Keesokan pagi.
Ning Xi tidur dengan amat nyenyak sehinggalah akhirnya terjaga sendiri.
Dia ingat-ingat lupa tentang kejadian semalam. Dia hampir menyangka yang ia hanya mimpi.
Sehinggalah dia mengheret kakinya dan berjalan menuju ke arah almari pakaian...
Ning Xi tidak menutup bilik rahsia itu semalam, jadi kini bilik terbuka begitu sahaja dan menerjah pandangannya tanpa sebarang halangan.
Ning Xi tergamam.
Nampaknya, ia bukan mimpi.
Awalnya, dia menerima baju-baju itu kerana dia betul-betul fikir yang semuanya tidak bernilai. Tapi, apa yang patut dia buat sekarang?
Almari pakaian ini…
Kepala Ning Xi masih berdenyut apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Pemanggil itu adalah Lin Zhizhi.
"Helo, Kak Zhizhi?"
"Kamu cuti hari ni, bukan? Kamu ada masa tak sekarang? Kalau kamu tak ada apa-apa hal, tolong singgah ke syarikat sekejap."
"Saya tak ada apa-apa hal. Saya ke sana sekarang juga!"
webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください