webnovel

Apa benda ni?

"Mak aih. Ini bilik kerja ke stor barang? Bersepahnya." Untuk sesaat, mulut Ayra terlopong luas saat matanya memandang bilik yang baru pertama kali dijejak masuk itu.

"Patutlah bibik tak sanggup nak kemas bilik ni. Semak sangat sampai lantai bilik pun tak nampak bayang."

Dia mencecah lagi sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu. Sambil sambil itu, dia memandang sekitar ruang yang sunyi sepu itu.

Tak banyak perabot di dalam ruang itu. Hiasan di dingding bilik juga kelihatan ringkas saja. Begitu pun, Ayra tahu. Harga setiap hiasan itu pastinya mencecah ribuan ringgit setiap satunya.

Penyapu dan penyedok yang turut dibawa naik disandarkan ke dinding bilik. Ayra terus memulakan kerja. Satu demi satu kerta yang berselerakan di atas meja kayu dicapai.

Disusun baik baik di tepi meja. Nak dibuang, dia sendiri tidak pasti samaa ada kertas kertas itu masih akan digunakan atau tidak.

"Macam manalah encik Ash boleh berkerja dalam bilik ni masa dia sihat tak tahulah aku. Semak gila. Jangan kata nak buat kerja, nak duduk sekejap pun aku tak sanggup rasanya. Rimas."

Ayra kembali menyambung bebelan meskipun dia hanya berseorangan didalam bilik itu.

"Encik Ash bekerja sebagai apa sebenarnya ya? Banyak betul kertas yang dia guna. Nak kata arkitek, tak nampak apa apa pelan projek pun dekat atas meja ni. Nak kata pengurus biasa hidupnya mewah macam harta takkan habis dimakan untuk sepuluh keturunan."

Ayra meletakkan himpunan gulunganbkertas di satu sudut lantai bilik.

"Argh. Tak kisahlah dia nak kerja sebagai apa pun asalkan kerja yang dia buat mendatangkan rezeki yang halal. Lagipun buat apa nak fikir pasal dia kalau dia dah begitu kaya?"

Tak jadi Ayra nak terus membebel tatkala matanya terpandang sesuatu di hujung meja. Lambat lambat tangannya mencapai kotak kecil berona hitam arang itu. Penutup kotak dibuka sedikit.

"Apa bende ni?" bisiknya perlahan tanpa sedar. Tangan pula sudah menarik keluar benda yang bersaiz jemari manusia itu. Namun, lebih pendek dan berkilat. Dibelek belek dengan lebih dekat.

"Macam kelongsong peluru, tapi takkanlah kut? Encik Ash ada senjata api ke?" Ayra berfikir fikir sendiri.

"Mustahillah dia ada senjata api. Lelaki macam dia tu, takkanlah boleh terlibat dalam perkara yang bukan bukan pula?"

Spontan, perbualannya bersama Ash beberapa hari lalu kembali terngiang ngiang di telinga.

"Betul ke encik Ash seorang mafia?" Akal Ayra makin mahu tahu.

"Puan Ayra!"

Ayra tersentak. Spontan kotak kecil di tangan nya terlepas ke atad meja. Cepat cepat dia menarik sehelai kertas. menutup permukaan kotak kecil itu agar tidak kelihatan pada pandangan sesiapa.

"Ya, bik." Dia terus menayang senyumann sebaik bibik berdiri de depannya.

"Encik Ash panggil puan ke bilik sekarang." beritahu bibik sedikit tercungap. wanita itu berlari lari anak ketika naik le tingkat atas tadi.

"Err.. kenapa dia panggil saya? soal Ayra cepat.

Seingat dia, Ash sedang membaca majalah ketika dia menghidangkan makanan tengah hari kepada lelaki itu tadi. Apa pula yang lelaki itu mahukan waktu waktu begini?

Bibik angkat bahu. "Entahlah puan, tapi dia dah tunggu puan tu."

"Baik, saya turun sekarang." Ayra terus mengangguk. Dia hanya memandang bila bibik terus berlalu. Sampat dia berkalih pandang ke muka meja sebelum berlalu keluar.

Lebih tepat, kearah benda yang berada dibawah kertas tadi. Ada persoalan sedang bermain main dalam kepalanya ketika ini.