6 Bab 6

Hari semakin hari yang berlalu membuatkan dirinya rasa sungguh bahagia. Entah apa yang membuat dia bahagia sebegini, dia tidak pasti. Yang dia pasti hanya kerana sebaris nama ini, Mikael Zafran. Lelaki yang membuat jantung nya selalu terasa ingin tercabut. Arghh!!

Tiba tiba kejadian 3 hari lalu terimbau di benak fikirannya.

Aku yang sedang menonton kaca televisyen, diganggu oleh deringan telefon yang menjerit minta diangkat. Pada mula nya aku buat tak endah saja, tapi apabila sudah 2 kali ia berdering lantas aku mencapai telefonku lalu mengangkatnya tanpa memeriksa siapa pemanggilnya.

"Hello... " sapa ku terlebih dahulu.

"Err.. Hello.. Ni Aisyah Nadrah ke? " soal suara garau dihujung talian. Kalau suara dia garau, mestilah lelaki kan?

"Aah ye. Ni siapa ye? Mana dapat nombor? " soal ku semula. Pelik juga dia dibuatnya, orang yang dia 'mungkin' tidak kenali menelefonnya.

"Aku lah.. " jawab lelaki itu.

Aku membuat muka toya. Tapi, bukan dia nampak pun kan?

"Yelah... Siapa ni? " soalku lagi.

"Aku lah.. Takkan tak kenal? " balas lelaki itu lalu kedengaran suara nya mengekek ketawa.

"Aku lah, aku lah. " aku mengajuk semula kata katanya.

"Hahahaha.. "

"Siapa ni, hah? Aku tutup karang! " ugutku. Main main betul lah orang ni!

"Aku Mikael Zafran.. " lelaki itu membalas dengan hanya sebaris nama itu. Tapi cukup membuat dahiku berkerut seribu. Sebab apa?  Sebab aku tak kenal siapa dia.

Otakku masih lagi mentafsir gerangan yang bernama mikael zafran itu. Setelah berkali kali cuba untuk mengingati, aku gagal. Jadi lebih baik aku memilih untuk bertanya daripada membiarkan otakku penat berfikir tentang siapakah 'orang' itu.

"Sorry.. Saya betul betul tak ingat siapa awak. Boleh tak awak terangkan lebih detail lagi? " pintaku walaupun ini agak menyakitkan hati si pemanggil.

"Serius lah kau tak ingat aku? Baru je 2hari tak jumpa dah lupa aku. Kecewanya. " balas lelaki itu seperti berjauh hati dengannya.

"Eh eh.. " aku mula rasa serba salah.

"Aku lah mikael. Yang tolong bawak kereta kau ke workshop tu. " aku meng-ouh lalu mengangguk angguk tanda yang aku sudah ingat siapa lelaki ini.

Kejap, tapi mana dia dapat nombor aku?  Kena siasat ni!

"Ouh kau ke. Okay. By the way mana kau dapat nombor telefon aku ni? " aku bertanya ingin tahu.

Mikael diam seketika. Selepas beberapa saat, dia berdehem.

"Ehem.. Sebenarnya aku minta kat Mel" jawab Mikael.

"Mel? Mellina? "

"Ye, mellina. Adik aku. " balas Mikael.

"Ouh ye aku lupa tu adik kau. Tak pe tak pe aku maafkan kau." Ucapku.

Kata kata Aisyah membuatkan mikael mengerutkan dahinya. Tapi, Aisyah tak nampak.

"Maksud kau? "

"Haduh kau ni. Maksud aku, aku baru ingat nak marah kau sebab ganggu aku tengok tv. Dahlah ganggu orang, pastu tak reti nak cakap maaf. " sengaja nadaku dibuat buat seperti marah.

"Hahahaha.. Laaaa... Sorry sayang.. " ucap mikael dengan gelak ketawanya yang tak mahu berhenti. Lawak ke?

Tapi sekejap.. Sayang?  Aku salah dengar ke dia salah cakap?  Eh, eh. Tak boleh jadi ni!

"Eh kejap! " tiba tiba nadaku ditinggikan. Terus Mikael berhenti ketawa. Suaranya mula hilang. Cuma kedengaran deruan nafas yang lancar dan teratur menyapa telinga Aisyah.

"Kenapa weyh? " soal mikael.

"Kau panggil aku apa tadi eh?  Aku kurang jelas. Ulang lagi boleh? " pintaku untuk meminta kepastian.

"Panggil apa?  Aku-kau. Tu jelah. " balas Mikael, sedikit blur. Mungkin.

"Tak tak. Tu aku tahu. Tapi yang masa kau cakap sorry. " aku masih lagi tidak berpuas hati.

"Mana ada apa apa. Kau salah dengar kot. " aku mengangguk. Mungkin juga ya, aku salah dengar.

"Ouh.. Abaikan lah. Sekarang asal kau tetiba call aku?  Rindu ke?" Soal ku bertalu talu. Sengaja mahu membuat lelaki itu sesak nafas. Hahaha.

"Ouh. Rindu tu ada lah sikit. " balas Mikael dalam suara meleret.

Balasan mikael itu benar benar membuat hati ku berdetak dengan laju. Benarkah apa yang diucapkan? Aku yang nak buat dia sesak nafas, aku pula yang rasa sesak nafas.

"Hoi asal diam kau okay ke tak ni? " suara mikael membuat ku tersentak. Lama ke aku berkhayal?

"Hah err okay. " balasku teragak agak.

"Mesti kau fikir fasal rindu tu kan?  Biar aku terus terang lah kenapa aku telefon kau. " suara mikael semakin lembut membuat hati wanita nya terbuai seketika.

"Sebenarnya, aku call ni sebab rindu nak... " sengaja ayatnya digantungkan kerana mahu membuat wanita itu tertunggu tunggu akan jawapannya.

Aku diam masih menunggu jawapan darinya.

"Sebab nak... Usik kau lagi!  Hahahaha" jawapan loya buruk Mikael membuatkan Aisyah menayangkan muka menyampah.

"Hoi badut!  Cepat lah cakap ada apa call aku ni?  Aku tak main main eh. Kalau tidak aku tutup telefon ni! " ugut ku dalam suara yang dikeraskan.

"Amboi garang nya. " sengaja mahu bergurau lagi. Orang serius, kau main main. Memang ada yang makan kaki tengahari ni!

"Hoi! Cepat lah! " marah ku dalam nada yang amat serius. No excuse!

"Ok ok. Kejap lagi, lepas zuhur aku ambil kau kat rumah kau. Pastu sama sama kita pergi ambil kereta kau. " ujar mikael dengan sekali nafas.

"Ouh okay. " hanya itu saja yang aku jawab. Malas nak panjangkan lagi conversation ni.

"Okay. Kalau macam tu, aku letak dulu. Jangan lupa nanti aku ambil kau okay? Bye! " ucap Mikael lalu terus gangang telefon diletakkan.

***

Mikael yang sedang menyiapkan kerjanya, diganggu oleh ketukan pintu yang bertalu talu. Bunyi bising itu membuatkan dia hilang fokus sepenuhnya. Hatinya mula mendongkol marah dengan si pengetuk pintu itu. Takkan kak liza kot?

Belum sempat dia memberi arahan masuk, daun pintu sudah terkuak dari luar dan tersembul lah wajah seseorang yang membuat dirinya akan menyampah.

"Baby!! " jerit Putri Natasha dengan nyaring. Mikael membuat muka toya. Boring weyh!

'Macam dah tak ada perempuan lain yang nak datang office aku ni' gumam mikael di dalam hati. Bibir nya dipaksa mengukir senyuman plastik agar Putri Natasha tidak perasan riak menyampahnya itu.

"Baby jom lunch! " ajak Putri Natasha dengan suara yang meleret.

Mikael terpaksa mengangguk walhal hatinya sudah menyumpah serana Putri Natasha.

"Okay jom. Tapi apa kata you naik kereta you, I naik kereta I. Senang sikit. Sebab lepas lunch I ada appointment kat luar. " ujar Mikael memberi alasan.

"Alah sayang... " rengek Putri Natasha.

"So sorry Putri. I memang tak dapat nak hantar you balik lepas lunch ni. So better you drive kereta you sendiri. " sebenarnya mikael hanya mahu melepaskan diri. Bukan betul pun yang dia ada temu janji di luar. Tipu sunat je. Hehe.

"Yelah yelah! " akhirnya wanita itu mengalah secara terpaksa. Tapi bagi mikael, apa dia kesah. Lantaklah nak mengamuk ke nak meroyan ke?  Apa apa je lah.

Terus Putri Natasha keluar dari perkarangan pejabat dan terus menuju ke keretanya. Diikuti juga Mikael dari belakang. Nak tak nak terpaksa lah lelaki itu mengikuti perempuan yang tak beberapa dia minati itu.

***

Aisyah dan Diana telah membuat keputusan untuk makan di luar setelah mereka berlawan osom berkali kali. Dan majoriti nya Diana menang, jadi terpaksa lah Aisyah yang tersangatlah malas ingin keluar ini bersiap dengan secantik cantiknya dalam keadaan hati yang tak rela.

"Kau nak makan apa, sya? " soal Diana setelah mereka melabuhkan punggung di kerusi. Mereka mengambil tempat belakang dan hujung kerana katanya lebih privasi.

"Aku nak makan nasi campur lah. Kau tunggu sini aku nak gi ambil. " ujar Aisyah.

"Okay. Ni kau nak minum apa? " soalnya lagi.

"Orange juice lah. " pinta Aisyah.

"Ok. Saya nak satu jus oren, satu sirap bandung dan satu nasi goreng ayam. " Diana membuat pesanan pada pelayan yang dari tadi asyik menanti mereka.

Pelayan restoran itu mencatat setiap yang dipesan oleh Diana. Setelah tiada lagi, pelayan restoran itu terus berlalu pergi ke belakang dapur.

Aisyah pula sudah pergi untuk mengambil nasi campur nya itu.

***

"I tak nak lah makan kat sini! " Putri Natasha memberontak tidak mahu.

Mikael memicit pelipis nya. Pening kepala dia melayan karenah tak semengah Putri Natasha.

"You jangan mengada ada boleh tak ? " ujar mikael dengan geram. Tapi suara nya masih lagi boleh dikawal.

"I tak nak! " putri natasha menghentak heels nya tanda protes.

Mikael memandang sekeliling. Malu dia dibuatnya. Ramai mata yang memerhati drama nya dengan putri natasha.

"Okay kalau macam tu you pilih. You nak makan sini dengan I, or I tinggalkan you kat sini sorang sorang. So now, you pilih lah? " terpaksa jugalah Mikael menggunakan kekerasan dengan cara mengugut.

"Okay fine!" Balas Putri Natasha dengan geram. Mikael hanya buat muka seperti tidak tahu apa apa. Lantak lah kau nak jadi apa!

Sedang mereka beriringan menuju ke meja, seorang wanita yang secara tidak sengaja terlanggar Putri Natasha.

"What the hell?! You tak nampak orang ke!! " tengking Putri Natasha. Mencerlung mata nya merenung wanita dihadapannya.

Wanita itu hanya menunduk dan berkali kali mengucapkan kata maaf kepada Putri Natasha.

Tiba tiba seorang lelaki yang sudah menjauhi, berpatah balik ke arah mereka.

"Putri, what's going on? " soal mikael lalu dia mengeluh berat. Susah lah perempuan ni.

Apabila terdengar suara garau itu, terus wanita itu mengangkat wajahnya.

Buat sekian kalinya dia terpanar melihat wajah dihadapan nya kini.

"Mikael.. "

"Aisyah.. "

   

avataravatar
Next chapter