webnovel

Bab 5

"Hah masuk wad?!! " terkejut bukan kepalang Diana dibuat nya.

"Haduh haduh kau ni! Bingit lah telinga aku! " marah aku sambil mengusap telinga ku yang nyaring dengan jeritan minah tarzan tadi tu.

"Weyh macam mana kau boleh masuk wad?  Bagitahu aku hospital mana kau duduk sekarang? " soal Diana bertalu talu.

"Woi bengong!  Bukan aku lah yang masuk wad. " hah kan dah kena bengong dengan aku!

"Dah tu siapa pula yang masuk wad? " soal diana, blur.

"Kereta aku lah" balasku lalu pandangan ku dialihkan pada mikael yang sedang berborak dengan temannya itu. Senyuman lelaki itu benar benar mengetar kan hatiku. Argh! Apa yang aku mengarut ni?!

"Ouh... Ingat kan kau yang masuk wad. Buat aku risau je" ujar diana.

"Tulah kau, aku tak habis cakap lagi kau dah potong." Bebelku. Kasihan sungguh sahabatku yang seorang ini. Setiap hari kena bebel dengan aku.

"Yelah yelah. Ni nak tanya, asal tak call aku awal awal?  "

"Ouh.. Sebab telefon aku habis bateri. " jawab ku.

"Ouh.. Ni macam mana boleh tetiba call aku?  Kata tak ada bateri. " haih perempuan ni ada aja nak menyerkap aku!

"Yang ni aku pinjam power bank mikael. " balasku dengan tenang. Tangan kiri ku menyilang ke kanan sambil mataku merenung ke arah mikael.

"Uish siapa mikael tu, hah?? " sergah diana.

"Ouh.. Dia tu... Nanti lah aku cerita kat kau. " balas ku. Malas sebenarnya untuk menjawab.

"Halah halah" diana membuat suara mengada ada.

"Haish malas aku nak layan tarzan gedik macam kau ni! " marahku lalu terus meletakkan panggilan. Makin dilayan makin mengada perempuan ni.

"Aisyah... " kedengaran suara garau menyeru namaku. Terus tubuhku berpaling sepenuhnya menghadap pemilik suara itu. Siapa lagi kalau bukan mikael. Lelaki yang dengan rela hati membantunya.

"Jom balik. Esok lusa siaplah kereta kau tu. " ujar mikael. Aku tidak membalas malah terus aku berlari anak mendekati kereta kesayangan ku itu. Lantas aku memeluk bahagian belakang kereta. Rasa nak menangis pulak!.

"Bubye baby. Nanti 2 ke 3 hari mummy ambil baby ye?  Bubye baby. " pelukan dileraikan lalu telinga ku menangkap bunyi gelak tawa seseorang. Siapa lagi kalau bukan mamat wayar putus tu! Hadeh memalukan betullah kau ni sya!

"Hahahaha.. Comel saja. Baby, mummy. Haduh serius comel plus lawak. Hahaha" mikael ketawa berdekah dekah. Entah dekat mana yang lawak sangat sampai tak reti nak berhenti ketawa. Apa lawak sangat ke?

"Hah ketawa lah sampai isi perut kau terburai! " aku berkata dengan geram. Aku mengetap gigi dengan kuat.

"Okay mummy jom kita balik.  Haha" ajak mikael yang masih lagi dengan sisa tawanya.

"Heee... Gila lah mamat wayar putus ni!" Ujar ku lalu terus melangkah keluar dari bengkel itu.

"Woi minah tunggu lah!  Aku hantar kau balik! " jerit mikael dari dalam. Aku pula sudah melangkah ingin pergi jauh.

"Halah halah. Jom aku hantar kau balik. " pantas mikael merentap pergelangan tangannya. Aku terkesima. Asal eh jantung aku ni?

Dup, dap, dup, dap

Kedua dua insan itu merasakan getaran yang sama dihati.

"Ouh sorry" terus Mikael melepaskan tangan Aisyah. Aku hanya diam tidak terkutik. Malas nak ambil port, aku terus melangkah ke kereta milik mikael. Yang aku tahu sekarang aku nak balik. Penat!

"Masuk lah" arah mikael. Aku terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.

***

Sepanjang perjalanan kami hanya berdiam diri, cuma kedengaran dj radio yang bercoleteh.

Suasana yang sangat bisu itu membuatkan mikael sedikit janggal. Entah mengapa dia tidak tahu. Dia mahu wanita disebelahnya ini bersuara mahupun menegurnya walaupun sepatah perkataan.

Belum sempat mikael ingin membuka mulut, aisyah sudah terlebih dahulu membuka mulut.

"Hey, kau tahu tak rumah aku kat mana? " soal ku. Mataku masih lagi menumpu pada jalan raya. Walaupun mata ku melekap pada sekitar luar, tetapi sukar untukku mengesan objek diluar dengan teliti kerana suasana sekarang ini sudah beranjak ke malam. Dan tidak pula ingin memandang lelaki disebelahku walaupun dengan sekilas.

Mikael yang tekun memandu terus menghalakan pandangan nya sekejap ke arah Aisyah. "Aku tak tahu" jawab mikael lalu matanya ditumpu semula pada jalan raya yang hanya disuluh dengan lampu jalan sekeliling.

"Nanti ada satu taman bunga kemboja. Masuk situ. Terus sikit. Nampak lorong kedua masuk situ. Dan nanti pandai pandai lah aku tunjuk mana rumah aku. Tak pon aku suruh kau berhentikan aku kat situ" aku menerangkan selok belok rumahku. Bukan susah pun nak cari. Mudah saja.

Mikael mengangguk angguk. Dia faham walaupun laju wanita itu menerangkan. Asalkan dia dapat tangkap sikit sudah. Kalau tak tahu, tanyalah lagi apa susah kan?.

Setelah hampir 15 minit mereka berada di dalam kereta, akhirnya tiba juga dihadapan rumah aisyah.

"Okay kita dah sampai" mikael berhentikan keretanya betul betul dihadapan rumah Aisyah. Diangkat handbrake agar kereta nya tidak lah tergelongsor ke belakang kerana disini jalannya seperti bukit.

Mikael menoleh ke kiri apabila tiada sahutan dari siapa siapa. Dilihat Aisyah sudah tidur diulit mimpi barangkali. Dia mengamati wajah itu secara dekat. Buat pertama kali seumur hidupnya, dia merenung wajah seoarang wanita selain dari mama nya dan adiknya, mellina.

Mikael merenung setiap inci wajah itu dari sepasang mata sehinggalah ke seraut bibir merah bak delima yang membuat hatinya bergetar hebat. Ingin saja dia mengucup bibir itu, tapi ditahan diri agar tidak melakukan sedemikian.

Apabila tubuh itu sedikit bergerak, cepat cepat mikael menjarakkan tubuhnya dari tubuh wanita itu. Mungkin wanita itu rasa tidak selesa.

"Kita dah sampai ke? " soal ku masih dalam mamai.

"Ya.. Kita dah sampai. " balas mikael dengan tenang walaupun getaran dihati sangat mengoyahkan imannya yang senipis kulit bawang ini. Haih!

"Kenapa kau tak kejutkan aku? " soal ku lagi.

"Aku tak sampai hati nak kejut kau. Sebab kau tidur lena sangat. " jawab mikael teragak agak. Yelatu tak sampai hati padahal ada udang disebalik mi ni.

"Hummm" aku meregangkan tubuhku yang terasa lenguh kerana tidur duduk.

Mikael hanya diam sambil matanya menumpukan sepenuhnya pada telefon.

"Mikael... " aku menyeru namanya dengan meleret.

"Aa.. Ye" sahut mikael tergagap gagap.

"Aku nak ucap terima kasih sebab tadi kau tolong aku. Walaupun kitakan gaduh, tapi kau masih sudi nak tolong aku. " ucap ku dengan nada yang lembut. Aku benar benar ikhlas maksudkan nya.

Mikael terpaku seketika. Otaknya cuba untuk mentafsir maklumat yang didengarinya tadi.

"Er.. Sama sama. Dahlah kau pergi balik. Nanti kereta kau dah siap aku bagitahu mellina. " balas mikael.

Aku mengangguk tanda faham. Terus aku keluar dari perut kereta selepas mengucapkan selamat tinggal pada mikael. Dan itu lah kali pertama mungkin aku bertutur lembut padanya. Dalam tak sedar bibirku menguntum sebuah senyuman.