webnovel

Cucu Baby Sayang

編集者: EndlessFantasy Translation

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada menekan pautan tersebut. Semua orang juga tahu ratu kampus ialah dirinya.

Pensyarah yang tegas itu menjelingnya dan mengejek, "Tolong duduk. Jangan bawa perangai buruk harian kamu ke dalam kelas saya."

Perangai buruk harian?

Mata Su Qianci menjadi dingin sewaktu dia bertanya, "Apa maksud prof?"

Sebelum pensyarah itu sempat menjawab, lelaki di sebelah Su Qianci bersuara, "Berhenti berpura-pura. Kau tahu apa yang prof maksudkan. Konkusi? Kau memang hina."

"Haha, itu kejam, tapi dia layak terimanya."

"Aku ingat dia seperti bongkah ais, tetapi nampaknya dia boleh jadi perempuan jalang jika kerana duit."

"Aku dah agak dia ini pelacur."

Mendengar kata-kata yang teruk daripada rakan-rakan sekelasnya itu, muka Su Qianci semakin menyinga. Dia menepuk meja dengan kuat dan memberi amaran, "Kamu semua ada bukti untuk tuduhan-tuduhan itu?"

"Bukti? Tengoklah di forum."

Seorang lelaki membaling telefon kepadanya dengan satu gambar terpapar pada skrin. Ia satu gambar dia sedang memasuki kereta Li Sicheng. Melihat gambar tersebut, Su Qianci mula tenang dan tersenyum mengejek. "Ini bukti kamu?"

Lelaki itu melihat senyumannya dan terpukau seketika. Wajahnya sedikit kemerahan ketika dia tergagap, "Ini… Ini tak cukup?"

"Saya masuk ke dalam kereta saya ialah bukti saya seorang pelacur?"

"Kereta kamu?" Lelaki itu terkejut.

"Tak mungkin. Semua orang tahu kamu anak yatim. Ini kereta Maybach dan model ini berharga sekurang-kurangnya satu juta dolar. Jika kamu sebegitu kaya, kenapa kamu kerja separuh masa sewaktu di sekolah menengah?"

Jelas, kisah lamanya sudah turut tersebar. Mendengar kata-kata tersebut, Su Qianci tersenyum dingin. "Kamu pernah dengar tentang kes Liu Anan?" Kemudian, Su Qianci memasukkan kembali barang-barangnya ke dalam beg galas.

Melihat Su Qianci bersedia untuk beredar, pensyarah itu kelihatan naik angin. "Kamu nak pergi mana?"

"Ponteng kelas," jawab Su Qianci tanpa menoleh. "Saya tak mahu menghabiskan masa di kelas yang dipenuhi dengan orang seperti kamu semua." Sebaik keluar dari kelas itu, wajah tenang yang ditunjukkan Su Qianci terus hilang. Siapa yang telah cuba memfitnahnya? Su Qianci mencari 'kes Liu Anan' melalui telefonnya dan mendapati kesemua video atau kenyataan tentang 'Puan Li' telah hilang. Apa yang tinggal hanyalah perkara tentang Liu Anan. Rupanya disebabkan itulah tiada sesiapa tahu dia terlibat dengan kes Liu Anan.

Tidak mengapa. Pasti akan ada cerita baru dalam masa beberapa hari kemudian dan tiada sesiapa lagi akan menumpukan kepada beritanya pada masa itu. Walau bagaimanapun, Su Qianci jelas tidak sedar betapa kuat pengaruh cerita tersebut. Hanya dalam masa dua hari, khabar angin itu tersebar ke seluruh Internet dan menjadi berita utama dalam laman sesawang beberapa berita tempatan.

Kapten Li sedang duduk di halaman belakang rumahnya sambil bermain permainan telefon dan memakai kacamata yang digunakan untuk membaca. Tiba-tiba, satu mesej diterima di telefonnya. Terpampang satu tajuk utama berita: "Ratu Kampus Universiti Kingstown Ternyata Pelacur. Anak Yatim Memakai Pakaian Berjenama Dan Menaiki Maybach."

"Universiti zaman sekarang!" fikir Kapten Li. Tiba-tiba dia segera menegakkan badannya apabila teringat ratu kampus Universiti Kingstown adalah Qianqian.

Sebaik membaca berita itu dan melihat gambar yang disertakan, dia terus melenting, "Memang betul dia! Wartawan ini sungguh tidak bertanggungjawab!" Kemudian Kapten Li segera menghantar berita tersebut kepada "cucu baby sayang" dalam senarai kenalan di telefonnya.