Kesedaran Song Shuhang akhirnya kembali ke dalam tubuhnya dan ketika dia membuka matanya, dia mendapati Yu Jiaojiao sedang menggunakan kukunya untuk menyentuh muka Shuhang. Kelihatannya, Yu Jiaojiao tidak memotong kukunya, jadi kukunya itu sangat tajam.
Song Shuhang telah berlatih <Tubuh Kebal Cendekiawan Buddha> hanya pada tahap permulaan sahaja dan kulit wajahnya belum tebal lagi. Oleh itu, dia rasa sakit bila Jiaojiao menyentuh mukanya menggunakan kuku.
"Jiaojiao, janganlah usik muka saya guna kuku awak, sakitlah!" kata Song Shuhang dengan tergesa-gesa.
"Ahaha, akhirnya, awak telah sedar," kata Yu Jiaojiao sambil tersenyum.
Di satu sisi, Enam Belas Dari Puak Su sedang bersandar di dinding dan memegang Pedang Meteor milik Putih Yang Mulia di tangannya, nampaknya sedang mempelajari sesuatu.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com