webnovel

Kenapa Mesti Dia

編集者: EndlessFantasy Translation

"Ada pasangan seks tak? Kawan bersetubuh? Hubungan seks semalaman?" Ye Wan Wan terus menyelidik dengan wajah yang serius.

Lebih baik jika dia tiada semua ini. Tapi jika dia ada, Ye Wan Wan perlu memikirkan cara untuk menyelesaikan semua kisah silamnya yang kotor terlebih dahulu.

Memandangkan Ye Wan Wan terlalu berterus-terang, tubuh Luo Chen menjadi lebih kaku dan lelaki itu duduk menegak seperti pembaris. "Tak ada…"

Wajah serius Ye Wan Wan mengendur sedikit. "Sangat bagus."

Selepas itu, dia bertanya dengan bersahaja, "Siapa yang uruskan akaun Weibo awak sekarang? Awak yang kawal ke?"

"Abang Gin yang uruskan semua tu," jawab Luo Chen.

'Patutlah Weibo dia nampak sangat menyedihkan sepanjang tiga tahun ni. Tak ada aktiviti langsung…'

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください