Syafiqah tampak sungguh gembira ketika menaiki helikopter itu. Dia tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa keping gambar untuk dia simpan sebagai kenangan.
Rykal hanya tersenyum sambil melihat wajah syafiqah yang sangat menawan itu.Selepas beberapa minit menaiki helikopter, mereka telah pun tiba di Dubai Mall untuk membeli belah.Kegembiraan mereka tidak berlangsung lama apabila encik Ismail mendapat panggilan telefon daripada encik Ikmal.Encik Ismail memanggil Rykal untuk pulang kerana mereka akan balik ke malaysia hari ini.
Mendengar hal itu, Rykal merasa hairan kerana dengan tiba- tiba encik Ismail seperti tergesa-gesa.Syafiqah yang memahami keadaan encik Ismail lantas menyuruh Rykal untuk pergi segera.Rykal merasa sangat berat hati untuk meninggalkan Syafiqah sendirian di sana walaupun Syafiqah pernah memberitahunya yang dia sudah terbiasa bersiar bersendirian namun Rykal merasa sungguh serba salah.Rykal dengan berat hati pergi bersama encik Ismail tetapi sebelum mereka pergi, encik Ismail memberikan Syafiqah sebuah beg yang berisi duit untuk dia gunakan.
Encik Ismail dan Rykal pun bergegas pulang menyiapkan pakaian mereka untuk pulang ke Malaysia.Rykal merasa sungguh sedih ketika ingin kembali ke Malaysia kerana dia akan meninggalkan cinta hatinya si Syafiqah.Singkat cerita, mereka telah menaiki kapal terbang untuk pulang ke Malaysia.Sewaktu didalam perjalanan, Rykal sempat bertanya kepada encik Ismail tentang apa yang sedang berlaku.
"kenapa kita tiba-tiba balik Malaysia ni? Ada yang tak kena ke?", tanya Rykal yang kehairanan.
"Sebab kawan kau", kata encik Ismail dengan raut wajah menahan marah.
"Haa?kenapa dengan Putra? Apa yang dah jadi dekat dia?", tanya Rykal yang sedikit meninggikan suaranya.
Encik Ismail berkata dia akan memberitahu Rykal apabila tiba di sana nanti kerana di kapal terbang itu encik Ismail merasa kurang ada privasi untuk mereka bercakap mengenai hal itu.Setibanya mereka tiba, Rykal menyuruh encik Ismail memberitahunya apa yang sedang berlaku.
"Sebenarnya, ayah kau dapat panggilan daripada suami baru ibu kau tu. Dia marah marah cakap nak jumpa."ucap encik Ismail.
" Abistu.. Apa kaitan dengan Putra? ", tanya Rykal.
" Dia nampak encik Hamid dan anaknya sedang membakar gambar keluarga kau,lepastu dia memarahi mereka dan merampas gambar itu untuk mengelakkan mereka daripada membakar gambar keluarga kau", ucap encik Ismail dengan panjang lebar.
Encik Ismail berkata, akibat geram dengan tindakan Putra itu, Encik Hamid memukuli kepalanya menggunakan sebatang kayu yang ada disana lalu mereka memukuli Putra berkali-kali sehingga dia pengsan.Mereka mengugut encik Ikmal sekiranya dia tidak datang, dia akan menyiksa kawan anaknya itu sehingga dia tiba.Rykal rasa begitu marah apabila mendapat tahu pekara tersebut.Rykal berkata kepada encik Ismail untuk membiarkan dirinya dan ayahnya sahaja yang menyelamatkan Putra. Lagipula mereka memang ada dendam di antara satu sama lain yang harus diselesaikan.
Encik Ismail bersetuju dengan cadangan Rykal. Encik Ismail pun terus pulang ke rumahnya bersama pengawalnya. Pengawal encik Ismail membangkang tindakan encik Ismail yang membiarkan mereka pergi berdua sahaja kerana mereka yakin bahawa encik Hamid telah memasang perangkap untuk mereka.Encik Ismail hanya tersenyum dan berkata "sekali-sekala tak salah biarkan bintang utama menghadapi masalahnya sendiri".
Setibanya Rykal dan Ayahnya di lokasi yang diberi encik Hamid, mereka disambut dengan jeritan Putra yang sedang disiksa. Mense suara kawannya itu, Rykal terus bergegas mencari kawannya itu diikuti ayahnya.Setibanya Rykal dan ayahnya di sebuah bilik, Rykal melihat Putra yang sedang baring tak berdaya kemudian mereka mendengar gelak tawa daripada encik Hamid dan anaknya Malek.Belum sempat encik Hamid berkata apa-apa dia langsung dihajar oleh encik Ikmal.Bagitu juga dengan Malek yang turut dihajar oleh Rykal.Pertarungan mereka sangat tidak seimbang walaupun encik Hamid berkali-kali menggunakan teknik kotor namun tetap sahaja dia tidak mampu menandingi encik Ikmal. Singkat cerita, mereka dihajar dengan sangat teruk oleh encik Ikmal dan Rykal sehingga mereka merayu meminta untuk dilepaskan.
Rykal yang mendengar hal itu terus tertawa dan memukuli encik Hamid dan Malek menggunakan sebatang kayu dengan sangat kuat.Mereka berdua meronta kesakitan dan itu membuatkan Rykal rasa puas dan seronok lalu dia terus memukuli mereka dengan kayu itu berkali-kali lalu dihentikan oleh encik Ikmal.Encik Ikmal menyuruh mereka pergi dari sana.Rykal dan encik Ikmal bergegas membawa Putra yang sedang tidak berdaya itu ke hospital.
BERSAMBUNG.....