webnovel

Melutut

編集者: EndlessFantasy Translation

'Sudah tentu, seorang lelaki yang berada di ambang kejatuhan sudah tidak punya harga diri.

'Nampaknya Xiao Mo telah belajar dari kesilapannya.'

Chui Ming berasa gembira.

Perasaan Chui Ming sangat baik pada hari ini. Dia akan mematerai perjanjian dengan Empayar Xi dan berjaya membalas dendam terhadap perempuan sundal Xia Xinghe.

Kini Xiao Mo pula merayu belas kasihan padanya, jadi pastilah perasaannya sangat baik.

Dia menegakkan badannya dengan perlahan. Dia memandang pada Xiao Mo dan berkata, "Kamu nak barang ini semula? Boleh, tetapi hanya selepas kamu berlutut dan menyembah saya tiga kali"

Xiao Mo dapat berasakan kemarahannya makin membuak.

Jika dia tidak berfikiran rasional, dia pasti akan menghentakkan lututnya pada alat sulit Chui Ming.

Dia menyuruh dirinya untuk bertenang.

Dia tidak akan membiarkan kecuaiannya merosakkan rancangan Xinghe ...

Pengawal peribadi yang menahannya melonggarkan cengkaman mereka.

Xiao Mo dengan berat hati menyembah pada Chui Ming sebanyak tiga kali.

Setiap sembahan membuatkan hasratnya untuk menghancurkan Chui Ming makin bertambah.

Setiap sembahan meningkatkan kebenciannya pada Chui Ming.

Ia satu penyeksaan baginya, perlu menyembah musuhnya...

Dia lebih rela suka mati daripada dimalukan sebegitu!

Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai pilihan kerana dia tahu betapa kejamnya Chui Ming.

Jika Xiao Mo enggan melakukannya, Chui Ming akan memusnahkan CD itu. Walaupun mereka mempunyai sokongan tetapi mereka tidak mempunyai masa untuk mengambilnya.

Pendaftaran untuk ujian perisian hampir ditutup...

Harapan semua orang terletak di bahunya, dia tidak akan membiarkan peluang berharga itu sia-sia!

Tetapi dia berjanji pada dirinya sendiri suatu hari nanti dia akan membalas dendam pada Chui Ming. Dia akan kembalikan penderitaan hari ini sebanyak tiga kali ganda.

Ketawa Chui Ming bergema di seberang dewan.

Dia meletakkan kakinya pada bahu Xiao Mo, memberikan tekanan dan berkata, "Xiao Mo, seperti yang saya jangkakan kamu anjing yang baik."

Dia menggunakan CD untuk memukul Xiao Mo berulang kali di wajahnya seperti dia bermain dengan anjing, sambil berkata "Ini hadiah buat kamu kerana menjadi anjing yang taat. Lain kali, jangan pergi menyalak pada orang yang salah."

Chui Ming beredar sambil ketawa terbahak-bahak.

Dia yakin Xiao Mo tidak akan melakukan apa-apa yang mengagumkan. Dia sangat arif dengan keupayaan Xiao Mo, kerana dia yang mencuri perisian Xiao Mo dan menjenamakan semula sebagai Sekuriti Internet King Kong

Perisian awal Xiao Mo telah menjalani banyak penyuntingan dan naik taraf sebelum ia menjadi Sekuriti Internet King Kong pada hari ini.

Selama bertahun-tahun, Syarikat Chui telah berdiri teguh di pasaran dengan bantuan Sekuriti Internet King Kong. Sementara Xiao Mo menghilang dalam kemiskinan. Tidak ada persaingan antara keduanya.

Kesimpulannya, Chui Ming tidak percaya Xiao Mo dapat menghasilkan sesuatu yang boleh mengancam kemenangannya.

Malah seorang genius pun tidak akan mampu untuk mencipta apa-apa yang boleh mencabar Sekuriti Internet King Kong. Lagipun, kuasa satu orang tidak akan dapat menandingi kuasa ramai orang.

Itulah kebenarannya, Xiao Mo tidak akan dapat menimbulkan sebarang ancamam terhadap Syarikat Chui.

Malangnya, apa yang Chui Ming gagal untuk pertimbangkan ialah hakikat perisian dalam CD itu bukan dibuat oleh Xiao Mo atau mana-mana genius biasa yang lain ...

Ia dicipta oleh Xinghe iaitu seorang wanita yang digelar Genius Jahat Dunis Pengaturcaraan sejak dia berusia sepuluh tahun lagi.

Sudah tentu, Chui Ming tidak menyedari belas kasihan yang jarang diberikannya ini akan mengakibatkan kerugian besar.

Kehilangan yang besar sekali!