Lu Tingxiao tergamam dengan rasa bahagia yang tiba-tiba muncul dalam dirinya.
Ning Xi tak menghiraukan rasa malu dan menggesa Lu Tingxiao, "Cepatlah! Si Cilik tengah tunggu kita!"
Lu Tingxiao mendukung Ning Xi dengan penuh hati-hati.
Ia merupakan keputusan yang tepat. Walaupun Lu Tingxiao tak pantas, kakinya lebih panjang jadi langkahnya pun lebih laju berbanding Ning Xi.
Di situ tak ada ramai orang, sebab itulah Ning Xi bersikap selamba.
Ning Xi melihat sekeliling dan nampak pintu masuk ke kelas.
Ning Xi dan Lu Tingxiao nampak ada seorang budak lelaki dan seorang guru sedang berdiri di depan pintu kelas itu. Mereka nampak seakan-akan sedang bertengkar.
Cikgu itu berumur sekitar 20 tahun dan dia sedang memarahi budak lelaki itu, "Sun Zhuangzhuang! Kenapa kamu kunci pintu tu?! Lu Qingyu masih ada dekat dalam kan!"
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com