"Siap dilaksanakan"

Aku tersenyum bahagia menyaksikan apa yang terjadi di hadapanku kini. Akhirnya keadaan yang menegangkan itu dapat berakhir baik tanpa sebarang pertumpahan darah dan kerosakan. Walaupun ada sebahagian bangunan yang hancur seperti bar tadi namun ianya tidak diperburuk kerana keduanya telah saling berdamai. Aku lantas memandang wajah wanita itu untuk memastikan sesuatu.

"Anu, kenapa awak terhendap-hendap tadi"

Seketika wanita tersebut menunduk-nundukkan badannya seakan-akan meminta maaf sebelum kembali menyambung,

"Maaf tak memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Panggil saya Nita. Nita ditugaskan untuk mengatasi masalah pelarian Raja Iblis Tirani yang dibuat oleh Raja Iblis Saoto. Namun, Nita lihat Raja Iblis Saoto seorang sahaja di bar ketika itu"

"EEP?!!"

Aku tersentak mendengarnya. Rupa-rupanya wanita di hadapanku ini langsung tidak menyedari bahawa lelaki yang dilihat olehnya di hadapan Saoto ketika itu ialah aku. Maknanya, aku baru berubah sebaik sahaja terjadi kesalahfahaman besar antara kedua orang ini. Seketika aku yang hairan cuba mengingat semula apa yang berlaku dan menyebabkan aku dalam wujud yang sekarang.

("Sei dah lama pilih Saoto")

Seketika pipiku memerah sebaik sahaja mengingatnya kembali. Aku yang sangat mabuk ketika itu telah mengucapkan segala perasaan yang kupendam selama ini kepada lelaki di sebelahku. Aku yang masih malu seketika dikejutkan oleh Saoto yang lantas memegang kepalaku dan mengusapnya perlahan sebelum bertanya kepadaku akan sesuatu.

"Ada sesuatu yang mengganggu Sei?"

Aku memandang wajah tepat Saoto Wajah Saoto sambil bergumam sendiri.

"EEK?!!"

("MANA MUNGKIN AKU BAGITAU SAOTO YANG AKU BERUBAH SEKARANG NI SEBAB TERFIKIRKAN DIA?!!")

Saoto memandangku dengan wajah yang sangat mengambil berat. Aku dengan pantas langsung memalingkan wajahku darinya agar wajahku tidak dilihat olehnya.

"T-takde apa-apa"

Saoto yang dengan perlahan mengusap lembut kepalaku. Walaupun tidak diminta, lelaki di sebelahku ini seakan faham hatiku yang tidak tenang ketika ini lantas membelai manja diriku agar lebih tenang. Namun, saat yang indah itu akhirnya terhenti apabila satu suara menegurku.

"Anu, sampai bila Nita nak kena tengok kisah percinta-" (Hampir menangis)

Aku dengan pantas memandang wajahnya semula menggoyangkan kedua belah tanganku untuk menafikannya.

"M-mana ada... Teruskan, Nita-Sa-"

"Mahou, Nita nak jugak rapat dengan Maho-"

Aku terkejut sebaik sahaja Nita melompat dan memelukku erat. Aku lantas menolak mukanya yang menghampiri tubuhku untuk memintanya agar lebih serius.

"Oi Nita-San, cepat sambung cerita... Cukup mainnya..."

Aku terus menolak tubuhnya yang ingin memelukku sehingga dia mengalah daripada meneruskannya. Walaupun terpampang riak sedih di wajahnya, dia dengan pantas kembali membetulkan postur badannya dan memasang wajah yang serius.

"Ehem... Selepas itu, Nita terus menunggu dan menunggu kesempatan untuk berjumpa dengan Mahou bukan untuk menangkap, sebaliknya sebagai perjumpaan semula setelah lama berpisah. Walaupun dapat jumpa Mahou kat sini, tapi Mahou tak inga-"

Aku dengan pantas menarik-narik kedua belah pipinya dengan tanganku. Aku langsung berbuat demikian kerana merasakan aku langsung tak dapat menenangkan wanita di hadapanku ini dengan mengusap kepalanya. Jadi sebelum wanita ini menangis, lebih baik baik aku menghiburnya sedikit supaya tidak terus dibawa emosi sedih.

"Adu-du-duh"

("Sejak bila Mahou pandai tarik pipi orang") (Termenung)

Wanita itu mengusap-usap pipinya yang kesakitan. Aku kembali memandang wajah Saoto yang berdiri di sebelahku. Hatiku yang masih berdebar memikirkan perkara tadi dengan pantas membuatkan pipiku memerah semula. Meskipun malu, aku berusaha sebaik mungkin untuk tidak memalingkan wajahku darinya walaupun mataku tidak berani memandang tepat wajah lelaki di sebelahku itu. Seketika, Saoto bingkas bangun apabila dipanggil oleh Nita yang berdiri menjauhiku seperti ingin membisikkan sesuatu.

"Ke sini, Saoto-Sama!!!"

"MAHOU SAOTO"

"Eek?!! Kenapa terlalu memilih"

"Siapa yang menang duel tadi?"

"Huk... Huk..."

Nita mencebikkan wajahnya sambil matanya digenangi air mata sebaik sahaja disakat oleh Saoto. Aku yang memandang hairan pada mulanya tergelak kecil apabila melihat kerenah mereka berdua. Saoto dan Nita terus membisikkan sesuatu tanpa sepengetahuanku buat beberapa ketika sebelum Saoto kembali berjalan ke arahku semula. Aku yang dapat rasakan aku akan jadi mangsa untuk disakat yang seterusnya lantas memalingkan badanku darinya. Perlahan, aku rasakan bahuku di sentuh oleh Saoto dan mulutnya dirapatkan di telingaku untuk membisikkan sesuatu.

"Sei, Sei nak teruskan lagi ke?"

Seketika suara bisikan Saoto itu terdengar menggoda di telingaku. Tubuhku lantas berasa aneh. Nafasku menjadi berat dan ekorku bergoyang ligat menunjukkan kepadanya yang aku langsung tidak tenang. Suaranya yang menggoda itu seketika membuatkan tubuhku menjadi lemah seakan-akan sebuah hasrat timbul di dalam diriku. Perlahan, aku memanggil lelaki di hadapanku itu dengan suara yang menggigil.

"H-hei Saoto... S-sebelum k-kita teruskan perjalanan k-kita hari ni... S-Sei n-nak kan se-sebuah c-ciuman"

Aku mengatakan hasrat yang terpendam di dalam hatiku. Walaupun malu, fikiranku tidak lagi dapat berfikir jernih dalam keadaan tubuhku yang seperti ini. Hatiku langsung tak tenang sehingga aku mendapatkan apa yang aku inginkan darinya, sebuah ciuman.

Seketika Saoto mengusap pipiku perlahan. Aku yang tidak lagi berdaya untuk menahan hasratku hampir sahaja mengeluarkan suara aneh sebelum lelaki di hadapanku ini dengan pantas mencium bibirku dan memeluk erat bahagian belakang kepalaku sebelum diusap lembut olehnya. Seketika, hatiku terasa jauh lebih tenang sebaik sahaja menerima ciuman itu. Namun, aku dikejutkan sebaik sahaja mendengar tepukan yang gemuruh diikuti suara sorakan di sekitarku.

"Tahniah, Mahou. Selamat"

"TAHNIAH, MAHOU"

"Tahniah Mahou dengan pasangannya"

Aku lantas meronta-ronta sambil memukul-mukul belakang badan Saoto untuk memintanya melepaskanku dari pelukannya. Saoto lantas memandangku dengan riak wajah hairan untuk memastikan sesuatu.

"Sei, Sei bukan ke dah memilih untuk mejadi pasa-"

"Shush... Shush..."

Aku menyuruh Saoto untuk bercakap dengan lebih perlahan sambil menudingkan jariku ke arah mulutnya. Dengan suara yang perlahan, aku kembali memandang wajah Saoto dengan pipiku yang sudah memerah menahan malu.

"S-Sei malu dilihat b-banyak orang..." (Malu)

Saoto terkejut sebaik sahaja mendengar penjelasan dariku. Dia lantas melepaskan pelukannya terhadapku sambil tersenyum memandang wajahku. Aku seketika bahagia apabila lelaki di hadapanku ini sangat memahami diriku lantas membalas senyumannya semula. Saoto kemudian menghulurkan tangannya untuk membantuku bangun sebelum disambut erat oleh tanganku. Aku seketika terkejut sebaik sahaja Saoto memeluk erat diriku di sebelahnya dan memandang keramaian untuk mengumumkan sesuatu.

"Kepada semua yang ada di sini terima kasih atas ucapannya. Tapi, tolong rahsiakan dulu perkara ini sehingga Mahou memberikan pengumuman rasmi nanti"

"Hupp" (Semua)

Seketika keramaian yang mengeremuni kami sebentar tadi langsung bubar setelah diarahkan oleh Saoto. Sejujurnya, aku hampir menghalangi Saoto daripada membuat pengumuman di khalayak ramai kerana sangat malu. Namun, aku rasa sangat lega dan bahagia kerana lelaki di sebelahku ini bukan sahaja membubarkan kerumunan sebentar tadi malah sangat mengambil berat tentang perasaanku.

Seketika, lamunanku terhenti sebaik sahaja aku melihat Nita yang memandangku dengan wajah yang digenangi air mata.

"Sangat mengharukan tapi kalaulah Nita dapat libatkan diri sekali dalam momen indah tu..." (Sedih)

Aku menghelakan nafas sebaik sahaja melihat gelagat wanita di hadapanku ini. Sejujurnya, aku sendiri tak tahu kenapa orang yang kuat menangis sepertinya dapat menjadi pahlawan yang seharusnya gagah dan keras. Aku lantas berlari untuk mendapatkannya sebelum mengusap-usap kepalanya dengan lembut.

"Kalau macam tu marilah ikut ke istana Sao-"

"Tak boleh. Nita pergi ke istana dulu buat persiapan untuk menyambut"

Aku terkejut sebaik sahaja mendengar arahan Saoto. Aku lantas berfikir alasan yang munasabah akan kenapa Nita disuruh gerak terlebih dahulu ke istana sedangkan kita boleh pergi bersamanya. Saoto lantas mendekatiku sebelum perlahan-lahan mengusap kepalaku dengan lembut.

"Saoto dengan Sei nak pergi berjalan-jalan lagi di sekeliling kota. Nita pergi dulu ke istana dan buat persiapan untuk menyambut kami nanti"

Nita memandang wajah Saoto dengan riak wajah terkejut. Dia dengan cemas kembali berkata kepada Saoto,

"M-MACAM MANA N-NITA NAK M-MASUK ISTANA DENGAN B-BAJU BERZIRAH NI... MAHU SEMUA ORANG TUDUH ADA PAHLAWAN YANG MENYUSUP MASUK DALAM ISTANA..." (Panik)

Saoto lantas memetik jarinya menyebabkan sebuah lingkaran sihir muncul di udara diikuti dengan cahaya aneh yang kemudiannya mengelilingi tubuh Nita. Aku yang gelabah lantas menepuk lelaki di sebelahku sambil memandangnya dengan riak wajah yang cemas.

"S-Saoto!!! P-Pakaian tu n-nanti macam p-pakaian Sei haritu m-macam mana?!!" (Cemas)

Aku cemas sebaik sahaja mengingat bahawa Saoto pernah memberikan 'pakaian' kepadaku sebelum berangkat ke sini dahulu. Aku risau aku akan menyaksikan kejadian yang sama lagi di hadapanku. Aku tidak mempermasalahkan kalau yang dilihatku itu ialah bentuk tubuhku sendiri namun tidak jika tubuh wanita lain. Aku terus menepuk-nepuk badannya sebelum akhirnya Saoto membalas pandanganku dengan wajah yang tersenyum sambil mengusap lembut kepalaku untuk menyuruhku agar lebih tenang.

Seketika zirah pahlawan yang dikenakan olehnya bertukar menjadi gaun indah dan bertutup berwarna hitam putih sambil mengenakan cekak rambut layaknya seorang pelayan. Ditambah dengan rambut kuning yang terikat rapi dan tubuhnya yang tinggi menampakkan keterampilan dirinya sebagai seorang pelayan. Aku menarik nafas lega sebaik sahaja mendapati apa yang aku bayangkan sebentar tadi tidak menjadi kenyataan. Saoto kembali memandang wajah Nita yang terpinga-pinga seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Kalau dengan pakaian tu takkan menjadi masalah untuk memasuki istana Saoto. Nanti langsung berjumpa dengan Obaa-San, kepala pelayan yang paling tua dan tunjukkan ini"

Saoto membaling sesuatu yang kelihatan seperti lambang kerajaan kepada Nita. Namun, meskipun dah diberikan arahan yang jelas, Nita Masih tetap berdiri sambil matanya digenangi air mata.

"Nita nak ikut boleh ta-" (Rayu)

"TAK"

Saoto membalas singkat pertanyaan Nita. Seperti biasa wajah wanita itu terus mencebik untuk menitiskan air mata. Aku lantas mengusap perlahan kepalanya sambil membisikkan sesuatu kepadanya.

"Tak mengapa, Nita. Nanti kat istana nanti kita boleh bersembang puas-pua-"

"Hupp" (Teruja)

Nita langsung membetulkan postur badannya manakala wajahnya yang sedih seketika berubah menjadi ceria sebaik sahaja aku memberitahunya untuk menunggu di istana. Seketika, dia menghilang sebaik sahaja menggunakan sihir teleportasi. Setelah itu, aku langsung dikejutkan sebaik sahaja mendapati cahaya aneh turut mengelilingi tubuhku dan merubah pakaianku menjadi menjadi blouse berwarna putih dan seluar merah yang panjang menutupi seluruh tubuhku. Aku lantas kembali memandang wajah Saoto dengan riak wajah yang hairan.

"Saoto kata nak jalan-jalan je. Kenapa kena tukar baju Sei?"

Aku bertanya dengan nada yang hairan. Saoto tersenyum memandangku sebelum menundukkan sedikit badannya untuk membisikkan sesuatu di telingaku.

"Saoto nak ajak Sei dating, bukan jalan-jalan biasa. Lagipun Sei kata Sei tak pernah berkesempatan kan?"

Aku terkejut sebaik sahaja mendengar permintaan Saoto. Pipiku memerah sebaik sahaja mengingat kejadian di bar tadi. Bukan itu sahaja. Dalam kehidupanku dulu, aku banyak menghabiskan masaku untuk merancang yang terbaik untuk membahagiakan orang yang aku sayangi. Aku langsung tak pernah memikirkan kebahagianku sendiri. Aku terdiam seketika buat beberapa waktu sambil memikirkan sesuatu. Dengan nada yang perlahan aku bertanya kepada Saoto untuk mendapatkan kepastian tentang sesuatu.

"B-bagi S-Saoto, d-dating ni membahagiakan Saoto t-tak?"

Aku keberatan untuk mengikutinya jika niat asalnya hanya untuk membahagiakan aku kerana itu akan menyakitkan dirinya sama sepertiku dahulu. Aku sanggup tidak melakukannya jika itu dapat membuatkan aku dan dia sama-sama bahagia tanpa ada yang tersakiti. Seketika, Saoto meletakkan kepalaku di dadanya sambil mengusap kepalaku dengan lembut sebelum kembali membalas,

"Saoto ajak Sei sebab Saoto bahagia kalau pergi dengan Sei"

Saoto mengatakannya dengan wajah yang tersenyum sambil memandang tepat wajahku. Aku lantas memeluknya erat sambil mengeluarkan air mata bahagia. Aku sangat bahagia mendengar Saoto yang turut bahagia menuruti keegoisanku. Seketika, Saoto pantas mengesat air mataku sebelum mengangkat wajahku untuk kembali memandang tepat wajahnya.

"Sei janganlah sedih. Kita nak berseronok, kan?"

"Hurm"

Aku kembali tersenyum memandang wajahnya sebelum menyambut erat tangan yang dihulurkannya. Kami terus berjalan-jalan di sekitar kota dan singgah di fun fair yang kami pergi tadi. Aku banyak menghabiskan masa berhargaku dengan orang yang aku sayangi ketika ini.

Saoto.