webnovel

Something

"Kau sapu apa ni? Berlendir semacam. Ubat pengasih?"

Ayra merengus lembut.

"Tak ada maknaya saya nak sapu ubat pengasih dekat encik. Bukan dapat faedah pun kalau buay perkara perkara berdosa macam tu" Sahutnya selamba sambil tangan tetap melakukan kerja.

Menyapu aloe vera ke seluruh tubuh Ashraf meski lelaki itu menolak keras pada mulanya.

Tapi, namanya Ayra Affia. Tidaklah dia nak mengalah begitu saja. Pujuk tak jalan, cara paksa dia gunakan. Nak tak nak Ashraf terpaksa akur.

Itu pun sebab Ayra mengugut beritahu Datin Dahlia tentang perangainya. Kalau tak, jangan haraplah dia nak menurut..

"Habis tu, benda ni untuk apa?"

Tak tunggu lama, Ashraf bertanya lagi. Bosan sebenarnya menantikan gadis itu memyiapkan kerjanya. Sambil sambil itu, dia curi curi meneliti raut gagis yang sintiasa kelihatan tenang itu.

Akhirnya, satu kesimpulan dapat dilakukan. Ayra Affia tidak saja mempunyai raut wajah yang cantik, tapi juga menyejukkan mata yang memandang. Buktinya, Ashraf yang sentiasa gelisah jiwanya pun mampu berasa tenang bila menatap gadis itu.

Tapi, itu hanya berlaku bila Ayra tidak menjawab kata katanyabatau membuat sesuatu yang dia tidak suka. Jika tidak, memang membara saja jiwa lelakinya yang mudah panas.

"Aloe vera ni bagus untuk kulit, boleh menghilangkan kesan kesanluka di badan encik, selain memudarkan parut,dan banyak lagi kegunaan nya. Kalua encik nak tahu, search kat google je. Sendiri, senang je encik."

Jawapan Ayra dibalas dengan rengusan kasar Ashraf.

"Kau ni cantik jugak orangnya. Mesti ramai lelaki nakkan kau, kan?"

Lain yang ingin diluah, lain pula yang terluah dari mulutnya. Tapi, Ashraf tak peduli. Alang alang dah tersalah cakap elok dia teruskan saja walau dia sendiri terkejut dengan apa yang dituturkan lidahnya.

Bergetar hati Ayra mendengar kata kata lelaki itu. Tak sangka, sudi juga lelaki itu memujinya walau nadanya lebih kepada memerli.

Ayra tidak berkecil hati. Dah tahu sikap Ashraf begitu. Buang masa dan tenaga saja kalau dia nak berperasan.

Cuma dia segan bila Ash merenungnya dalam dalam. Walau dia tahu lelaki itu tidak mempunyai apa apa perasaan kepadanya, namun hatinya tetap berdebar debar setiap kali dekat dengan lelaki itu.

Ash lelaki pertama yang pernah tangannya sentuh. Maka, memang sepatutnya dia berasa begitu di setiap kali berhadapan lelaki itu.

Itu tanggapan Ayra setiap kali jiwanya tak tenteram bila terkenangkan kedudukannya bersama suaminya itu.

"Tapikan, ada muka cantik pun tak guna juga kalau perangai tak elok. Betul tak?" Kali ini, hati Ayra bergetar lagi. Tapi, kerana menyampah dengan kata kata lelaki itu.

" Tahu takpe. Macam enciklah. Harap mukanje boleh tahan, tapi perangai macam apa. Patutnya encik bersyukur tau. Walaupun keadaan encik teruk, tapi muka encik tak pecah belah. Kalau tak, jangankan saya, minah jual cendol tepi jalan tu pun belum tentu terigin nak kawin dengan encik" balas ayra selamba. Sengaja dia kenakan lelaki itu.

"Eii..Kau nikan, memang sengaja nak cari pasal kan. Baik kau berhambus sebelum aku naik angin. Pergi sekarang. Shiuu.. Pergi" jerit Ashraf.

Terus dia menolak gadis itu. Sakit hatinya dengan mulut tak bertapis Ayra.

Mujur dia sempat berpegang pada hujung katil. Jika tidak, pasti dia sudah tersungkur ke lantai. Dalam keadaan macam nj pun tenaga Ashraf langsung tak berkurangan.