webnovel

Episode 27 : Putera Eilian Kawan Pearl Chang

Alunan lagu yang dimainkan alat pemain piring hitam bergema dalam dewan tari menari. Dari luar pintu lagi lagu itu boleh didengari oleh mereka yang melewati hadapan tempat itu. Di dalam dewan pula kelihatan para pelajar lelaki dan perempuan sedang menari tarian bersama pasangan mereka.

Ingatkan dapat la bergosip seperti biasa, rupa-rupanya pada hari itu Pearl Chang langkah kiri sewaktu keluar dari akademi.

Siapa sangka kan dia akan menjadi pasangan kepada lelaki yang dia tidak digemari sejak berusia 6 tahun lagi. Kalau mahu diceritakan, sebenarnya ayah mereka berdua merupakan rakan satu akademi ketenteraan sejak remaja lagi. Berkawan baik sampai masing-masing berkahwin dan mempunyai anak. Tidak setakat itu, dengan anak-anak mereka pun hendak dijadikan kawan.

Tapi itulah masalahnya...

Lelaki dengan perempuan ni mana boleh jadi kawan...

Kalau bukan jadi pasangan,

Sudah jelas menjadi lawan.

Itulah la kisahnya.

Kalau ramai gadis di luar sana begitu taksub dan menginginkan jejaka muda lagikan kacak ini, tidak Pearl. Dia lebih sanggup diikat pada pokok dan digigit dengan kerengga dari bersama dengan lelaki ini.

Kenapa?

Yalah...siapa aje yang akan sukakan kepada lelaki yang hampir menyebabkan dia hilang kepala sewaktu belajar menunggang kuda dulu. Mestilah tidak kan...orang tidak waras pun tahu la.

       "Cik Pearl...boleh tak berhenti pijak kaki saya?"minta Putera Eilian kepada pasangan menarinya dengan perlahan.

Pearl tersenyum manis. Dia pandang muka kacak Putera Eilian dengan mata ikut tersenyum. Buahaha!padan muka. Memang dia sengajakan pun.

        "Maaf...saya ni tidak pandai sangat menari. Maaf sekiranya tuanku berasa tidak selesa menjadi pasangan menari saya"banyak pula rungutan.

        Putera Eilian menarik nafas dengan dalam sambil mengetap bibir menahan sabar setelah hujung kasutnya sekali lagi dipijak Pearl. "Adakah itu alasan yang munasabah untuk cik muda gunakan?"

         "Kenapa?Tuanku tidak percaya ke?"Ha'ah!Memang dia sengaja pijak. Pearl sengih tidak bersalah kepada Putera Eilian. Kepalanya terlentok sedikit ke kanan apabila Putera Eilian gerakkan mereka kanan dan kiri dengan rentak dua langkah. Tangan berjari runcing itu seakan mahu tak mahu aje genggam tangannya.

          "Adakah Cik Pearl sengaja memijak kaki saya kerana saya bukan Darrius yang menjadi pasangan menari cik muda pada hari ini?"kening kiri Putera Eilian terjungkit sekali.

Tidak semena Pearl ketawa. Dah tahu tanya lagi. Tahu tidak dia sanggup ubah jadual semata hendak masuk ke akademi ini semata mahu menemui sahabat baiknya. Dia mahu berborak dan bercerita dengan Darra memandangkan mereka sudah sangat jarang bertemu. Kemudian lelaki muka menyakitkan hati ini pula merosakkan pelannya.

Menyibuk bak kata orang!

         "Hahah...tak baik tau menuduh. Dah saya memang tidak tahu menari."Pearl buat-buat ketawa. "Tuanku kena faham...tak semua tarian saya tahu."Mujur kaki aje dia pijak tau!Bukan muka sekali. Lantas dia memalingkan kepalanya ke tepi lalu ternampak Darra sedang menari bersama dengan Melena.

Putera Eilian perasan akan hal itu. Dia perhatikan tatapan Pearl lalu memandang ke arah yang sama. Ingatkan Pearl pandang siapa, rupa-rupanya pandang Darrius. Putera Eilian pun apalagi, dia terus twirl Pearl dengan tiba-tiba. Menyebabkan Pearl terkejut dan hampir hendak menjerit.

Jelas di wajah Pearl yang dia mahu mencarut depan Putera Eilian setelah masuk ke dalam pelukan lelaki itu semula.

        "Adakah kamu dan Darrius bercinta?"tanya Putera Eilian sambil bergerak ke belakang dan ke depan sebelum ke kanan dan ke kiri selepas itu.

         Pearl mengecilkan mata ke Putera Eilian dengan soalan tersebut. "Apa hubungan saya dan Darrius, bukan urusan tuanku untuk persoalkan. Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, kenapa tuanku sering mengganggu Darrius saya?"

        Hujung bibir Putera Eilian terjungkit mendengar perkataan terakhir Pearl tadi. "Sepertinya kamu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Darrius sehingga kamu dengan mudah memanggil Darrius sebagai kepunyaan kamu.."

        "Kalau ya, adakah ia menggangu tuanku sekiranya kami berdua rapat?"

Berketik rahang Putera Eilian mendengar balasan itu. Dia buat muka sebelum memandang ke arah Darrius yang kelihatan begitu kekok sekali bersama dengan pelajar perempuan berambut merah itu.

        "Darrius itu hanya berita buruk untuk sesiapa bersama dengannya."

          Apa dia tadi!?Suka hati je. Kalau bukan kerana dia sedang menari, memang sudah mencekak pinggang dibuatnya. Hello mister! Cakap tu biar ada filter sikit ya. Jangan sedap mulut aje nak mengutuk!"Atas alasan apa tuanku cakap begitu?"Pearl buat muka tidak senang.

Putera Eilian pandang kesal tepat ke mata Pearl.

Sebab kalau bukan Darrius, pasti mereka berdua berkawan baik sehingga sekarang. Dahulu sewaktu mereka berdua kecil, Pearl adalah rakannya. Sering luangkan masa bersamanya. Namun selepas munculnya Darrius dalam hidup mereka, Pearl menjauh dan tidak lagi luangkan masa dengannya lagi.

          "Sebaiknya jauhkan diri dari Darrius kamu tu sebelum dia membawa pengaruh tidak elok kepada kamu cik muda.."senyum Putera Eilian dengan nipis. Jadi jangan ditanya kenapa dia begitu tidak menyenangi Darrius sejak awal lagi.

           Sambil membuat muka tidak faham, Pearl dengan bersahaja menepuk bahu dimana tangan kanannya berada. "Siapa yang bagi pengaruh tak baik pada siapa sebenarnya ni?Macam ini sajalah. Saya beri nasihat pada tuanku, buat seorang teman kepada kenalan memandangkan ayah kita berdua rapat, okay. Dengar baik-baik..."

Mata Putera Eilian mengerling ke tangan Pearl semasa gadis itu menepuk-nepuk bahunya sebelum dia memandang ke wajah cantik Pearl semula.

          "Sebelum tuanku mahu membencikan seseorang dan menyusahkan hidup orang tu, tuanku perlu mengenali seorang itu bagaimana dulu. Baik buruk dia, susah senang dia. Selepas tuanku tahu dia tu bagaimana jenis orangnya...dari situ barulah tuanku boleh membuat pilihan sama ada nak bencikan seseorang itu atau berteman dengan orang tu."beritahu Pearl.

         "Adakah kamu katakan hal ini merujuk kepada Darrius??"

         Pearl menjungkit bahu. "Generally.... bukan untuk Darrius saja."senyumnya selepas itu.

          Melihat Pearl tersenyum, Putera Eilian terikut   senyum tanpa dapat dikawalnya. "Kalau macam tu apa yang buatkan kamu suka berkawan dengan Darrius si kaku tidak tahu senyum tu pula?"

         Terbayangkan wajah comel Darra ketika mengenakan rambut palsu dan dress terus terlintas dalam fikirannya sebaik mendengar soalan Putera Eilian, Pearl senyum sambil menggeleng kepala. "Itu rahsia. Kalau saya beritahu tuanku...saya khuatir Darrius akan dirampas dari saya pula nanti."ujarnya hendak ketawa.

        Berkerut kening Putera Eilian akan kenyataan Pearl. "Dirampas?"memangnya ada rahsia serius yang Darrius simpan ke? "Dirampas oleh siapa?"

Yalah. Dirampas oleh jejaka-jejaka yang mungkin akan buatkan Darra sibuk bercinta dan abaikan diri ini sebagai kawan baik Darra nanti. Memang tidak la dia akan biarkan hal itu terjadi! Baby bear dia itu sangat berharga buatnya. Pearl pandang muka Putera Eilian dengan sengih meleret. Andainya la kan...kalau Putera Eilian tahu bahawa Darra bukan lelaki, apa agaknya reaksi Putera Eilian ya?Mesti menyesal teruk kan!?

         "Apapun...kalau saya dapat tahu yang tuanku menyusahkan Darrius, saya takkan ragu-ragu bawa mulut kepada Raja Alan nanti. Ingat tu."

          Itu sajalah tahunya. Mengadu. Mengugut. Putera Eilian menggeleng kepala tak percaya. "Kamu fikir kamu tu siapa?"

         "Eh?"dengan dramatic Pearl beri reaksi. "Takkan tak kenal?Saya, Pearl Chang...anak Duke Wendler alias rakan baik Raja Alan alias penasihat Utama raja...tak tahu lagi ke siapa saya?"beritahu Pearl dengan bangga.

Iihh...menyampahnya la!~Siapa aje yang bertuah sangat dapat Pearl jadi pasangan ni. Malu betul.

          "Apa-apa aje la.."Putera Eilian menjuling mata menyampah. Pearl ini cantik tu memang cantik. Tapi anak orang kaya terlebih manja depannya ini kadang-kadang buat dia jengkel juga.

         "Hahaha...menyampah la tu?"Pearl ketawa sambil memukul bahu Putera Eilian kerana tidak tahan dengan sikap menjengkelkan Putera Eilian ketika itu.

          "Ha'ah...menyampah. Kalau sedar diri tu...berhenti buat saya semakin menyampah dengan kamu tu."

          "Eh!Mengata saya pulak. Ingat saya tidak menyampah dengan tuanku ke?Saya dua kali ganda menyampah dengan tuanku tahu tak...kalau bukan sebab tuanku pilih saya tadi, saya sedang berborak dengan Darrius sekarang. Bukan tuanku.."cebik Pearl di depan muka Putera Eilian.

Tidak semena, Putera Eilian mengalihkan tangan dari pinggang Pearl semata hendak menunjal perlahan tengah dahi gadis itu.

          Terkebelakang kepala Pearl sedikit apabila dibuat begitu. "Hei..apa ni!"dia pegang dahi sambil pandang dengan kening mencerun.

           "Benci sangat ke kamu pada saya sampai selalu lebihkan Darrius dalam semua hal?"

           "Baru sedar ke?"Pearl mengedip-ngedipkan  mata dengan laju. Sengaja hendak menjengkelkan lagi perasaan Putera Eilian waktu itu.

Putera Eilian mengerling sekali lagi ke arah Darra. Dan ketika itu pelajar perempuan yang menjadi pasangan Darra sedang tertunduk-tunduk meminta maaf kerana tidak berhenti dari memijak kakinya.

          "Hei...jangan salahkan Darrius ya. Saya pilih untuk berkawan dengan Darrius bukan Putera Eilian adalah kerana tidak seperti orang lain, Darrius tidak memiliki apa-apa sementara tuanku sudahpun mempunyai semuanya."sekali lagi Pearl memukul perlahan dada Putera Eilian.

           Mata Putera Eilian tunduk memandang Pearl di depannya. "Apa maksud kamu dia tidak memiliki apa-apa?Darrius adalah anak Duke Elijah. Lelaki paling berpengaruh di negara ini. Nak kata miskin , anak orang kaya, nak kata tidak berharta, boleh tahan juga latar belakang dia...apa yang kurangnya lagi dengan Darrius?"

          "Pernah dengar pepatah dimana jangan sesekali menilai buku dari kulitnya? Tuanku yakin...Darrius memiliki kesemuanya?"

Pearl yang tahu kisah sebenar Darra, dia tidak akan katakan semua itu dengan mudah. Memang Darra anak duke Elijah, Namun lelaki itu tidak pernah menganggap Darra sebagai seorang anak tapi sebagai objek semata. Memang Darra anak orang kaya, tetapi semua harta bukan untuk Darra tapi dilaburkan untuk luaskan kuasa. Latar belakang Darra memang berkualiti tinggi, tapi tahu tak apa yang Darra perlu lakukan dan hadapi semata untuk semua kejayaan yang dia peroleh?Terpaksa berpura menjadi lelaki, perlu belajar siang hingga ke malam sampai hidung berdarah, kurang sahaja satu markah terus dirotan, ponteng sehari sahaja kelas di kurung dan dipaksa untuk berlapar, semua itu semata hendak paksa Darra menjadi orang bijak pandai. Sudahlah nama ibu kandung sendiri tidak tahu, dimana kuburnya pun tidak pernah didedahkan. Sekarang cuba beritahu, bahagian mana menunjukkan Darra memiliki segalanya?

Putera Eilian mengesan renungan kelam di mata Pearl. Seakan Pearl sedang bersedih. Memangnya ada apa dengan Darrius sebenarnya?