webnovel

SEMPURNAKAH AKU UNTUKMU?

Tengku Zara Arianaa/Zara pernah digelar sebagai "Wanita pujaan hati" kerana paras rupanya, adabnya terhadap orang lebih tua dan juga mudah menarik perhatian ramai lelaki walaupun Zara masih 13 tahun. Murid contoh di sekolah. (13 tahun) Tuan Amirul Mikael/Amirul pula digelar sebagai "Lelaki Idaman" kerana paras rupanya juga.. Tidak kira dimana dia berada, perempuan mesti tertarik akan penampilannya. Adabnya pun OK. Agak mengejutkan juga sebab dia ni jenis yang tak suka bercinta waktu sekolah.. Amat tegas orangnya, tetapi manja dan penyayang (pencinta kucing) and tak pernah fall in love pada seseorang pun kerana kejadian yang pernah berlaku. (14 tahun) --------------------------------- Zara terfikir jika dia telah 'ter'jatuh hati pada Amirul.. tapi dia hanya mendiamkan diri sehingga dia bersuara. Amirul sejak sekian lama memendamkan perasaan terhadap Zara, dia terpaksa meluahkan segalanya.. segala isi hatinya kepada Zara. --------------------------------- Semestinya, mereka berdua meluahkan perasaan yang sama pada akhirnya. Adakah Si Heroin betul-betul meluahkan perasaan yang sama? ataupun perasaan yang menyakitkan hati Si Hero? *Selamat membaca!*❤

qissjwoo · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
45 Chs

Bab 44

"Zara...?" Sapa Kak Yana.

"Congrats !" Ucap Kak A'a. Mereka bertiga berpelukan berpusing-pusing.

"Err...." Kata Akim.

"Biarlah diorang... Sesama saudara apa salahnya.." Aiman menepuk bahu Akim untuk bawa bersabar.

"Entahlah! Apa salahnya! Kalau jealous, pergilah peluk Amirul dengan Aiman" Kata Kak Yana.

"Masa kau orang peluk pusing-pusing nampak macam... Ada yang kurus ada yang..." Kata Akim selamba.

"Hm yeke? Aku rasa berat diorang semua 40 kg camtu jer... mata kau kut yang gemuk sebab tu nampak orang lain gemuk..." Kata Aiman.

"Erm Zara, you jadi tak plan harini?" Tegur Tina.

"Takkan nak cancel.. Mesti jadi, oh semua ni bestie Zara.. Tina dengan Ziana.. Guys, nilah cousin-cousin I yang cantik dan handsome tu!" Kata Zara.

"Hai..." Kata Ziana dan Tina perlahan.

"Jangan malu-malu... Kitorang tak jahat pun.. Just anggap kitorang macam kawan" Pesan Kak A'a.

Tiba-tiba pandangan Aiman bertembung dengan Tina. Ups! Jodoh ke ni?

"Woi Aiman kau menung apa?" Akim mengejutkan lamunan Aiman. Tina terus menoleh kerana malu.

"Ush handsome er mamat tu!!! Sss, aku selama ni tak pernah jatuh cinta woi.. Ini ke perasaan bila orang jatuh cinta? Dibandingkan antara dia dengan Tom Holland.. Dia lagi handsome aaaa!!" Kata Tina dengan meriah didalam hati.

Kak Yana dah tahu apa yang terjadi. Kak A'a, Amirul dan Ziana mula mengesyaki je. Zara dan Akim je tak tahu apa-apa.

"Ya Allah... Canteknya kawan Zara ni adumak dahla pakai tudung shawl.. Cantik pula tu! Perasaan apakah ini !!" Kata Aiman didalam hati. Blushing teruk dua orang ni.

*** (sorry terpaksa skip banyak masa..)

"Mirul awak duduk sebelah saya kan kat dalam Plane nanti?" Kata Zara.

"Ya sayang.. Kenapa?"

"Nasib awak dengan saya... Saya nak cerita banyak benda tau!" Kata Zara.

"Hai... Zara, Ziana mana?" Sapa Ikhwan.

"Hai Ikhwan! Ziana tu.. Dengan Tina dekat sana... Beli coklat and makanan ringan something.. Ni mesti nak tengok crush seat nombor berapa kan?" Zara menyakat.

"Ehehe.. Thanks!" Ikhwan bergegas pergi ke kedai dimana Ziana dan Tina berada.

"Tukan Ikhwan yang buaya tu... Yang gatal tu.. Hahha" Amirul tergelak.

"Haih tak baik gelak.. Dia baik tau sekarang... Lepas jumpa Ziana je, terus jadi charming" Puji Zara.

"Saya handsome tau.." Kata Amirul tiba-tiba.

"Apa kena mengena dengan topik kita? Awak ni macam-macam je.. ada je dia punya tibe tu"

~~~

"Beli apa tu?" Tanya Ikhwan dari belakang.

"Aku beli coklat" Kata Ziana. Dia menoleh kebelakang. Eh Ikhwan?!

"Eh Ikhwan.. Ingatkan siapa tadi sorry!" Kata Ziana.

"Tak ada masalah pun.. Cepatlah saya belanja, beli je apa awak nak" Kata Ikhwan.

"Eh takpe... Membazir pula duit awak nanti.. Saya beli dahla banyak... Nanti habis duit awak macam mana.. Saya juga kena" Ziana menolak.

"Saya ikhlas... Cepatlah... Kali ni je" Ikhwan mendesak..

"Erm thank you tau..." Ziana tersengih manja. Pantas saja tangannya mengambil coklat. haih

Dari jauh Tina sudah tersenyum melihat Ziana dan Ikhwan macam tu..

Tina duduk di sebuah kerusi panjang... Didepannya cermin besar yang dapat melihat kapal terbang lalu-lalu.

"Sampai bila aku nak single ni.. Nak juga merasai macam mana ada boyfriend kan.. hmmm" Tina kekecewaan.

~~~

"Aiman kau duk mana?" Kata Akim.

"Entahlah tengah cari nombor lah ni... Kat sini tulis A16.. Banyak kali aku cari.. Satu takde pun.. Ke aku masuk plane lain ?!" Aiman kerisauan.

"Awak, sini kerusi awak.. A16" Akim menolak perlahan Aiman untuk duduk di kerusi yang bernombor A16.

"Haih buta naw kau ni" Kata Amirul menggelengkan kepalanya.

"Hmm tulisan dia kecik jangan marah abe..." Aiman cool macho..

Aiman gembira kerana dia mendapat seat hujung horey! Cuma takkan tak ada orang duduk sebelah?

"Ergh..." Tina menduduk keletihan..

"Awak duduk kat seat ni ke?" Kata Aiman.

"Haah..." Tina memandang Aiman. Dia boleh ternganga besar sebab duduk di sebelah budak macho dan budak cantek..

"Oh awak rupanya ........" Aiman dah blushing. Untuk mengelakkannya, dia menoleh kearah tempat lain awal-awal.

"Cousin Zara rupanya... Saya Tina tau"

"Saya Aiman.. Umur awak berapa?"

"24, sama dengan Zara... Awak?"

"28... Tapi nampak muda kan? Heheh"

"Mak aih 28... Muka macam ni single ker? Ya Allah Tina apa kau cakap ni?!" Kata Tina didalam hatinya.

"28... memang lah muda, single ke?" Tina terlepas cakap.

"Hah ? Single?!" Kata Akim yang duduk beza 3 tempat dari Tina dan Aiman.

"Allah... Apa bising-bising ni? senyap sikit" Tegur Umi. Uncle Ilham menyambung.

"Orang lain nak tidur tak nyenyak ni" Katanya dalam keadaan mamai dalam tidur.

"Entahlah" Hafiz menepuk dada Akim dengan lemah lembut.

SEPANJANG BERADA DIDALAM PLANE, TINA DAN AIMAN RANCAK BERBUAL.

"Tina, Ziana... Jomlah datang rumah Zara.. Korang tak pernah lagi datang" Pujuk Zara.

"Hm takpelah... I pun tak bagitau mama I lagi," Kata Tina. Ziana bersetuju.

"Alah pergi je... Sebelum pukul 8 balik ya" Kata Mama Tina. Terkejut Tina dibuatnya.

"Eh takpe ke Mama?" Kata Tina

"Takpe... Ingat ya sebelum pukul 8 balik.. Mama bawa balik beg anak Mama je" Katanya.

"Thank you Ma" Tina memeluk Mamanya sweet.

"Thank you Untie" Zara membongkokkan sedikit badannya.

"Ok.. Mama pergi dulu, bye"

"Yeyeyeye" Ucap Tina dengan gembira.

"Mommy-mommy! Boleh tak nak pergi rumah Zara? Dia ajak.. Bolehlah mommy.." Ziana memohon keizinan untuk pergi ke rumah Zara.

"Ya sayang... Pergilah nanti sebelum maghrib balik... Jaga diri!" Kata Mommy Ziana. Ziana memujuk Mommy-nya dengan mudah sekali.

***

"Jemput masuk Cik" Zara membuka pintu rumahnya. Walaupun apartment... Tapi 4 bintang. Cantik!

"Ni ke rumah you punya? You duduk sini?" Kata Tina. Matanya bersinar-sinar melihat rumah kepunyaan Zara.

"Dah kalau namanya Robertson16.. Mestilah rumah pun cantik.." Kata Ziana.

"Nanti I punya cousin yang Kak A'a dengan Kak Yana datang sini tau" Kata Zara.

"Oh ok!"

"I nak masak jap..."

"Nak tolonggg...!" Kata Tina dan Ziana.

DING DONG!

"Eh takpe I bukakkan..." Kata Tina, dia berdiri di belakang pintu sebab dia tak pakai tudung.

"Hai !" Kata Kak A'a dan Kak Yana.

"Hai ! Jemput masuk!" Ucap Tina.

Setelah Kak Yana dan Kak A'a masuk, ada suara menyapa.

"Assalamualaikum.." Suara lelaki ! Ziana dan Tina cemas. Ziana cepat melarikan diri dan memasuki bilik untuk memakai tudung.

"Aaa! Jangan masuk!!" Tina menutup pintu dengan cepat.

"Aduh!" Mesti dahi lelaki tu terhantuk.

"Zara! Kenapa tak cakap lelaki pun datang!!" Cemas Ziana.

"I pun tak tahu... Aiman! Sorry...!" Kata Zara dari dalam. Kedengaran macam Amirul dan Akim sedang kepoh menolong Aiman. HHAHAHAH.

5 minit kemudian, habis berpeluh mereka yang duduk diluar.

Pintu dibuka, Tina dan Ziana berdiri. Mereka bertiga mendongak. Ziana dan Tina terpaksa menahan gelak dengan keadaan mereka.

Aiman sedang terduduk sambil bersandar didinding, dengan dahinya yang bengkak sebab Tina. Akim berpeluh rabak, jaket yang dipakainya diikatkan dipinggang.

Amirul pula mengibas bajunya, kesian budak-budak kat luar ni.

"Sorry..." Kata Tina menundukkan kepalanya. Sebab dialah kepala Aiman bengkak. nampak kesan benjol. HAHAHAH

"Sorry je?" Akim menahan marah.

"Dah dekat 15 minit kitorang duduk luar..." Kata Amirul sambil melihat telefonnya.

Aiman tidak berkata apa-apa. Menahan kesakitan kut.

"Alah, kau ni beralah sikit dengan diorang boleh tak?" Kata Kak Yana bengis.

Tina dengan Ziana kembali masuk ke rumah dan duduk diatas kerusi.

"Kenapa datang tak bagitau? Atleast call lah dulu.." Kata Zara tak puas hati.

"Kau orang tahu kan... Tak elok orang lain tengok lelaki masuk rumah perempuan.." Kata Kak Yana.

"Tahu..." Kata Aiman.

"Ha dahtu? Nak kena ajar lagi ke? Zara ajak Kak Yana dengan Kak A'a jekan?" Kata Zara.

"Saja je.. Takkan tak boleh pula?" Kata Amirul.

"Dahla! Masuk! Kang jiran tengok macam ni lagi lain jadinya" Kata Zara.

Aiman memegang dahinya, cover benjol latu heheh. Mereka duduk. Zara menekan suhu aircon paling tinggi. nak sangat kan?!

"Hahhh......." Udara aircon menampar lembut muka lelaki yang duk luar tadi.

"Ok, kami tahu kami bersalah... Sorry ya adik.. saya maafkan korang... nasib baik cantik" Kata Akim.

"Hm betul tu" Ujar Amirul.

"Sorry..." Akur Aiman.

"Eh jom makan! Zara masak asam pedas, Ziana dengan Tina tolong... Tina masak, Ziana dengan Zara sediakan bahan.. Sedap tau dia masak" Kata Zara.

"Hah? Asam pedas? Eh jom makan!!" Kata Amirul.

***

"Ugh... Sedapnya asam pedas ni... Padu!" Kata Amirul, nak menangis sebab sedap sangat.

"Tina orang Melaka ke?" Kata Akim.

"Haah... Tina belajar dari nenek, ada resipi rahsia yang nenek bagi kat Tina.. sebab tu sedap hehe" Kata Tina, ayu.

"Rasa dia macam Sofia masak en?" Kata Kak Yana.

"Hah? Sofia? Siapa tu?" Kata Tina dan Ziana.

"Oh Sofia tu cousin kitorang juga, erm.. dia tu, Aiman punya" Kata Akim. Mulutnya penuh dengan makanan. Macam setahun tak makan. Aiman tercekik mendengar kata-kata Akim

"Oh... Sofia... Mesti cantikkan orangnya. Dah kalau tu Aiman punya...." Kata Tina

"Apa kau cakap ni Tina!!! Dah dia berpunya kan?!!" Kata hati Tina.

"Eh! Jangan macam tu... Sebenarnya, kitorang shipkan je... Sofia tu dah kahwin dah, tapi still kitorang shipkan dengan Aiman. Memang dari kitorang semua kecik, suka shipkan paham-paham jela..." Kata Amirul ala-ala lembut gitchew.

"Oh....." Kata Tina.

"Saya single lagi" Kata Aiman masih lagi menikmati makanannya.

"Ahhhh single?!" Kata Tina didalam hati. Dia tersenyum sendiri malu....!!

"Untung ah bakal bini Aiman pandai masak asam pedas" Perli Zara.

"Ala malulah" Kata Aiman.

"Dah namanya jodoh, tak kemanalah!" Double kill oleh Ziana.

"Uuu !!" Triple kill oleh semua.

"Okay thank you semua!" Kata Ziana dan Tina.

"Nak balik dah ke?" Kata Aiman.

"Haah... Saya kena balik dah ni.. Takut mama risau" Kata Tina.

"Jomlah dah petang ni... Zara, thank you tau kitorang balik dulu!!" Kata Akim.

"Okay welcome... Bye!"

"Goodnight kiss???" Pinta Amirul.

"Tak ada makna !" Zara menolak Amirul.

"Hahahaha"

SETAHUN SUDAH BERLALU DENGAN PANTAS....

Di Rumah Ziana...

"Ziana ! Turun bawah kejap!" Papa Ziana menyeru namanya..

"Ok Papa!"

"Ziana, malam ni kita dinner dengan kawan Papa... Untuk bincangkan tarikh perkahwinan kamu" Kata Papanya.

"Hah ?! Tarikh perkahwinan? Are you serious Papa!?" Sungguh Ziana tidak sangka dia akan berkahwin.. tapi, dengan sapa erk? tak ingatlah pula.

"Kamu tu dah 25 Ziana, takkan nak jadi anak dara tua?" Kata Mamanya sambil tergelak.

Ziana mengenakan baju berlengan panjang berwarna putih dengan skirt labuh berwarna pink belacan bercorakkan bunga serta tudung shawl yang dihadiahkan oleh Ikhwan.

"Ini anak Mama ke ?" Kata Mama Ziana teruja melihat anaknya yang cantik itu.

"Cantik pun pakai tudung shawl nampak menawan sikit..."

"Ni.... Er... Tudung ni kawan Ziana bagi" Kata Ziana.

~~~

"Ni ke tempat dia Mama ?" Ziana terpegun melihat restoran 5 bintang ala-ala hotel itu.

"Haah.. Papa tempah khas tau" Kata Mama.

"Tan Sri... Sila ikut saya..." Keluar je dari kereta, ada pelayan yang menjemput mereka. Dilayan seperti raja.

"Nanti nak ambik gambar banyak-banyak dekat sini huhu" Tak dapat digambarkan betapa cantiknya restoran 5 bintang ni, bukan 5 bintang! tak terkira bintang dia.

"Woh Alias! Dah lama tak jumpa kau!" Sapa Papa Ziana.

Selepas mereka berkenalan,

"Ni ke anak kau? Cantik, jarang eh nampak anak kau pakai tudung shawl... Hai Ziana!" Ucap kawan karib Papa yang bernama Alias itu.

"Hai uncle!" Sahut Ziana.

"Panggil ayah je... Kamu nak kahwin dah kan dengan anak saya... Oh Wan! haih sinilah! Duduk situ kenapa?" Dato Alias memanggil anaknya.

"Papa, dont call me Wan again" Katanya.

"Ziana, mesti kamu ingatkan? Nilah bakal suami kamu nanti... Ikhwan nama dia.. Ayah suka panggil dia Wan.. heheh" Kata Dato Alias sambil menepuk bahu Ikhwan.

"Hah? Ikhwan?!" Jantung bagaikan mahu tercabut.

"Ziana ?!" Aw !

"Ya Allah... Dia ke mamat yang Papa tunjuk tu! Macam mana aku boleh lupa muka diaaa!" Resah hati Ziana.

"Ikhwan kenal ke Ziana?" Kata Mama Ikhwan.

"Why not Ma ? Dia kawan Ikhwan tau!" Maut cinta menanti Ikhwan HAHAHHA

"Ni erk lelaki yang tunang Ziana tu, Papa?!" Kata Ziana, dia menggoncang bahu Papanya. Kecemasan.

"Ya Allah bawa bersabar.. Ya, nilah tunang kamu" Kata Papa Ziana.

"Hmm jom silakan duduk.. Sampai bila nak berdiri kan?" Kata Mama Ikhwan.

Ziana dan Ikhwan masih tercegat. Ikhwan pergi kearah Ziana.

"Dah namanya jodoh.. Nak buat macam mana kan, sayang ?" Kata Ikhwan lalu membetulkan rambutnya, cair Ziana melihat Ikhwan.

Ikhwan menghulurkan tangannya.

"Dia nak suruh aku pegang tangan dia ke apa mamat ni? hm... dia tunang kau Ziana..." Kata hati Ziana mendapat kepastian.

"Tak de maknanya lah saya nak pegang tangan awak !" Ziana menjeling selamba.

"Siaplah awak lepas kita kahwin nanti" Kata Ikhwan.

"Eee taknaklah.. benda tu takkan terjadi oke!"

***

"A'a... Anak kau yang kedua tu aku mandikan sekali dengan anak aku tau" Kata Kak Yana.

"Tak menyusahkan ke?" Kata Kak A'a

"Takpe! Aku tengah rajin terima kasih" Kak Yana memuji dirinya sendiri hek.

MALAM ITU,

"Ya Allah penatnya harini" Zara bersandar di kerusi kereta miliknya.

Pintu keretanya terbuka sendiri...

"Awak.. Jom keluar" Kata Amirul.

"Ok..."

Dia masuk kedalam rumah.

"Happy Birthday Zara and Amirul!!" Ucap semua.

Ramainya yang ada, Ziana dan Tina wajib bersama.

"Happy Birthday to you...." Lagu Happy Birthday dimainkan , remix.

"Tu hadiah..." Amirul menunjuk hadiah yang diberikan oleh tetamu.

Banyaknya mak aih.

"Nah potong kek dulu" Kata Amirul.

Zara memegang pisau untuk memotong kek, semasa potong.. seperti ada benda keras didalam kek itu. Ceteknya kek dia.. Padahal tengok baru habis potong setengah jalan ni.

"Kenapa?" Kata Amirul.

"Ada benda keraslah halang, saya tak habis lagi potong" Kata Zara.

"Hm.. Cuba tengok apa dalam tu, mesti baker letak apa-apa ni" Kata Amirul sambil melihat kek itu.

"Ok..."

Setelah mengalihkan kek itu dan diletakkan dalam pinggan, dia melihat ada kotak Habib. Bersaiz sederhana.

"Hm ? Mana datang Habib ni?" Kata Zara.

Dia membuka kotak tersebut, ada cincin dan kertas yang dilipat kecik. Zara terkejut melihatnya. Dia membuka kertas tersebut.

"Will you be my lifelong companian?" Kata Amirul.

Untie Iman tersenyum lebar. Ziana dan Tina dah kecoh... Kak Yana & Kak A'a senyum sinis. Semualah terkejut.

Air mata membasahi pipi.

"Yes !"