webnovel

"

"Alhamdullilah. Dapat juga aku baring."

Sebaij meletakkan kepala atas lengan sofa, Ayra melepaskan nafas panjang. Lega rasanya bila berpeluang merehatkan badan setelah seharian bertungkus lumus melakukan pelbagai kerja.

Baru sehari dia bergelar isteri kepada Ashraf Daniel, dia sudah terasa seksa. Manakan tidak, selama dia bernafas di dunia ini, baru hari ini dia bertemu dengan manusia paling cerewet seperti suaminya ini.

Daripada pakaian sampailah makanan, ada saja rungutan dan teguranbyang keluar dari mulut puakanya. Cara menyimpan pakaian, susunan buku dan segala yang berkaitan haruslah dilakukan mengikut kehendaknya.

Huh. Nasib baiklah dia hanya terikat dalam pernikahan ini hanya enam bulan. Kalau bertahun tahun, Ayra yakin dia pula yang akan menggantikan tempat lelaki itu di katil.Kaku terbaring gara gara tekanan kerja yabg begitu mencabar baginya.

Baru mata Ayra nak tertutp rapat, tiba tiba telinganya menangkap sesuatu. Jeritan nyaring seseorang sebelum buk! Satu benda yang dia yakini bantal selamat landing ke mukanya

Tersentak Ayra. Automatik tubuhnya kembali tegak bila satu lagi jeritan kedengaran.

" Hei perempuan! Kau dengar ke tak, hah! Tahu nak membuta je. Kau ingat mama aku bayar kau untuk buat tahi mata dalam bilik aku ni ke hah? Dasar pemalas!" Jerit Ashraf, tercungap cungap menahan nafas.

Terasa semput dadanya gara gara menjerit beberapa kali. Manakan tidak, sudah berkali kali dia memanggil Ayra. Pekak sungguh gadis itu hingga dia menjerit sebegitu kuat pun gadis itu masih tak dengar.

Tuli betul!

" Kamu kenapa Ash? terjerit jerit macam orang gila sampai boleh dengar di tingkat atas. Ada apa sebenarnya?"

Baru Ashraf nak menjerit lagi, Datin Dahlia sudah terpacul di muka pintu bilik. Ada riak marah pada raut mengantuk Datin Dahlia. Marah kerana masa tidurnya diganggu.

"Perempuan nilah. Pemalas betul, kalah pemalas tahap dewa. Puas Ash panggil. Boleh pulak dia tidur mati. Menyusahkan orang saja"

Kemarahan Ashraf belum reda sepenuhnya. Malah makin sakit hatinya bila melihat Ayra dengan selamba menenyeh kelopak matanya sendiri.

Menggantuk sangatlah kononnya. Huh!

"Kalau ya pun kamu nak minta tolong Ayra, mintala dengan cara baik. Tak payahlah nak tengking dia macam tu." Tegur Datin Dahlia, jelas tak suka dengan sikap yang ditunjukkan anak lelakinya.

"Huh, Kalau Ash jerit pun dia tak dengar, apatah lagi kalau Ash panggil elok elok. Silap silap makin nyenyak dia tidur sebab ingat Ash dodoikan dia. Dasar Pemalas!"

Satu jelingan tajam diberikan kepada Ayra yang terkebil kebil mendwngar pertelingkahan dua beranak itu. Bukan Ayra tidak paham isi pertengkaran itu, cuma dia pelik dengan sikap mereka.

Perkara kecil saja pun perlu ke bertegang urat sampai begitu sekali? Dahlah tu, malam malam buat begini pula.

"Ayra bukan pemalas Ash, tapi dia penat. Penat melayan kerenah menada ada kamu. Sepanjang hari mama tak ada kat ruma tak bermakna mama tak tahu apa yang berlKu dalam rumah ni Ash. Mana lagi nak layan perangai kamu, dia tolong jagakan Tok ma lagi. Siap tolong bibik buat kerja rumah pula. Kamu ingat isteri kamu ni apa? Robot sampai tak boleh nak rehat barang seminit pun.?" Marah Datin Dahlia, siap cekak pinggang lagi.

"Dah dah, kamu jangan cuba buat perangai Ash. Jangan sampai mama batalkan kontrak perkahwinan antara kamu dan Ayra. Kalau perkara itu berlaku sekarang, kamu boleh keluar dari rumah ini sehelai sepinggang. Faham?"

Datin Dahlia kembali bersuara. Langsung tak beri peluang kepada Ashraf untuk menjawab.

"Ayra, kenapa kamu tidur kat sofa? Kenapa tak kat atas katil?"

Datin Dahlia yang baru berkira kira keluar dari bilik itu tak jadi berbuat demikian sebaik terperasan akan keadaan itu.

"Sorrylah mama. Ash tak suka nak kongsi barang barang Ash dengan orang luar. Apatah lagi dengan perempuan kolot macam dia ni"

Tak sempat Ayra bersuara Ash terlebih dalu berkata. Siap peluk tubuh lagi.

"Tak apa mama. Saya da biasa tidur kat sofa. Lagipun senang saya terjaga pagi nanti."Ayra terus menyampuk tanpa sempat Datin Dahlia mencelah.Tak mahu pertelingkahan antara dua beranak itu kian berterusan.

Masa tidurnya juga yang akan terjejas nanti sedangkan dia mahu bangon awal pagi esok. Banyak lagi kerja yang perlu dia lajukan.

"Hmm.. Ayra, kamu pergi ke bilik bibik. Minta bantal, selimut dan tilam. Mama tak nak kamu tidur atas sofa. Bukan saja menyakitkan badan kamu, menyakitkan mata dan hati mama juga yang melihat. Lainlah kalau mama berhati batu macam sesetengah orang tu. Memang takkan rasa apa pun. Jauh sekali rasa berdosa."

Sempat lagi Datin Dahlia menyindir anak lelakinya sebelum keluar. Bengang Ashraf jadinya.

"Huh! mengada ada. Entah kat rumah sendiri tidur atas papan je. Kat sini nak tempat sedap sedap pula. Tak sedar diri betul.!"