webnovel

Episode 28 : Spot Check!

Knock!

Knock!

Knock!

Lekas dan cemas.

Bunyi ketukan pintu kedengaran sangat kuat.

Darra di atas katil sedang lena memandangkan jam sudah masuk 12 tengah malam. Dalam keadaan meniarap dan berpijama hitam, bantal di peluk rapat ke dada, Darra berkerut kening dibuatkan bunyi ketukan di pintu biliknya.

Knock!

Knock!

Knock!

Begitu tergesa-gesa ketukan pintu diberi.

Dalam keadaan mamainya, Darra pun membuka mata dan mengangkat kepala sambil memandang ke arah pintu. Namun tidak lama, Darra kembali menjatuhkan kepalanya ke bantal semula.

        "Darrius!!Bukak pintu ni."

        "Hah?"Darra membuka mata sambil memasang telinga semula. Dia ingin memastikan yang dia tidak salah dengar. Pintu bilikinya di pandang dengan mata dikecilkan curiga. Siapa pula yang ketuk-ketuk pintu lewat malam begini?

Knock!

Knock!

Sekali lagi bunyi ketukan pintu kedengaran lebih jelas. Menyebabkan Darra turun dari katil dan berjalan mendekati pintu dalam keadaan mamai. Serius, dia pun jadi kelam kabut kerana bunyi ketukan pintu itu.

Krik!

Pintu berbunyi sebaik sahaja Darra menariknya ke dalam. Di depan pintu berdirinya Ricardo. Lelaki itu kelihatan baru sahaja bangun dari tidur melihatkan pakaian pijama serta rambut bersepahnya.

        "Ada apa ni?"matanya yang terasa kesat dipejam celik beberapa kali untuk menjelaskan pandangan. Muka tanpa topeng muka itu buatkan dia semakin bingung.

         "Ada spot check.."beritahu Ricardo sebelum bergegas masuk ke dalam bilik tidur Darra tanpa menunggu gadis itu mengatakan apa-apa. Setelah itu ditariknya ke dalam sebelum pintu bilik di kunci.

          Masih belum sedarkan diri sepenuhnya dari mamai, Darra di situ menggaru belakang kepala sambil berkerut kening. Ada apa sebenarnya ni?Kenapa Shadow di sini? "Apa dia?"

         "Mereka sedang menghampiri Asrama Utama...baru saja tadi asrama saya di periksa..."beritahu Ricardo membuka almari pakaian Darra. Dia ambil apa saja yang boleh membuatkan identiti Darra terdedah.

          "Siapa?"Darra perhatikan saja Ricardo ke hulu dan hilir biliknya menyelongkar dan mengambil barang miliknya. Keningnya berkerut tidak faham. "Boleh tak kau berhenti bergerak...pening kepala aku la.."

Ricardo jalan ke arah bilik air pula. Dia periksa isi dalam bilik air itu. Disebabkan Darra seorang gadis, dia perlu pastikan barang peribadi milik Darra tidak memberi sebarang klu bahawa Darra bukan seorang lelaki. Jadi sebelum pengawas datang memeriksa bilik Darra, dia perlu sembunyikan ia.

          Selepas memeriksa dengan teliti dan tiada   yang mencurigakan barulah Ricardo keluar dari bilik air. Dia berhenti sekejap di situ. Memandang penampilan Darra. "Mana jaket awak Darra?"pakaian tidur Darra akan nipis. Susuk tubuh gadis itu terlalu ketara pula.

          "Dekat kerusi tu.."tunjuk Darra masih bercemberut kerimasan dek kekalutan Shadow. "Ada apa dengan kau ni?Apa yang kau kelam kabutkan?Ada peperangan tercetus ke?"

          Sambil mendekati ke meja belajar, Ricardo  capai jaket dari kerusi di situ lalu berkata. "Badan Disiplin Pelajar mengadakan pemeriksaan bilik secara mengejut. Disebabkan ianya mengejut saya sendiri tidak tahu hal ini akan terjadi...sebelum mereka selongkar bilik awak...kita kena sembunyikan rahsia awak."jelasnya semasa menyarungkan jaket labuh paras lutut ke Darra.

         "Pemeriksaan mengejut?Untuk apa?"mahu tak mahu Darra sarungkan jua tangan ke jaketnya semasa Shadow membantunya.

        "Saya tak tahu...katanya ada laporan mengenai pelajar membawa masuk minuman terlarang ke kawasan akademi dan barang terlarang yang lain. Sebab itu pemeriksaan ini dilakukan secara mengejut."jelas Ricardo membutangkan jaket itu dari atas hingga ke bawah.

Darra tunduk memandang tangan yang sedang membutangkan jaketnya dengan muncung di bibir. Tak pasal-pasal betul. Gara-gara orang lain, dia pun ikut terpalit sama.

         "Dengar...saya akan simpankan semua pakaian ni sehingga keadaan reda. Cik Muda jangan gelabah pula..."pesan Ricardo setelah selesai membutang jaket ke Darra. "Lagi satu...pengawas terdiri daripada barisan pelajar atasan iaitu senior serta orang yang sangat teliti...jadi saya nak cik beritahu saya...ada tak barang yang cik muda simpan untuk kegunaan cik muda secara rahsia di sini?"

         Untuk seketika Darra termenung memandang leher Shadow tanpa sebab kerana cuba hendak sedarkan diri dari mengantuknya. "Selain corset dan garments...itu saja."beritahunya.

         Ricardo mengangguk kepala. "Baik. Kalau begitu, saya pergi dulu. Pastikan cik muda bertenang...ingat tu."pesannya sambil memeluk barangan Darra untuk dibawa keluar dari situ.

          "Ya."balas Darra dengan grumpy.

Tidak berlengah Ricardo kemudiannya keluar dari bilik Darra, meninggalkan Darra terpinga-pinga sendirian. Memangnya kenapa dengan spot check? Bukannya dia sorokkan benda tidak elok pun. Gadis itu kelihatan benar-benar lost dan tidak tahu hendak buat apa setelah Ricardo pergi.

Seperti yang diberitahu, selang beberapa minit selepas itu memang ada yang datang mengetuk pintu. Darra buka tanpa berlengah lalu disambut dengan muka serius seorang lelaki berpakaian serba hitam di depan pintu.

          "Keluar. Dan berdiri di koridor."arah pelajar lelaki itu.

Darra lakukannya tanpa sebarang bantahan. Dia menurut. Seperti dirinya, di luar koridor itu berdirinya deretan pelajar lain dari bilik sebelah. Termasuk Marvin yang ada di sebelah. Lelaki itu kelihatan jelas baru bangun tidur apabila bertentang mata dengan Darra.

Semua pelajar lelaki yang berdiri depan pintu bilik masing-masing semuanya dalam keadaan terpinga-pinga kerana dikejutkan dengan tiba-tiba dari tidur mereka. Ada yang berdiri sambil memeluk bantal golek, ada juga yang tidak berbaju dan mengenakan boxer sahaja, selain itu ada yang tunduk menyambung tidur dengan kepala ditutup dengan hood jaket.

Dekat 10 minit sesi menyelongkar bilik dijalankan barulah para pengawas yang memeriksa bilik keluar bersama beberapa barang terlarang dalam tangan. Ada juga yang keluar tidak bawa apa-apa. Sekali tu pengawas yang menggeledah bilik Darra berdiri melangit dihadapannya.

Bersama muka tidak suka dan grumpy, Darra pun apalagi dia pun pandang tepat ke mata pengawas depannya. Apahal pandang-pandang?Dah puas cari kan?Tunggu apalagi. Berhambus. Itulah maksud renungan Darra waktu itu.

Seakan memahami renungan itu juga, pengawas tersebut mematai Darra dari atas ke bawah. Lelaki itu berasa curiga kerana Darra sahaja yang berpakaian tertutup tidak seperti pelajar lain. Jadi dia beranggapan mungkin Darra menyembunyikan sesuatu di balik pakaiannya itu. Disebabkan tiada apa-apa dalam bilik tidur tadi, dia perlu mencari sesuatu untuk dijadikan alasan.

         "Tanggalkannya."arah pengawas dengan mendatar.

Mulut Darra bergelut hendak dibuka. Betapa terdesaknya dia waktu itu hendak membantah arahan pengawas tersebut. Kalau dia buka jaketnya, pakaiannya yang tidak berlapis ini mungkin dengan mudah mendedahkan susuk tubuhnya.

        "Tak dengar ke!?Tanggalkan jaket kamu sekarang!"bentakan suara pengawas itu bergema dari hujung ke hujung koridor. Memeranjatkan ke semua orang yang sedang berdiri di situ serta merta.

Marvin paling hampir pandang ke Darra dengan kening terangkat tinggi. Kenapa pulak tu?

Masih teguh tidak bergerak, Darra tatap mata pengawas menakutkan dihadapannya dengan nafas tertahan dan dada sempit kerana panik.

        "Jadi benarlah?Kamu sembunyikan sesuatu dalam pakaian kamu bukan!?"

Ya!Memang dia sembunyikan sesuatu. Maruah dia!Darra mengetap gigi sambil mengepal penumbuk dengan erat. Macam mana ni!Selain pijama tidurnya, dia tiada lapisan lain!Kalau jaket ini ditanggalkan, habis la!

          "Ada apa ni Alex?"dua orang pengawas datang menyertai kemudiannya.

          Pengawas lelaki yang membentak Darra tadi itupun menyilang tangan ke dada. "Kamu ingat..kamu anak kepada Duke Elijah, kamu akan dilepaskan dan dikecualikan dari pemeriksaan ke?Jawapannya tidak. Disini peraturan akademi diterapkan untuk semua pelajar. Suka atau tidak. Kamu perlu mengikutinya Darrius Emmerson. Jadi sekarang tanggalkan jaket kamu atau kami sendiri yang akan lakukannya untuk kamu."

Apa yang dia perlu lakukan sekarang?Darra begitu ketakutan saat itu. Namun wajahnya masih kekal tenang dan kelihatan dingin seperti biasa.