webnovel

Sakit di Seluruh Badan

翻訳者: EndlessFantasy Translation 編集者: EndlessFantasy Translation

Memori Meng Hao tentang wanita itu agak kabur. Dia sebenarnya tidak pernah berinteraksi dengan wanita itu. Kalau tidak silap, mereka berdua juga tidak pernah bertemu antara satu sama lain.

Ada satu sahaja perkara yang menghubungkan mereka berdua, iaitu pencarian seorang menantu lelaki oleh Puak Song. Akhirnya, walaupun mereka berdua tidak kenal antara satu sama lain, tetapi mereka masih mempunyai satu persamaan.

Lebih tepat, inilah… buah hati Meng Hao dari Puak Song.

Oleh sebab wanita itu ialah anak perempuan Puak Song, jadi mustahil baginya untuk mempunyai seorang lagi kekasih. Reputasi dan status Puak Song tidak membenarkannya berbuat demikian.

Selepas Meng Hao melarikan diri, Puak Song tidak menghebohkan perkara ini kepada orang luar. Walau bagaimanapun, bagi wanita muda itu, perkara ini sangat mengecewakan.

ロックされた章

webnovel.com で好きな作者や翻訳者を応援してください