webnovel

The Male Lead Lover Is The Villain Big Boss

Dunia akhir zaman Penuh dengan onak duri Pengkhianatan berada dimana-mana tidak kira kepada siapa dan siapa yang melakukannya. Cinta yang diagungkan turut punah disebabkannya.... Jing Xielan ialah seorang introvret yang berada ditahap teruk iaitu tidak bergaul dan hanya berkurung di dalam biliknya dan mempunyai cita-cita menjadi penulis yang dikenali. Dia bermula dengan menjadi penulis yang dikecam oleh pembacanya dan hinggalah ketika usia 20 tahun dia berjaya mendapat tempat dalam pertandingan menulis. Semasa dalam perjalanan menerima anugerahnya sebagai penulis terbaik dia telah tersadung dengan batu ditepi jalan dan terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh Mr Lori. Apabila dia sedar dari pengsan dia telah transmigration di dunia apocalypse. Zombie. Tidak mewarisi ingatan tubuh yang didiaminya kini buat dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dan juga identitinya. Apalagi dia kononnya telah mencederakan seorang general yang telah menyebabkan dia menjadi pelarian? Dan bersembunyi dari pihak tentera.... Kehidupan introvretnya terpaksa dihentikan juga apabila semasa dalam usaha menyelamatkan diri dia telah diselamatkan oleh pasukan 'pelarian'. Mereka yang diselamatkan itu langsung tidak menyangka yang mereka telah mengikut sebuah organisasi yang berbahaya di dunia apocalypse itu. Disebabkan tidak mewarisi ingatan pemilik tubuh asal 'Xielan', dia tidak tahu yang dia sekarang berada di dalam dunia novel.... * Note: 1. This is BL.

Ghost_Sinker · Action
Not enough ratings
7 Chs

7

"Cielan, apa baby buat tu?" Kedengaran suara wanita muda menyoal budak lelaki yang sedang tunduk ditaman memerhati sesuatu tanpa bergerak.

"Mama. Ada anjing comel. Kesian dia sakit" . Kata budak lelaki berwajah comel itu sambil memalingkan wajahnya ke arah wanita cantik itu.

"Yeah? Mana?" Soalnya ingin tahu. Sebab dia tak pernah nampak anak lelakinya itu menyukai sesuatu sejak dah mula tahu berjalan dan bercakap.

"Tu...". Dia menunding jari kecilnya ke arah baby anjing yang terbaring kaku di depannya.

Berubah terus wajah wanita itu.

"Cielan apa kamu buat kat baby anjing tu?" Soalnya sambil memandang anak lelakinya itu dengan pandangan risau.

"Cekik dia? Sebab dia kesakitan mama. Dari dia terseksa lebih baik Cielan bantu dia hentikan kesakitan dia...."

Sejak kejadian di taman itu mama dan papa membawa dia berjumpa dengan doktor setiap seminggu sekali.

Dia menyangka itu perkara normal namun setelah usianya mencapai 8 tahun dia terdengar perbualan bibik-bibik di Mansion yang takut mendekatinya. Mereka menggelar dia 'monster' dibelakangnya.

Dia juga turut mendapat tahu dari perbualan doktor yang merawatnya serta mama dan papa setelah selesai bertemu dengan doktor. Dia diarah menunggu mereka diluar namun dia ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka.

Dia terdengar dari apa yang dikatakan oleh doktor yang dia bukan anak yang normal. Cara pemikirannya abnormàl yang kemungkinan akan membawa bahaya kepada orang sekelilingnya....

Sejak itu dia tidak mahu lagi bergaul dengan orang.

Tidak mahu bersama dengan mama dan papa kerana takut dia akan melukai mereka.

Dia berubah menjadi introvret yang hanya menghabiskan masa di dalam bilik dengan menghasilkan novel dan membaca buku.

Kadang dia merasa dia tidakpun abnormal? Dia sama saja seperti orang lain?.

"Tuan muda...tolong lepaskan kami...."

"Maafkan kami tuan muda. Tolong jangan bunuh kami....."

Suatu hari dia sakit sehingga pengsan. Namun apabila dia sedar dari pengsannya dia dikejutkan dengan keadaan mansion yang berlumuran darah.

Dia juga terbaring dilantai ruang tamu.

Di depannya ialah tubuh kaku pekerja mansion mereka. Mereka ialah bibik yang berbual mengenainya dibelakangnya.

Dia memandang pula ke arah bibik lain yang terikat ditiang. Muka mereka pucat dan ketakutan memandang ke arahnya dan merayu-rayu kepadanya agar mereka dimaafkan dan dilepaskan?.

Tapi kenapa pula?

Dia ada buat sesuatukah sehingga mereka begitu takut dengannya?

Dan darah-darah ini.....diakah yang buat?....

"Mama....papa...Cielan anak yang normalkan? Kenapa semua orang takut kat Cielan?"

Dia menyoal kedua ibubapanya beberapa bulan setelah kejadian berdarah itu berlaku.

Dia nampak wajah mama pucat dan tidak berani memandang matanya. Dia dapat merasa hatinya dingin terus.

Dia memandang pula papa yang serba salah melihatnya.

"Maafkan kami Cielan"

Hanya itu yang keluar dimulut papa.

Cielan merasa dunianya gelap saat itu.

Mama dan papa juga merasa dia abnormal? Anak tidak normal?

Dia tak perlukan kata 'minta maaf' dia perlukan kepercayaan mereka...

Sejak itu mama dan papa jarang tinggal di rumah. Mereka hanya menyediakan keperluan hariannya sebagai introvret dimansion.

Dia juga belajar dirumah saja.

Meskipun semua apa yang dia mahukan dan apa yang anak bangsawan perlukan diajar kepadanya tidak kira seni pertahanan diri, ilmu dunia dan ilmu international namun namun hanya satu saja yang dia tidak dapat perolehi.

Iaitu kepercayaan....

Dia mahu kepercayaan orang yang dia anak yang normal...

Namun apa yang dia dapat ialah wajah ketakutan semua orang begitu juga cikgunya semua yang memujinya anak genius kerana hanya sekali diajar dia sudah dapat menangkap semua yang diajar mereka namun dibelakangnya mereka semua menggelar dia 'abnormal', monster, genius menakutkan dan.....psikopath? Sociopath?...

Buat dia tertanya-tanya....

Adakah menjadi genius itu adalah menakutkan, membahayakan dan abnormal?.

Salahkah dia mahu menarik perhatian orang sekelilingnya agar menghargai dia dan percaya dia boleh lakukan semua apa yang orang normal boleh lakukan?

Kenapa mereka semakin takutkan dia pula?.

"Xie gege...Xie gege?"

Xielan merasa bahunya digoyang oleh seseorang menyedarkan dia dari tidurnya.

"Urm?" Soalnya. Memandang Weixin dengan muka mamai dan mata masih mengantuk.

"Masa untuk makan". Kata Weixin sambil menyerahkan bagian makanan Xielan.

"Thank" ucapnya.

Weixin mengangguk dan tersenyum lebar.

"Luka Xie gege macam mana?" Soalnya sambil memandang tapak tangan Xielan yang berbalut bandage.

"Okey saja. Jangan risau"

Xielan memandang kawasan sekeliling mereka. Semua orang yang terselamat sedang makan dengan senyap dan tidak berani memandang pasukan Mr Muscle yang semua berwajah serius itu.

Mereka masih ditempat yang sama cuma bukan di dalam shopping mall itulah tapi diluar. Tempat lori yang dinaiki oleh mereka semua diparking.

Dia sungguh tidak menyangka yang dia berjaya bertahan selama 30 minit di dalam mall tadi.

Dia masih teringat saat dia dan Weixin berusaha menutup dan menahan pintu tadi sehinggalah 30 minit habis dan barulah pasukan 'pelarian' datang memberi bantuan kepada mereka semua.

Zombie yang cuba masuk ke dalam mall mengikut pintu bilik staf dalam beberapa minit sahaja dihapuskan oleh mereka.

Namun semua 40 orang newbie yang dibawa ke mall tadi hanya 18 orang yang selamat keluar.

Namun 18 yang keluar itu tidak semua selamat dari virus zombie kerana ada yang tercakar dan digigit zombie semasa bergelut dengam zombie.

Ada 6 orang mereka. 4 wanita berusia atas 20an dan bawah 40an. 2 lelaki dewasa. Merekas berenam diikat dan dikumpul satu tempat iaitu di tepi lori tempat mereka sedang makan sekarang.

Xielan makan sambil melirik ke arah 6 orang yang cedera itu. Wajah mereka pucat dan mata pula memandang ke arah mereka.

"Mereka tak diberi makan?" Soalnya kepada Weixin yang hanya diam dan makan sambil menundukkan kepalanya. Selalunya gadis ini akan banyak bicara namun sejak kejadian di Mall tadi dia hanya diam sahaja.

Weixin menggeleng kepala dengan mata yang bergenang air mata. Tadi semasa Xielan tertidur kerana penat dia ada terdengar perbualan Mr Muscle dan pasukannya yang 6 orang tercedera itu akan dibunuh selepas ini dan hanya membazir jika memberi mereka makan. Sebab itu hanya mereka yang berjaya bertahan tanpa cedera sahaja yang diberi bekal.

Xielan diam terus. Dia memandang makanannya. Ah....dunia akhir zaman.

Dia tak sangka akan terjebak dalam organisasi yang bahaya. Jika dia tahu pasti dia sanggup mengejar lelaki tua itu dari bertemu dengan pasukan pelarian ini.

Pelarian?

Ah...dengan apa yang berlaku di dalam mall tadi dia dah tak boleh menganggap orang-orang dilori besar itu ialah pelarian!.

Benarlah yang dikatakan dalam novel apocalypse itu. Tiada sesiapapun yang boleh dipercayai 100% dalam dunia ini jika ingin terus hidup.

"5 minit lagi semua berkumpul disini!"

Kedengaran suara Mr Muscle memberi arahan. Sepertinya dia ialah ketua dalam pasukan itu. Yang lain hanya memandang ke arah mereka seperti mereka ini semut kecil yang dipijak sekali terus mati. Pendek kata memandang rendah kepada mereka.

Xielan cepat-cepat makan. Perasaan lain tolak tepi dulu. Perut itu penting untuk diisi jika kelaparan nanti apa tenaga untuk dia bertahan jika diserang zombie secara tiba-tiba? Dan berada dalam ujian orang-orang ini tanpa amaran?. Memang mampuslah dia waktu itu.

5 minit kemudian Xielan membawa Weixin yang ketakutan itu berbaris di depan Mr Muscle.

Mujur dia cepat sebab yang lain terus ditendang oleh pasukan Mr Muscle yang lain kerana lambat bergerak.

Ngilu terus Xielan apabila dia seperti terdengar tulang patah.

Selamba sahaja mereka menendang namun sudah membuat lelaki itu mahu muntah darah.

Yang wanita dan lelaki lain pula berlarian terus ke arah dia dan Weixin. Wajah mereka pucat semua.

Takutkan Mr Muscle dan takut ditendang oleh pasukan berbadan tegap itu yang menendang seperti mereka bola sepak.

Sungguh kejam. Tapi salah sendiri juga kenapa nak tunjuk perasaan dengan lambat-lambat bergerak? Kan dah kena tendang. Bisik hati Xielan.

"Kamu semua pasti sudah tahukan apa yang berlaku di Mall tadi dan apa yang akan bakal kamu hadapi dimasa depan sepanjang perjalanan kita ke Pangkalan Hitam?"

Kata Mr Muscle sambil mata merenung ke12 orang baru yang terselamat dalam ujian pertama tadi.

Matanya berhenti sebentar apabila memandang ke arah Xielan yang berwajah comot itu. Wajah kosong itu turut fokus memandangnya.

Dia memandang pula yang lain.

"Kamu semua pasti tahu di dunia apocalypse sekarang hanya yang kuat akan hidup dan yang lemah akan menjadi makanan zombie?"

Hanya Xielan yang mengangguk kepala. Yang lain pula diam menundukkan kepala memandang tanah. Semua tidak berani mengangkat kepala memandang Mr Muscle yang mereka rasa lebih menakutkan daripada zombie!.

"Sebelum itu saya akan perkenalkan diri saya. Saya ialah Mr Muscle. Code 0001. Ketua pasukan Black Eagle. Kami diberi tugas untuk mencari pasukan elite untuk Pangkalan Hitam. Kamu ialah beberapa orang yang diselamatkan oleh kami dan akan automatik mengikuti ujian yang akan kami laksanakan secara mendadak sepanjang perjalanan pulang ke Pangkalan Hitam. Hanya yang berjaya bertahan tanpa cedera disebabkan oleh virus Zombie sahaja akan berpeluang masuk ke Pangkalan Hitam!"

Mereka menggunakan code untuk nama mereka? Nampaknya tanpa sedar aku dah keluar dari kandang harimau masuk ke lubang buaya!. Buat aku nak check pula level 'luck' aku kat sini? Aku ni tak ada Golden Finger kah? Watak lain yang transmigration kat dunia lain boleh pula ada Golden Finger?!.

"Sekarang kita akan ke destinasi yang seterusnya. Sebelum kamu semua akan naik ke dalam lori saya nak kamu semua tengok 6 orang yang cedera itu"

Xielan dan yang lain memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Mr Muscle.

"Beritahu saya apa yang akan berlaku kepada mereka setelah dicederakan oleh zombie dan dijangkiti virus zombie?" Soalnya.

Mereka semua diam. Semua tidak mahu membuka mulut dan memberi jawapan. Dan masing-masing mengharap yang lain menjawab dahulu. Sebab semua pasti sudah tahu jawapan untuk soalan Mr Muscle itu. Termasuk Xielan dan Weixin yang diam tidak membuka mulut.

"Jawab. Atau kamu akan saya tinggalkan disini!" Tengking Mr Muscle dan matanya boleh pula memandang ke arah Xielan. Berpeluh terus Xielan.

"...Mereka akan bertukar menjadi zombie"

"Yeah. Jadi apa yang harus kamu lakukan ketika orang bersama kamu tercedera dan terjangkit oleh virus zombie?"

Matanya memandang pula ke arah Weixin dan yang lain. Lega Xielan yang Mr Muscle tidak memberi tumpuannya ke arahnya lagi setelah dia menjawab tadi. Itupun setelah direnung arh...ah....

"...tinggalkan mereka?"

"Jauhi mereka...?"

"Hapuskan mereka?....". Ini pula jawapan Weixin. Memandangkan dia nampak apa yang dilakukan oleh Xielan di Mall tadi buat dia mahu memberi jawapan itu.

Mr Muscle mengangguk ketika Weixin memberi jawapannya.

"Ya betul. Hapuskan mereka. Jadi saya nak ada yang volunteer diantara kamu ambil senjata ini dan tembak mereka sebelum mereka berubah menjadi zombie"

Pap...

Pistol dibaling ke tanah depan mereka.

Pucat terus wajah mereka semua.

Fu*k!! Berani kau buang pistol itu dekat kaki aku! Kalau meletup kau ingat kau yang tanggung?!!!

"3 minit. Jika tiada yang volunteer kamu yang akan ditembak"

M16 diarah ke arah mereka semua oleh Black Eagle yang lain. Wajah mereka serius sekali.

"Mereka itu bukan zombie. Itu sudah dalam kategori membunuh!" Kata wanita yang seingat Xielan ialah wanita yang bersembunyi dibawah meja di Mall tadi.

"Yeah! Kami tidak mahu membunuh orang yang belum berubah menjadi zombie!" Sokong lelaki yang berbaju merah itu pula.

Yanh lain pula tidak bersuara tapi mengangguk kepala sebagai tanda sokongan. Ada yang hanya diam kerana takut namun dari riak wajah mereka boleh teka yang mereka juga menyokong wanita itu.

What a self justice! Ingat kau dah berkata seperti itu korang akan buat Mr Muscle dan Black Eagle yang lain tarik balik M16 mereka yang dihala ke arah kita itu?!.

Mr Muscle hanya diam. Mata memandang jam dipergelangan tangannya.

Weixin memegang tangan Xielan. Xielan memandangnya dengan keluhan.

"Dont worry. Its okey". Katanya pada gadis itu yang berusaha menahannya dari melangkah.

Weixin mengetap giginya dan melepaskan lengan Xielan. Melihat mata yang kosong memandangnya itu buat dia terasa dingin. Dia mahu menahan dan menghalang Xielan dari menjadi volunteer namun dia juga tahu jika tiada yang volunteer mereka semua pula yang akan ditembak. Tersepit terus dia dan hanya mampu memandang Xielan melangkah dan mengambil pistol ditanah itu.

Xielan memeriksa isi peluru pistol itu. Hanya ada 6. Dia memandang Mr Muscle yang memandang ke arahnya.

Semua Black Eagle yang lain turut memandang Xielan dengan pandangan tertarik. Teruja mahu melihat dia yang orang baru ini membunuh 6 orang yang tercedera itu. Buat hati Xielan dingin....mereka seperti manusia yang tidak punya perasaan dan dahagakan darah serta kekerasan...

Apa yang mereka lalui sehingga boleh berubah seperti itu? Melihat pembunuhan seperti sebuah game yang menarik?.

Kalau boleh dia tidak mahu ambil tahu dan lalui benda yang sama mereka lalui sehingga berubah menjadi Machine Killers seperti itu!.

Cukuplah zombie sahaja yang menakutkan kat dunia ini! Jangan tambahkan benda berbahaya dimuks bumi yang dah hancur ini...!