Keesokan harinya, mereka semua bersarapan pagi sebelum memulakan perjalanan.Ketika mereka sedang menikmati hidangan yang disediakan,encik Ikmal menegur anaknya kerana leka bermain telefon miliknya ketika sedang makan. Melihat hal itu,dengan cepat encik Ismail merampas telefon milik Rykal itu.Rykal merayu kepada encik Ismail agar memberikan telefonnya semula tetapi encik Ismail mahu Rykal memberitahu ayah dan dirinya mengenai orang yang dia sedang mesej itu.
Dengan terpaksa Rykal memberitahu bahawa orang yang dia sedang mesej itu merupakan wanita yang bernama Syafiqah."Ooo.. Syafiqah. Mana kau jumpa dia?", tanya encik Ismail walaupun hakikatnya dia sudah mengetahuinya melalui pengawal yang ia hantar untuk mengikuti Rykal."erkk..kitorang jumpe dekat satu tempat tu erm.. Pastu kitorang pergi ah jalan sama sama dan masa dia balik dia bagi nombor telefon dia dekat Rykal", jawab Rykal dengan perasaan malu.
"Kau suka dia eh?", tanya encik Ismail.
"eh.. Erm.. Mana adaa", balas Rykal dengan nada perlahan.
"Hahahaha.. Tak payah nak berpura-pura. Kalau kau betul2 suka dia pakcik boleh tolong", ucap encik Ismail dengan raut wajah gembira.
"Betul ke pakcik??.. Macam mana macam mana??", tanya Rykal yang tiba-tiba bersemangat.
Encik Ismail menyuruh Rykal untuk menghabiskan makanannya terlebih dahulu sebelum encik Ismail memberitahunya.Setelah selesai makan, Encik Ismail pergi bersiar bersama pengawal encik Ismail manakala encik Ismail dan Rykal pergi menemui Syafiqah.Encik Ismail menasihati Rykal agar tidak gugup dan encik Ismail memberikan Rykal sekuntum bunga untuk dia serahkan kepada Syafiqah.
"Assalammualaikumm.. Syafiqahh ooo Syafiqah.. Assalamualaikum".
"Waalaikumussalam.. Eh hi Rykalll ada apa ye?", tanya Syafiqah yang sedang dalam kebingungan.
"ermm.. Nah untuk kau", ucap Rykal sambio menghulurkan sekuntum bunga pada Syafiqah.
"Wahh.. Tqq susah susah je", kata Syafiqah sambil tersenyum riang.
Di dalam hati Rykal, dia rasa sangat bahagia.Tiba-tiba ibu dan ayah Syafiqah datang.Rykal meminta izin pada kedua ayah dan ibu Syafiqah agar membenarkan mereka keluar bersama. Rykal juga memberitahu mereka akan ditemani oleh kawan ayahnya yang sangat baik. Selepas itu Encik Ismail datang dan menyapa kedua ibu bapa Syafiqah dan meminta izin kepada kedua orang tua Syafiqah agar membenarkan dia membawa Syafiqah bersiar-siar.Kedua ibu bapa Syafiqah menyetujuinya kerana lagipun pada hari itu mereka sangat sibuk dan tiada masa untuk Syafiqah.Rykal dan encik Ismail berterima kasih kepada kedua orang tua Syafiqah lalu mereka pun pergi menaiki helikopter yang disewa oleh encik Ismail.
BERSAMBUNG.....