webnovel

Angkat Tinggi-Tinggi

編集者: EndlessFantasy Translation

"Pak Cik Lu sangat sibuk. Papa ialah ayah yang terbaik untuk kamu."

"Saya rasa Pak Cik Lu jauh lebih baik daripada dia," kata Li Jianqian dengan wajah yang sedih. "Apa yang hebat sangat dengan dia? Pak Cik Lu lebih hebat."

Li Jianqian seorang kanak-kanak yang matang dan amat jarang menangis. Riak wajahnya sekarang lebih memedihkan hati Su Qianci daripada melihat tangisannya. Su Qianci menarik anaknya itu dan memujuknya seperti yang selalu dilakukannya dahulu. "Jangan menangis, jangan menangis. Dasu budak baik."

Li Jianqian bertambah sedih. Dia memegang bahu ibunya dengan sebelah tangan dan kedengaran sebak tetapi tidak menangis.

"Papa sangat suka Dasu, tapi Dasu macam tak suka Papa. Kalau kamu nampak seseorang tak suka kamu, kamu akan bermain dengan dia tak? Tak, kan?" kata Su Qianci. "Sama macam Papa. Tak ada orang yang nak bermain dengan orang yang tak suka mereka."

"Saya tak mahu main dengan dia. Saya bencikan dia." Li Jianqian membenamkan wajahnya ke lengan Su Qianci. "Saya tak mahu keluar dengan dia juga."

"Dia Papa kamu. Bukankah kamu selalu cemburu dengan kanak-kanak lain yang ada ayah yang boleh angkat mereka tinggi-tinggi? Apa kata kita suruh Papa buat?"

"Itu Ersu. Saya tak cemburu! Sangat kebudak-budakan!" Li Jianqian menyapu air matanya dan menyedut hingusnya. Ketika itu, mereka mendengar suara Li Jianqian yang sedang ketawa dari luar. Ketawa Li Jianqian yang amat ceria itu kedengaran amat menjengkelkan baginya.

Kemudian pintu bilik itu dibuka dan ketawa itu kedengaran semakin kuat. Li Sicheng berjalan masuk sambil membawa anak perempuannya yang sedang galak ketawa di atas bahunya. Tangan Li Jianyue memeluk kepala ayahnya dan Li Sicheng memegang pinggang anaknya itu sambil berjalan masuk.

Li Jianyue kelihatan amat gembira dan menjerit, "Abang, tingginya! Seronok betul!" Ketawa yang riang itu mencairkan hati Su Qianci.

Li Jianqian bertambah tidak gembira apabila melihat situasi itu. Air mata kemarahan kembali bertakung di matanya. Tetapi dia seorang lelaki dan tidak boleh menangis! Tapi… Melihat adiknya duduk di bahu lelaki itu, Dasu berasa amat tidak gembira.

Nampak seronok…

Hentikan! Dia tidak kisah langsung tentangnya! Apa yang seronok sangat! Li Jianqian memalingkan wajahnya lalu berlari ke katilnya dan berkata, "Bisinglah! Saya mengantuk dan nak tidur. Pergi main di luar!"

"Ahh!!" Li Jianyue menjerit lalu diikuti dengan ketawa girang. Rambutnya yang diikat dua bergerak-gerak dan dia memanggil, "Abang, marilah main bersama. Papa sangat tinggi!"

Nafas Li Jianqian menjadi kencang dan dia berasa seperti hampir menangis. Dia menutup kepalanya dengan selimut dan menjerit, "Menjengkelkan betul! Kenapa main di sini? Pergi keluar dan jangan ganggu saya!"

Kali ini Li Mosen pula berlari masuk dari luar sambil membawa satu permainan susun suai gambar yang besar. Dia menjerit gembira, "Pak Cik, Pak Cik, tengok ni! Saya dah siapkannya!"

"Wah!" Li Jianyue melihatnya dengan kagum. "Pandainya Abang Mosen! Abang saya tak mampu selesaikannya walaupun setelah beberapa hari!"

Li Mosen bertambah gembira dan berkata, "Papa kamu yang ajar saya. Cara dia ajar sangat bagus sampai saya dapat siapkannya dengan cepat!"