98 Bawa Xia Xinghe Keluar dari Situ

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Berasakan CD berada ditangannya, Xiao Mo berasa lega.

Dia bergelut untuk berdiri dan pada akhirnya dia merasa sesuatu seperti besi di dalam mulutnya.

Rupanya ia darah dari gusinya kerana dia mengetap giginya terlalu kuat.

Xiao Mo mengambil nafas panjang dan merenung tajam ke arah Chui Ming. Kemudian, dia bergegas pergi.

Tidak kira apapun, dia harus mendaftarkan perisian mereka sebelum panel ditutup..

Dia tertanya-tanya bagaimanakah keadaan Xia Zhi sekarang, adakah dia berjaya mencari Xi Mubai.

Keadaan Xia Zhi jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Xiao Mo.

Memandangkan keadaan sangat genting, Xia Xinghe telah meminta bantuan rakannya Junting untuk mendapatkan nombor telefon Mubai.

Selepas menerima panggilannya, Mubai serta merta meminta seseorang membawa Xia Zhi untuk berjumpa dengannya.

Xia Zhi mengikut Chang An menuju ke bilik rehat yang mewah. Mubai sedang menunggu di dalamnya. Ini merupakan kali pertama Xia Zhi datang bersemuka dengan Mubai.

Lelaki itu duduk santai di sofa, reaksinya tidak dapat dibaca. Walaupun dia tahu Xia Zhi adik kepada Xinghe, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi luar biasa.

Seolah-olah orang yang berdiri di hadapannya ialah pekerja atau orang asing.

Xia Zhi berasa sangat tidak selesa kerana sebelum ini sewaktu di hospital dia dan kakaknya telah menolak tawaran cek dari Mubai dengan kasarnya.

Dia tertanya-tanya sama ada Mubai terasa hati dengan kejadian itu dan akan menolak untuk memberikan bantuan.

Berdiri di situ, Xia Zhi mula rasa ragu-ragu. Kakaknya tidak pernah terfikir dia akan berjumpa Mubai untuk mendapatkan bantuan, jadi mungkin dia sudah melebihi batasan.

Lagipun, mereka telah bercerai. Mubai tidak bertanggungjawab untuk membantu mereka. Ia sudah cukup baik kerana dia tidak menimbulkan masalah seperti seseorang yang Xia Zhi kenali.

Tetapi sekarang semua itu sudah terlambat. "Cakap, apa yang penting sangat sampai kamu perlu mendapatkan Junting untuk mencari saya?" Mubai bertanya.

Xia Zhi membalas dengan berbisik, "Tuan Xi, saya tahu saya tidak patut mengganggu kamu tetapi kamu satu-satunya orang yang boleh membantu kakak saya sekarang, jadi tolong dengarkan saya."

Mata Mubai menggelap. "Xia Xinghe apa yang berlaku kepadanya?"

"Chui Ming dan yang lain telah menyamannya atas dasar fitnah. Dia telah ditahan oleh pihak polis, tetapi kakak saya mempunyai sesuatu yang penting untuk dilakukan hari ini. Kita perlu keluarkannya! Malangnya, kami tidak ada kuasa besar seperti kamu untuk melepaskan dia keluar," kata Xia Zhi dengan nafas yang laju dan menunggu Mubai untuk memberikan jawapan. Dia takut jika Mubai tidak mahu membantunya.

Walau bagaimanapun, ekspresi Mubai kekal tidak berubah. Dia hanya bertanya, "Xia Xinghe kah yang suruh kamu cari saya?"

"Tidak, saya datang atas niat sendiri."

Xia Zhi seolah-olah terlihat kekecewaan singgah sebentar di muka Mubai.

Mubai tetap berdiam. Xia Zhi mempunyai perasaan dia tidak akan mendapat bantuan dari Mubai.

Xia Zhi berasa kecewa tetapi dia tidak boleh membuat apa-apa, Mubai sememangnya tidak mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka.

"Kamu dah selesai?" Mubai bertanya tiba-tiba.

Xia Zhi membuka mulutnya tetapi tiada kata-kata yang keluar. Hatinya punah.

Mubai seolah-olah memberikan isyarat menyuruh dia keluar..

Mubai tidak meminta lebih banyak maklumat jadi ia kelihatan seperti dia tidak mahu masuk campur…

"Saya minta maaf kerana mengganggu kamu!" Xia Zhi berpaling untuk pergi. Dia berasakan tidak ada gunanya dia merayu atau menganggu Mubai untuk mengubah fikirannya.

Tetapi bagaimana dengan kakaknya?

Nampaknya ia benar-benar terserah kepada dia dan Xiao Mo untuk menguruskan Pertandingan Penggodam ini.

Tetapi Xia Zhi tidak tahu yang sebaik sahaja dia keluar dari bilik, Mubai telah memberikan arahan kepada Chang An, "Hubungi peguam Kim dan bawa dia ke balai polis. Keluarkan Xinghe dari situ tidak kira apapun."

avataravatar
Next chapter