webnovel

Amarah II

"Kau memang tak guna Muaz. Kau memang sengaja cari pasal dengan aku. Tak cukup dengan apa yang telah kau lakukan kepada aku, kau rampas pulak dia daripada aku. Tapi yak apa. Aku tak kisah sebab aku sendiri sudah tak ada apa apa peresaan terhadap dia." Nada suara Ash kedengaran dingin.

"Selama ini, aku diamkan diri dan terima saja apa yang kau lakukan. Tapi selepas ini, aku takkan diam lagi, Muaz. Aku akan balas semua perbuatan kau, tak kiralah dengan cara apa pun. Aku bersumpah!" Tegas Ash sambil mengetap bibir.

Sekilas, gambar yang dihanyar ke telegon pintarnya ditatap lagi. Kali ini dengan rasa marah yang menbuak buak. Apatah lagi bila melihat gambar gambar lain yang dihantat oleh orang kanannya itu.

"La.. Encik masih tengok cerita tu ke? Tukarlah ke siaran lain."

Ash tersentak. Raut yang tadi tegang kembali dijernihkan saat terpandang kelibat Ayra masuk ke ruang bilik itu.

"Encik nak makan apa tengah hari nanti.? Saya siapkan."

Sambil memyapu lantai, Ayra bertanya dengan tumpuan lebih diberikan ke lantai luas bilik itu. Walau Ash masih tidak mampu berjalan, namun sekali sekala lelaki itu tetap akan memijak permukaan lantai terutama jika mahu duduk di kerusi roda.

Kerana itu Ayra melakukan tugasannya dengan cukup baik bagi memastikan lelaki itu tidak tercedera atau terluka gara gara kecuaiannya.

"Apa apa pun aku tak kisah. Tapi, jangan masak sedap sedap sangat. Boleh gemuk aku nanti." Ayra terus berpaling. Dia mencebik.

"Sedap ke masakan saya, kalau yang saya masak tu biasa biasa aje.? Lainlah kalau saya masak masakan Ala hotel lima bintang, hidangan istana ke. Bolehlah encik nak kata sedap." Balas Ayra. Namun, jaih dalam hati, dia tetap berasa bangga dan gembira kerana Ash memuji masakannya.

"Kau makan masakan sendiri hari hari, memanglah tak dapat rasa masakan kau tu sedap ke tak. Lainlah aku dengan orang lain yang makan masakan kau tu. Hanya kami yang tahu masakan kau tu sedap ke tak. Faham?" Ash menekan butang alat kawalan televisyen. Tiada rasa nak terus menonton saat hatinya tidak tenang.

Ayra tayang sengih panjang.

Ash hanya menjeling sekilas raut polos itu. Dasar orang perempuan, begitulah. Puji sikit dah kembang. Huh!

"Tak apalah encik. Saya keluar dulu ya. Dah nak tengah hari ni. Saya belum masak apa apa lagi. Nanti lambat pulak encik makan tengah hari." Ayra meminta diri usai kerjanya selesai.

Ash hanya mengangguk tanpa kata. Elok saja kelibat Ayra hilang, alat kawalan televisyen dicampak ke tepi tilam. Ash merenggus.

Nampaknya, dia kene buat rancangan untuk jatuhlan Muaz. Kalau tidak, Muaz akan bertindak dengan lebih dasyat lagi. Kalaupun bukan terhadapnya, pasti orang lain juga akan terima akibatnya.

Jadi, dia kena rancang sesuatu untuk menghentikan perbuatan Muaz.

Lama akalnya berfikir sebelum telefon pintarnya dicapai. Nombor salah seorang daripada orang kepercayaannya didail.

"Yes bos." suara di sebelah sana segera menyahut sebaik panggilan bersambung.

"Aku nak kau beri semua maklumat berkaitan Muaz kepada aku. Secepat yang mungkin."

"Maklumat tentang encik Muaz? Maklumat yang mana satu bos?"

"Semua termasuk segala perniagaan dan kegiatan yang dilakukannya hingga ke hari ini."

"Baik bos. Saya akan cuba dapatkan sekarang juga."

"Bagus. Jangan lupa inform aku bila dah ada semuanya." Ash terus mematikan talian.

"Jagalah kau Muaz. Aku akan hancurkan hidup kau pula selepas ni." Dia tersenyun lagi. Dalam kepala sudah mula merangka perancangan.