594 Cinta Seorang Bapa Bagaikan Sebuah Gunung!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Semua orang di situ terpacak kaku, bergelut dengan emosi dan fikiran masing-masing. Tahap kemarahan mereka pada Meng Hao mungkin sudah mencecah Langit, tetapi mereka juga tiada pilihan lain. Tangga itu muncul kerana Meng Hao dan hanya dia seorang yang boleh memanjatnya.

Mereka semua sudah cuba memanjat tangga itu. Namun, mereka hanya boleh melihatnya dan tidak boleh menyentuhnya.

Beberapa hari kemudian, mereka berjumpa dengan Meng Hao sekali lagi. Mereka berdiri di hadapan lelaki itu dan mengangkat sumpah mereka akan memberikan bahagian mereka kepada Meng Hao selepas Satah Ketiga hancur, seperti yang diminta olehnya beberapa hari lalu.

Perjanjian itu dibuat dan disaksikan dan semuanya berdasarkan Tao. Pada masa akan datang, tidak kisahlah apa yang para Pertapa Syurga Selatan peroleh di Satah Ketiga, mereka tidak mempunyai sebab untuk mengadu. Kalau mereka memungkiri janji mereka, perjanjian itu akan masih berkuatkuasa. Asas Pertapaan mereka juga akan terjejas.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter