webnovel

Everything Is You

Hope World Ent. represent Everything Is You Original Tittle: It's All About You by Mei Xuan Main cast: • Medina Arryanna • Imran Hakimi Synopsis: Imran Hakimi,siapa yang tidak kenal akan jejaka ini? Satu Malaysia mengenal dia sebagai satu-satunya ahli perniagaan yang terkenal. Namun,dia juga seorang mafia yang berbahaya dan amat sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa. Kerana dia bijak! Bijak memanipulasikan keadaan. Medina Arryanna,dia seorang gadis yang cantik,cerdas dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia ialah anak seorang jutawan terkenal di Malaysia. Namun,kematian ibu bapanya memberikan impak yang besar kepadanya. Dia berubah 360° apabila mengetahui siapa dalang disebalik kematian mereka. Perjanjian perkahwinan dengan Imran Hakimi bukanlah atas kehendaknya sendiri pada mulanya. Namun,demi menegakkan keadilan atas kematian orang tuanya dia terpaksa dan harus. Pelbagai cobaan dan rintangan telah dihadapi oleh Medina sebagai seseorang yang bergelar isteri kepada Imran. Mampukah dia bertahan? Apakah keadilan atas kematian ibu bapanya berjaya dituntut?

MeiXuer · General
Not enough ratings
13 Chs

06 “Just see I will make you mine”

____________________________

Medina pulang ke rumah seperti biasa setelah penat bekerja sehari suntuk di pejabat. Pagar utama terbuka secara automatik. Kemudian kelibat sebuah kereta Honda hitam menarik perhatiannya. Medina mengerut dahi.

"siapa pula datang rumah hari ni?"ucapnya sebaik keluar dari perut kereta. Sebaik tiba di hadapan pintu kedengaran suara gelak tawa dari dalam membuatkan Medina bertambah tertanya-tanya.

"ma?"langkahnya terhenti. Sebuah senyuman lebar terukir di wajahnya. Dengan perasaan yang gembira dia berlari ke arah abang sulungnya Mikail lantas memeluknya.

"abang,bila balik? Kakak ipar mana,kak? Oh kak!"panggil Medina kemudian satu ketukan hinggap di kepalanya. Medina mengaduh kesakitan,kepalanya diusap perlahan. Dia tersengih.

"pandailah kau ek nak usik abang"Medina tersengih. Tangan Mikail diraih sambil membuat wajah comelnya. Mikail menggeleng,hidung Medina dicuit.

"ada,abang dah simpan dalam bilik dah"Medina bersorak riang dengan pantas dia berlari ke tingkat atas.

"ee..tak padan dengan umur terlari-lari macam budak kecik mengalahkan adik-adik dia"ejek Mikail. Medina menjelir lidah.

"suka hati lah,dah lah orang nak pergi tengok hadiah abang bagi,wuhuu dapat hadiah!"sorak Medina. Mikail dan Datin Amilea menggeleng perlahan.

"oh ya ma,papa mana?"soal Mikail sebaik kelibat Medina hilang masuk ke dalam biliknya.

"hmm..macam kamu tak kenal papa tu macam mana. Asyik kerja je 24 jam"tidak berapa lama kemudian bibik Gayah datang bersama dengan dulang berisi dua buah gelas berisi jus oren. Mikail mengangguk perlahan.

"company macam mana? Kail dengar bisnes tak berapa nak baik"Datin Amilea tunduk sayu. Dia menghela nafas berat.

"haah..mama dengan papa pun dah bingung macam mana nak selesaikan masalah ni. Sebab tu la.."Datin Amilea berjeda seketika. Dia memandang ke tingkat atas,takut-takut kalau Medina mendengar perbualan mereka.

"sebab apa ma?"soal Mikail.

"mama nak kahwinkan Yanna dengan Imran Hakimi"Mikail terkejut.

"what?! president Gagah Holdings tu?"soal Mikail. Dia bagaikan tidak percaya. Datin Amilea memandang pelik reaksi Mikail.

"ma,mama tahu tak siapa dia tu sebenarnya?"soal Mikail. Datin Amilea tunduk. Ya dia tahu,dia sangat tahu siapa Imran Hakimi yang sebenarnya. Orang yang terkaya di Malaysia,juga Mafia paling digeruni.

"he's not a kind of person that we should get involve with"Datin Amilea diam. Mikail mengeluh lalu duduk di sebelah Datin Amilea. Bahu wanita itu dipautnya.

"ma,kail tahu ini untuk kebaikan company kita. Tapi perlu ke sampai kena gadaikan kebahagian Yanna? Kita boleh je bekerjasama dengan company besar yang lain kan"wajah Mikail ditatap dalam. Kata-kata Mikail ada betulnya tapi ini juga adalah untuk kebaikan Medina sendiri. Tangan Mikail dicapai.

"Kail,mama tahu tu and mama faham apa yang Kail risaukan tapi mama juga fikirkan untuk kebaikan Yanna sendiri"Mikail keliru.

"maksud mama?"Datin Amilea menghela nafas dalam.

____________________________

Pintu diketuk. Imran yang sedang dilayan dengan bagus oleh seorang wanita seksi terganggu untuk seketika apabila pintu biliknya diketuk. Wanita seksi itu pula hanya berlagak biasa. Kepala Chen yang terpacul keluar dari celah pintu itu tersengih.

"oh ganggu ke?"ujarnya. Imran membisikkan sesuatu di telinga wanita seksi itu lalu wanita itu pun segera keluar. Chen memandang wanita seksi yang melintasinya sebelum menuju ke sofa yang terdapat dalam bilik itu. Imran pula sudah berdiri dari duduknya dan menuju ke bar kecil yang memang sengaja disediakannya di dalam bilik itu.

"boleh tahan perempuan yang kau bawa hari ni"puji chen. Imran hanya tertawa mendengarnya. Dia menuangkan dua gelas wine lalu membawanya kepada Chen.

"well thanks? Kenapa kau nak satu ke? Aku boleh tolong"Chen turut tertawa. Segelas wine dihulurkan kepada Chen. Chen menyambutnya.

"you know how my taste right? Aku harap choice kau tak mengecewakan aku"

"well don't worry about that"mereka berlaga gelas wine sebelum meminumnya.

"so..ada apa kau panggil aku jumpa ni? Anything happen?"soal Chen yang sudah kembali ke tujuan asal dia berada di pejabat Imran hari ini. Imran membetulkan duduknya.

"Hans bagitahu aku yang dia dah jumpa dalang kes tu"Chen mengerut dahi. Dia cuba untuk mengingat kembali kes yang dimaksudkan oleh Imran.

"ah…kes tu. Kau masih siasat kes yang dah berlalu 6 tahun lepas tu?"soalnya tidak percaya. Sangkanya Imran sudah melupakan kes itu. Imran bangkit dari duduknya. Dia menuju ke arah sebuah bingkai gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum yang tergantung kemas di dinding.

"aku kena tahu siapa dalang sebalik semua tu and tegakkan keadilan untuk dia"ucapnya sambil menatap gambar itu. Sayu. Chen mengangguk perlahan.

"okay..so apa kau nak aku buat?"soalnya. Imran berpaling memandang Chen.

____________________________

Datin Safura,Datuk Enrykarl dan Velerie sedang memandang ke arah kelompok penumpang yang baru tiba dari Australia. Mata Datin Safura masih ligat mencari kelibat Sarah begitu juga dengan Datuk Enrykarl. Velerie yang sudah naik bosan menanti mula bermain dengan telefon bimbitnya.

___________________________

Sarah berjalan melewati balai belepas. Dia tersenyum kata-kata Datin Safura dalam telefon semalam masih terngiang-ngiang di telinga.

🌫

"Sarah kena balik Malaysia esok"arah Datin Safura.

"why?"Sarah yang pada mulanya sedang berbaring di atas katil kerana berasa sedikit pening akibat terlalu banyak minum di kelab malam semalam terus terduduk. Terkejut.

"well,company kita ada masalah…"

"but why kena libatkan Sarah! Mummy you know kan…"pintas Sarah tidak puas hati namun,Datin safura memintas lagi.

"mummy belum habis cakap lagi kan..I want your help"Datin Safura berjeda.

"what?! why me? Velerie kan ada,Haziq?"Datin Safura menghela nafas.

"okay kalau you tak nak mummy boleh minta tolong Velerie.."

"ha good.."potong Sarah. Dia ingin menamatkan talian.

"untuk dapatkan Ikmal"sebaik mendengar nama Imran disebut,Sarah kembali berminat.

"what? Wait siapa? Imran? The most hottest guy? Oh my god mummy,why you tak bagitahu I that it's Imran Hakimi..okay I'll go back tomorrow"Datin Safura sudah tersenyum.

"good,I'll book the ticket. See you tomorrow okay?"

"okay"

🌈

"well,Imran Hakimi. I will make you mine"ucapnya. Sarah melambai sebaik dia terlihat kelibat Datin Safura,Datuk Enrykarl dan Velerie.

____________________________

TO BE CONTINUE...

well,first of all I want to apologise for a hiatus to the readers. Well I'm not a good writer though I just publish the chapter that I already done with but yeah this book not completed yet because I'm kind of lost in idea about the next plot.

Thank you for those who reading.

MeiXuercreators' thoughts