webnovel

Perubahan

編集者: EndlessFantasy Translation

Itu… kakanda kandung Tilly.

'Kakanda kandung saya? Tidak… Tidak mungkin.'

Tilly merenung surat di dalam tangannya. Matanya dapat membaca ayat itu tetapi otaknya tidak boleh menerima maksudnya. Fikirannya berserabut hebat.

Ayahanda mereka, Raja Wimbledon III mempunyai lima orang anakanda. Gerald, Timothy, dan Garcia ialah anakanda-anakanda sulung Baginda dan mereka sangat mesra bersama kerana mereka lahir rapat-rapat. Apabila Roland dilahirkan, Garcia pun sudah berusia enam tahun. Jadi Gerald dan Timothy sering tidak bermain dengan adinda lelaki mereka kerana perbezaan jarak usia yang besar. Dalam keadaan begini, sudah tentu Roland akan rapat dengan adinda bongsunya tetapi bukan itu yang terjadi.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください