45 Bab 45 : last

Majlis Pertunangan dan Resepsi Amirul dan Zara berjalan lancar. Alhamdulillah...

"Amirul... Awak kat mana?" Zara mencari kelibat Amirul didalam rumahnya. Mana dia ni.. Satu rumah takde.

Zara membuka langsir dibiliknya. Ah cantik sangat bulan purnama ni.

Dia melihat kebawah, kelihatan Amirul bersama seorang kanak-kanak lelaki yang chubby lingkungan usia macam darjah satu.. Eee chubby-nya awak !

"Zara... Tengok apa tu ?" Tanya Tina yang baru memasuki biliknya.

"Eh Tina, tengok tu" Kata Zara.

"Wo tembamnya pipi ! Nak gigit !!" Geram Tina.

"Eh jom turun" Kata Zara.

"Taknak ! Tadi I baru je kena sakat dengan pakcik-pakcik you tau! Diorang kata bila I dengan Aiman tu nak dapat baby lah... Macam mana malam pertama.. Eee ada-ada je.. Malu tau!" Kata Tina.

"Ew"

"Takpe... Diorang memang centu!" Zara menarik Tina. Sabar jelah Tina.. Tu dugaan 😂.

"Awak ikut saya cepat !" Turun je bawah, Tina diculik oleh Aiman. Ha nak buat apa tuha culik-culik kawan orang!!

"Awak..." Zara berbisik kepada Amirul.

"Ya, sayang?"

"Awak buat apa dengan budak tu?"

"Tadi, dia terjatuh.. pastu nangis... Then, saya pujuk dia, bagi dia gula-gula... Sweet kan?"

"Haah.. Sweeeeeet sangat !"

"Alah alah bakal pengantin ni !" Terjah Untie Damia.

"Eh Mommy, dah lama kat sini ke ?"

"Tak.. Baru je.. Mommy ingat Amirul main dengan anak korang.. Tu yang Mommy cepat-cepat datang.." Kata Untie Damia tersengih.

"Gulp..." Zara menelan air liurnya.

"Eh Ma ni.. Kahwin pun tak lagi..." Amirul terkejut dengan sikap Untie Damia.

"Habis tu.. Nak tunggu kahwin ke baru boleh dapatkan anak ?" Kata Untie Damia. Dia berlari anak untuk pergi dari situ.

"Er.... Sayang, jangan dengarlah cakap Mommy tu... Dia memang macam tu.. pelik sikit"

"Saya tahu.. Mama saya pun macam tu ada-ada je lepas kita tunang"

"Tapi.. betul ke kita nak ada anak ?"

"Ya Allah ! Kenapa jauh sangat fikiran dia ni! Cmon positif sikit Amirul !!" Kata hati Zara.

"Ish awak ni positif lah!"

"Hm... Malam ni kita tidur kat bilik saya eh?"

"Hm yelah..."

"Zara, kitorang balik dulu.. yea? Aiman kata dia dah ngantuk" Kata Tina sambil menjegilkan matanya kearah Aiman.

"Cam pelik jer..." Kata Amirul.

"Goodluck.. Aiman tu dia ngada sikit," Kata Zara. Dia senyum sinis tanda goodluck.

"Fuh Aiman, goodluck eah... Malam ni kau kena jadi lelaki sejati tunjukkan kehebatan kau dalam hal-hal ni" Amirul memberikan semangat. Bertuah betul.

"Thank you, bro..." Mereka bertepuk tangan dan berlaga punggung.

"Ok byee!" Ucap Tina.

"Zara... Ziana balik dulu ya? Thank you.. Goodluck malam ni tau Abang Mirul" Kata Ziana. Ikhwan datang lalu tangan sebelahnya memegang pinggang Ziana.

"Awak jangan goodluck sangat, tak ingat ke apa saya kata sebelum kahwin? Siap awak malam ni" Kata Ikhwan.

Setelah ramai tetamu yang hadir pulang kerumah, Amirul dan Zara naik keatas.

"hm... Awak mandi dululah" Kata Zara.

"Lah... Baru ingat nak mandi sama-sama... Bath up ada tau!" Kata Amirul sambil mengusha bilik air.

"Ah takde maknanya! Pi mandi"

Beberapa minit kemudian,

"Awak tengok apa ?" Kata Amirul.

"Tengoklah cerita ni !"

"Backstreet Rookie? Saya dah tengok lama..." Amirul baring diatas katil.

"Tengoklah Dae-Hyun dengan Ji-Wook ni handsome tau !"

"Sampai hati awak kata saya ni tak handsome"

"Takkan saya nak kata awak tak handsome! Awak paling handsome tau kat dunia ni!"

"Hm shaye tahu !"

2 BULAN BERLALU...

Alhamdulillah... Hari yang Amirul berdiri segak dalam pakaian pengantin, memenuhi hajat Mama dan Papanya yang nak tengok anak lelaki tunggal dia ni bersanding. Tak ada apa yang lebih membahagiakan Amirul dari saat ini.

"Love is the union of two good forgivers" Kata Amirul bersendirian. Amirul pun tersenyum sendiri.

"Lebar betul senyuman kau!" Hafiz yang berdiri disebelah mengipas Amirul, berdeham.

"Relakslah bro... dah nak end ni. Bagi aku chance rasa macam king "

"Kenapa aku kena kipaskan kau erk? Aku lagi tua tau dari kau..." Kata Hafiz.

"Haih kau kan tak kahwin lagi tulah.. Orang suh cari bini kau taknak.. Kata DIRIKU SUSAH DIMILIKI ORANG konon !" Amirul menjeling kearah Hafiz, kan dah kena.

Selesai majlis bersanding, makan beradap dan sesi bergambar dengan saudara-mara, barulah Amirul ada ruang duduk bersembang dengan Hafiz, Akim dan Aiman yang dijemput khas.

Zara mengambil tempat berbual dengan sahabat baiknya, Tina dan Ziana serta Kak A'a dan Kak Yana. Pergi jelah kutub utara pun, Kak A'a dan Kak Yana mesti ada.

Amirul melihat Akim sedang fokus melihat ketempat lain.

"Apa kau tengok tu, Akim ?" Kata Amirul.

"Erm tak... Pelik lah aku tengok Zara tu"

"Hm? Apa yang pelik?" Kata Hafiz dan Aiman.

"Yang kau macam scan bini aku tu asal ?" Kata Amirul sambil mencuit kaki Akim.

"Eh haahlah....." Aiman terkejut.

"Ye weyhh !"

"Apa yang lain ?!" Kata Amirul, mereka semua tengok dari atas sampai kebawah.

"Perut Zara.. Asal nampak buncit? Patutlah aku tengok dari tadi dia duk cover bunga tu kat perut dia tu...." Kata Aiman.

"Dia makan banyak ke?" Kata Hafiz.

"Taklah..." Amirul memanjangkan penafian.

"Ada baby dalam perut dia tu" Kata Untie Iman. Disebelahnya, Untie Damia. Hujung sikit, nampak Uncle Ilham dan besannya, Encik Fairul rancak berbual dengan tetamu.

"Hah ?!" Akim mahu maut didengarnya.

Aiman terkejut bagai malaikat maut datang menjemputnya. Hafiz mengangakan mulutnya. Semua terkejut benor.

Dalam masa yang sama, Akim, Hafiz, Amirul, Aiman, Untie Damia dan Untie Iman dengar jeritan Tina, Ziana, Kak A'a dan Kak Yana berkumandang. Mereka menoleh kekanan dan nampak mereka menggeletar bersama wajah nak menangis sekali gus teruja.

Hahaha... Amirul yakin, Zara baru lepas beritahu mereka tentang kehamilannya kerana Zara kelihatan malu-malu kucing.

"Ush kau seriouslah Mirul? Tina pun tak bagitahu aku lagi... Pregnant test pun aku cari satu rumah takder.. Mana tahu dia sorokkan ke..." Kata Aiman.

"Aku dengan Aiman kahwin lagi awal kau tahu tak? Fuih..." Kata Akim. Reaksi mereka bertiga bak nak mati. Amirul mengangkat bahu, cebik muka dengan gaya sengaja dibuat angkuh.

"Kau hal-hal ni memang lagi power erk dari kitorang... Gellojoh!" Kata Hafiz.

"Elleh budak tak kahwin ni !" Akim menyakat.

"Dapat isteri hot.. Takkan nak tunggu kut? Benda tu wajib.. Bukan gelojoh ya abang" Kata Amirul, menyengetkan senyumannya.

Siapa tak bangga bila berjaya buat isteri pregnant kat pelamin hoho.

~TAMAT~

avataravatar