webnovel

Everything Is You

Hope World Ent. represent Everything Is You Original Tittle: It's All About You by Mei Xuan Main cast: • Medina Arryanna • Imran Hakimi Synopsis: Imran Hakimi,siapa yang tidak kenal akan jejaka ini? Satu Malaysia mengenal dia sebagai satu-satunya ahli perniagaan yang terkenal. Namun,dia juga seorang mafia yang berbahaya dan amat sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa. Kerana dia bijak! Bijak memanipulasikan keadaan. Medina Arryanna,dia seorang gadis yang cantik,cerdas dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia ialah anak seorang jutawan terkenal di Malaysia. Namun,kematian ibu bapanya memberikan impak yang besar kepadanya. Dia berubah 360° apabila mengetahui siapa dalang disebalik kematian mereka. Perjanjian perkahwinan dengan Imran Hakimi bukanlah atas kehendaknya sendiri pada mulanya. Namun,demi menegakkan keadilan atas kematian orang tuanya dia terpaksa dan harus. Pelbagai cobaan dan rintangan telah dihadapi oleh Medina sebagai seseorang yang bergelar isteri kepada Imran. Mampukah dia bertahan? Apakah keadilan atas kematian ibu bapanya berjaya dituntut?

MeiXuer · 一般的
レビュー数が足りません
13 Chs

07 “Run!”

____________________________

Rizal dengan pantas mengemas segala apa yang patut. Dia panik. Panggilan yang diterimanya dari Tamra sebentar tadi kembali bermain ditelinganya.

🌫

"kau kena blah bro,Imran dah dapat tahu lokasi kita"

Rizal yang sedang menikmati sarapan paginya bersama meggi sedap yang baru dimasak tadi membuatkannya hampir tersedak.

"weh kau ok tak ni bro? Cepat kemas apa yang patut jumpa dekat tempat biasa nanti aku ambik kau dekat sana"

soal Tamra apabila Rizal tidak memberi sebarang jawapan.

"okay okay jumpa dekat sana"

Rizal akhirnya bersuara setelah segelas air habis diminumnya akibat hampir mati tersedak.

🌈

Rizal memastikan bahawa segalanya sudah dimasukkan ke dalam beg. Wayar kabel dibiarkan disitu sahaja. Dia memasukkan komputer miliknya ke dalam beg sebelum beg itu disandang dan berlalu pergi dari situ.

Akan tetapi belum sempat dia membuka pintu utama untuk keluar kedengaran bunyi beberapa buah kereta telah tiba. Rizal bertambah panik,dengan pantas dia beralari ke arah laluan rahsia yang terdapat di sebalik almari besar.

Beberapa orang lelaki bersut hitam dan berkaca mata hitam sudah berjaya masuk. Rizal dengan pantas masuk ke dalam lorong yang ada disebalik almari besar itu dan beberapa orang lelaki bersut tadi berjaya mengesan Rizal dan mengejarnya dari belakang.

Bahu Rizal berjaya dipaut namun,satu tendangan padu hinggap di perut lelaki itu. Seorang lagi teman lelaki bersut hitam itu cuba untuk memaut tangan Rizal akan tetapi Rizal bertindak lebih pantas. Satu tumbukan hinggap di wajahnya. Lelaki itu rebah dan kesempatan tersebut diambil untuk keluar dari tempat itu.

Rizal kini berjaya keluar dari tempat persembunyiannya. Dia tersenyum bangga kerana akhirnya dia terlepas. Tanpa disedarinya seseorang telah menghempuk kepala Rizal. Dia pun pengsan tak sedarkan diri.

____________________________

"bos,Wolf dengan yang lain dah berjaya tankap dia"

lapor Hans. Imran segera berdiri lalu mengorak langkah untuk keluar dari bilik itu.

"bagus,jom kita pergi sekarang"

Imran berjalan di hadapan diikuti oleh Hans dari belakang. Mereka akhirnya tiba di sebuah gudang lama. Imran melangkah keluar dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam gudang.

Kelihatan Rizal sudah teruk dibelasah oleh Wolf dan yang lain. Beberapa orang yang turut berada di situ tunduk hormat kepada Imran sebaik menyedari ketibaanya.

"stop"

arah Imran. Wolf berhenti. Dia menghadap Imran dan tunduk hormat. Imran mendekati Rizal yang sudah lunyai dibelasah. Dia duduk mencangkuk lalu mengangkat dagu Rizal dan membelek wajah itu. Dia menggeleng sambil berdecit.

"teruk juga kau kenakan dia ni eh Wolf"

Wolf hanya diam. Imran kembali berdiri tegak. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"sudah yang lain keluar!"

arah Imran. Dengan pantas Wolf bersama yang lain keluar dari tempat itu. Hans menyediakan sebuah kerusi untuk Imran duduk lalu berdiri tegak di belakang kerusi itu.

"kau tahu kenapa kau kena bawa dekat tempat ni?"

soal Imran memulakan sesi bual biacara a.k.a soal siasat? Mungkin. Rizal menggeleng. Imran duduk dikerusi yang disediakan oleh Hans tadi dengan santai.

"well,bos kau si mamat Bangla tu kan"

Imran berjeda. Dia memaksudkan Ramli lelaki berbangsa kacukan Melayu-Bangla iaitu CEO syarikat Urban coperation. Rizal tetap diam. Imran tersenyum sinis.

"bagus kau ni,aku suka tak banyak cakap..well let me just direct to the point je lah..kau tahu tak apa salah kau?"

Imran berjeda. Rizal tetap diam. Wah kau ni Rizal cari mati nampak.

"dia cuba nak rosakkan bisnes aku and ada some other reason yang aku rasa kau tak patut tahu but aku rasa kau akan berminat tentang satu perkara"

Rizal yang tadinya tunduk kini mengangkat wajahnya menatap wajah Imran yang sedang tersenyum sinis.

"pasal apa?"

soalnya. Imran tersenyum tangannya digerakkan sebagai isyarat kepada Hans untuk menghulurkan sesuatu yang memang sudah disediakan khas untuk Rizal. Rizal hanya memandang keliru,bermacam persoalan sedang bermain di kepalanya ketika ini.

Imran mengeluarkan beberapa keping gambar dia membelek gambar itu. Ikatan tangan Rizal dibuka oleh Hans. Rizal mengusap tangannya yang lenguh akibat terlalu lama terikat. Imran melemparkan gambar-gambar berserta sampul itu di hadapan Rizal. Rizal mengutipnya.

Matanya terbeliak. Dia terkejut. Tangannya dikepalkan. Dia memandang Imran yang hanya berlagak santai.

"dari mana kau dapat gambar-gambar ni semua?"

Imran tertawa. Dia menggelengkan kepala. Adoyai kau ni Rizal soalan bonus betullah.

"well you know me..everything is under my control"

ujarnya sambil tersenyum sinis. Rizal buntu sangkanya segalanya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak akan ada siapa yang akan tahu mengenainya. Wajahnya diangkat.

"persetan ! Tak guna punya Ramli! Dasar orang tua sial!"

Rizal bertieriak. Tidak disangkanya bahawa lelaki yang dianggapnya bos itu telah mengkhianati janji mereka.

🌫

"aku akan ikut kau dan patuh semua arahan kau asalkan kau tak apa-apakan Dhia"

pinta Rizal. Dia memandang sekilas ke arah Dhia kekasihnya yang sedang duduk menantinya di dalam kereta. Ramli turut memandang ke arah kereta Rizal.

"okay,no problem. So?"

Ramli bersetuju dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan sebagai tanda persepakatan. Rizal menyambut huluran tersebut.

🌈

Rizal menangis semahu-mahunya. Dia berasa sangat bersalah terhadap Dhia yang kini sudah menjadi salah seorang GRO terkenal Ramli di salah sebuah kelab malam tanpa pengetahuannya. Dia masih ingat sewaktu kali terakhir dia bertemu dengan Dhia.

Gadis itu kelihatan gembira sekali langsung tidak ada tanda-tanda bahawa dia selama ini menderita. Pandai betul dia menyembunyikan semuanya. Imran hanya memerhati Rizal yang sedang melayan perasaan. Dia bangkit dari duduk. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"aku akan tolong kau balas dendam"

ujar Imran sambil sibuk membuka pembalut lolipop. Namun,sepertinya ada sedikit kesulitan disitu. Rizal yang memandang kelakuan Imran itu tercengang. Hans yang dari tadinya hanya diam menepuk dahi sambil menggeleng perlahan.

Perbuatan Imran terhenti seketika apabila menyedari bahawa dia diperhatikan. Dia berdehem lalu membetulkan bajunya dan menyerahkan lolipop itu kepada Hans. Malu.😂

"aku ada cara untuk bantu kau"

Imran kembali serius. Rizal juga sepertinya sudah kembali ke dunia nyata.

"macam mana?"

soalnya.

"join aku"

Rizal tertawa. Dia bangkit dari duduknya lalu memandang Imran dingin.

"macam mana aku nak tahu yang kau tak akan khianati aku?"

soalnya ragu-ragu. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"well,it's up to you wanna believe it or not"

Rizal diam tidak bersuara sepertinya dia sedang berfikir.

"kalau kau dah buat keputusan,just come to my company"

ujar Imran kemudian berlalu pergi bersama Hans meninggalkan Rizal sendirian.

Imran kini berada dalam kereta. Dia memandang ke arah pemandangan di luar kereta. Kosong. Roy lelaki yang duduk disebelah drivernya menoleh dan menghulurkan tab kepada Imran. Imran memandangnya pelik.

"saya dah dapat maklumat tentang perempuan yang bos suruh cari hari tu"

Imran memandang wajah Roy dan tab itu silih berganti. Tab diambil. Di dalamnya sudah tersedia lengkap segala maklumat mengenai Medina. Kemudian,dia tersenyum sinis.

"interesting"

"Suruh Haziq jumpa aku esok"

"Baik bos"

Mata Imran masih tidak berganjak dari skrin tab. Dia tersenyum. Kemudian,kembali menikmati pemandangan di sepanjang jalan.

____________________________

BERSAMBUNG....