Xielan memukul kuat kepala zombie yang cuba mencakarnya itu.
Sehingga kepala zombie itu terpisah dari badannya baru Xielan berhenti. Dia cepat-cepat ke arah zombie yang sedang memakan wanita berbadan besar tadi untuk menghapuskan zombie itu juga.
Xielan memukul kepala zombie itu yang begitu khusyuk sekali makan sehingga tidak sedar dengan kehadiran Xielan dibelakangnya.
Pang!!
Hisshhh!!!! Grrr!!!!
Pukulan Xielan hanya mengenai kepalanya namun tidak terus menumbangkan zombie itu. Mana ada zombie terus k.o hanya dengan satu pukulan? Ingat ini apa? Movie?. Sedangkan game Zombie Plant pun banyak kali plant tu tembak zombie baru putus kepala...
Perhatian zombie itu kini tertumpu kepada Xielan. Giginya yang berlumuran darah begitu mengerikan sekali.
Dia mencuba menyerang Xielan dengan kukunya yang tajam dan berwarna hitam. Mulutnya yang bergigi hitam dan panjang itu itu turut bergerak mahu membaham Xielan.
Namun Xielan membuang takutnya jauh-jauh. Dia memukul tangan zombie itu dan melompat mundur ke belakang untuk mengelak dari kepala zombie itu yang tidak mengalah biarpun kedua tangannya sudah patah dan ke arah lain untuk menyerang Xielan.
Xielan tunduk dan mengangkat kakinya sebelum menendang perut zombie itu dalam posisi tangannya menahan tekanan tubuhnya dilantai agar dapat memberi fokus sepenuhnya tenaga dia dikaki kanan nya yang menendang perut zombie itu.
Bamm!!!
Zombie itu terbuang terus dan menghempap rak.
Xielan melompat bangun dan menyerang zombie yang sudah tidak dapat berdiri itu dengan besi ditangannya yang sudah mahu bengkok kerana dari tadi digunakan untuk memukul zombie sehingga kepala mereka tercabut.
Besi itu sudah seperti perang panjang ditangan Xielan.
Crass!!!
Crashhh!!!
Crackk!!!
Crashhh!!!
Dia memukul kepala zombie itu banyak kali seperti sedang melepaskan perasaannya yang dibendung selama ini dihatinya.
Sehingga terburai otak zombie itu dan kepalanya tercabut dilehernya barulah Xielan berhenti.
Mukanya berpeluh kerana terlalu banyak bergerak.
Mujur tiada siapa yang ambil peduli dengan apa yang dilakukan oleh orang lain disekeliling mereka. Kerana semua sibuk menyelamatkan diri sendiri.
Ada yang terfikir benda yang sama seperti Xielan iaitu menggunakan besi sebagai senjata mereka. Yang lain pula meniru apa yang dilakukan oleh orang terdekat mereka. Masing-masing mencabut besi sangkutan kain. Siap ada yang berebut lagi besi itu apabila salah seorang berjaya mematahkan besi sangkutan kain itu.
Xielan tidak ambil kisah orang sekelilingnya dia melangkah pula mendekati wanita yang masih bernafas dan menahan kesakitan itu. Meskipun lehernya sudah menampakkan tulang dan perutnya juga sudah terburai menampakkan isi perutnya dan ususnya namun dia masih lagi bernafas.
"To...long....sa...ya..."
Kata wanita itu kepadanya.
Berkerut terus dahi Xielan.
Dia mengangkat tinggi besi ditangannya dan tanpa berkelip mata dan tanpa ada reaski diwajahnya dia memukul leher wanita itu.
Crackkk!
Kedengaran bunyi tulang patah terus. Dia memandang wanita itu yang terbeliak matanya dan memandang Xielan dengan pandangan tidak percaya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Xie gege apa kamu buat?" Soal Weixin dengan suara terketar-ketar apabila melihat Xielan mengangkat lagi besi ditangannya untuk memukul leher wanita yang sudah mati itu.
Wajahnya pucat dan takut. Hanya dia yang nampak apa yang dilakukan oleu Xielan dari tadi kerana dia bersembunyi disini dan Xielan pula bertarung dengan zombie.
Dia nampak bagaimana wanita itu masih hidup dan Xielan memukul wanita itu dengan besi menyebabkan wanita itu meninggal.
Xielan memandang Weixin dengan pandangam kosong. "Kalau dibiarkan dia tetap akan mati. Dari dia terseksa lebih lama lebih baik hentikan seksaan dia secepat mungkin"
Jelasnya dengan tenang sebelum memukul leher wanita itu untuk memisahkan kepalanya dari tubuhnya. Sebab dia tahu jika kepalanya tidak dipisahkan dari tubuhnya, wanita ini akan berubah menjadi zombie beberapa jam kemudian atau minit, dia tidak pasti juga. Jadi lebih baik hapuskannya awal-awal sebelum ia berubah menjadi zombie.
Pucat bertambah terus Weixin namun dia tidak berani bersuara lagi sebab dia tahu apa yang dilakukan oleh Xielan itu ada benarnya juga. Dia cuma tidak sangka yang lelaki muda berwajah comot kerana tanah lumpur yang kering sehingga menyembunyikan wajahnya itu boleh bertindak sekejam itu.
That why never judge people by their look or cover!.
Buat dia tidak berani menegur lagi apabila melihat mata Xielan yang bersinar seperti teruja membunuh zombie itu. Malah seperti zombie yang menakutkan itu ialah patung dengan caranya memukul zombie itu sehingga kepala mereka terpisah dari tubuh.
"Kita kena tutup pintu masuk zombie itu supaya zombie lain tak dapat masuk ke sini". Kata Xielan sambil melangkah berhati-hati ke tempat ruang rak medical. Tempat pintu bilik staf berada iaitu laluan zombie masuk ke sini.
Sudah 20 zombie berjaya masuk ke ruang kedai ini tolak 2 yang berjaya dihapuskan olehnya tadi. Dia harus menutup pintu itu jika tidak mereka akan mati semua di dalam ini sebelum masa 30 minit tamat.
"Argghhh!!! Tolong! Sakit!"
"Fu*k!!! Tepilah! Jangan bersembunyi ditempat saya!"
Weixin mengejar Xielan dibelakangnya setelah menimbang baik buruk berada bersama Xielan. Namun dia tidak boleh melayan sangat takutnya kat Xielan, jadi dia beranikan dirinya untuk tetap berada dekat Xielan.
Dia semakin panik apabila melihat semakin banyak yang diserang oleh zombie dan sedang menyelamatkan diri mereka dari diserang oleh zombie dengam senjata masing-masing yang diambil dari kedai ini juga. Siap ada yang menggunakan kerusi sebagai senjata mereka.
Memandangkan ini ialah mini market dan bergabung dengan shopping mall jadi hanya ada makanan dan pakaian. Peralatan tajam pula bukan diruang ini. Jika satu ruang pasti mereka tidak terlalu miskin dengan senjata.
Semua mereka masih baru bertemu jadi tiada kerjasama antara mereka.
Xielan tidak dapat meminta tolong dengan mereka untuk menutup pintu itu kerana yang lain semua sibuk menyelamatkan diri dari zombie yang begity agresif menyerang mereka. Siap bekejaran lagi di dalam mall ini. Mujur zombie ini semua masih berjalan kaku seperti robot, hanya tenaga mereka sahaja yang kuat dan menakutkan. Jika tidak yang berkejaran itu pasti sudah lama tertangkap dan dimakan.
Kalau ada yang didekatnya pun belum pasti mereka ingin menolong. Semua bersembunyi dibawah meja.
Grrrr....
Grrrrr...!
Zombie menyerang Xielan ketika dia baru mahu menutup pintu bilik staf itu. Dia langsung tidak menyangka ada zombie yang menunggu dibalik pintu itu.
"Xie gege!" Jerit Weixin panik apabila melihat Xielan berguling dengan zombie itu dilantai.
"Tahan pintu itu!" Arah Xielan sambil mengelak dari zombie itu menggigitnya.
Dia menolak kepala zombie itu dari mahu menyentuh lehernya.
Hissshhhh!!!!..
Grrrr....!!!!
Berguling terus Xielan sekali lagi demi mengelak kuku zombie itu dari mencakarnya.
Bang!!
Pap!!!.
Dia menendang zombie itu dengan lututnya dan menyiku kepalanya pada masa yang sama. Zombie itu terpisah terus dari tubuh Xielan.
Pam!!
Weixin memukul kepala zombie itu membuatkan dia mengubah sasarannya kepada Weixin.
Hisssh!!!!....
Zombie itu melompat menerkam Weixin.
"Ahhh!!!" Jerit Weixin dan berlari dari tempatnya berdiri.
Krak!. Jaketnya koyak dicakar oleh kuku zombie itu.
Xielan cepat-cepat bangun dan menerajang pinggang zombie itu dan pada masa yang sama melibas besinya ke arah kepala zombie itu.
Baaam!!!.
Zombie itu terbuang terus dirak.
"Ah!!!" Jerit wanita yang bersembunyi dibawah meja dekat rak tempat zombie itu terbuang.
"Weixin! Tahan pintu itu dulu!" Arahnya lagi kepada Weixin yang menggigil terduduk diatas lantai dan bersandar dengan dinding.
Dia berlari menghalang zombie itu dari menerkam wanita yang bersembunyi di bawah meja itu.
Pas!!
Pas!!
Pas!!!
Dia memukul leher zombie itu sehingga darah terpercik merata.
"Ah!!! Ah!!! Darah!!" Jerit wanita dibawah meja itu. Bengang pula Xielan.
"Diamlah! Kau nak aku biarkan zombie ni serang engkau?!!" Marah Xielan.
Terus wanita itu cepat-cepat menekup mulutnya dengan tangannya. Mata memandang marah ke arah Xielan. Namun takut untuk membuka mulut apalagi apabila melihat cara Xielan memukul leher zombie itu sehingga zombie itu tidak dapat bergerak mahupun berdiri.
"Xie gege! Ada zombie lagi nak ke sini!" Suara ketakutan Weixin kedengaran di pintu staf. Dia sedang menarik tombol pintu dengan sekuat hatinya.
"Fu*k!!!" Dia mempercepatkan memutuskan kepala zombie didepannya itu.
Aku tak pernah tahu zombie pandai tarik pintu! Selama ini aku tahu mereka main langgar sahaja didepan mereka! Bullshit author diluar sana yang bagi aku maklumat palsu!!!.
Marah hati Xielan. Dia lupa yang dia sendiri ialah penulis yang suka hasilkan karya bergenre horror terutama zombie.....
"Weeeeekkk!!!" Termuntah wanita itu apabila kepala zombie itu terputus dan terguling ke arahnya.
Hisss...!!!
Dan boleh pula mulut zombie itu mengeluarkan suara desisannya. Kau ingat kau ular?.
Xielan memandang wanita itu dengan hati jengkel sebelum menendang kepala itu jauh dan berlari pula ke arah Weixin yang sedang bermain tarik pintu dengan zombie diluar.
"..."
Xielan masih tidak boleh terima kenyataan yang zombie pandai tarik pintu.....
*****
Author: kes tak tahu nak bagi title untuk chapterlah tu....🤣