Dia tidak menyangka yang projek iklan pertama miliknya akan berlaku dengan cara ini. Dia betul-betul terkejut.
" Apa... Ini berkesan?"
Jiang Muye menjawab dengan nakal, "Kenapa tidak? Kamu patut berterima kasih pada saya! Kalau bukan kerana saya, kamu tak akan dapat kerja ni."
"Yalah, yalah, semuanya sebab kamu."
Lin Zhizhi menyambung penjelasannya dengan lebih terperinci, "Syarikat permainan video tu mahukan kamu dan Jiang Muye. Oleh sebab kamu masih baru, bayaran pengiklanan kamu tak banyak, hanya satu juta saja. Jadi, akhirnya nanti kamu hanya akan dapat lebih kurang tiga ratus ribu dolar."
"Tiga ratus ribu dolar! Sebanyak tu?"
Sebelum ini, Ning Xi jarang ambil kisah tentang perkongsian keuntungan dalam kontrak. Selalunya, orang baru akan dapat 20% daripada keuntungan itu. Dia mendapat 40%, jadi ini boleh dikatakan sebagai urus niaga yang sangat baik daripada syarikat itu. Si Syaitan itu betul-betul sudah membantunya dalam hal ini...
Support your favorite authors and translators in webnovel.com