webnovel

Anak Saya Kacaklah!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Jangan bertindak melulu."

"Taklah! Lu Tingxiao, saya akan buat dia merayu dan minta maaf walaupun saya tinggal sebelah kaki je!"

Lu Tingxiao mengeluh. Dia perlu berhati-hati walaupun ia cuma aktiviti bersama ibu bapa di sekolah. Kalau dia tak tahan Ning Xi, Ning Xi akan bertindak seolah-olah seekor kuda liar yang tak boleh dikawal…

Budak lelaki itu dan ayahnya berlalu pergi dan meninggalkan cikgu itu yang menangis sendirian.

"Cikgu okey ke?" Ning Xi mendekati cikgu itu dan menghulurkan tisu. Rasa marah jelas terpancar di matanya.

"Ah, ibu bapa Lu Qingyu, kan? Dia tengah tunggu tu! Saya okey je. Puan nampak ke semua tu tadi?"

Cikgu itu risau Ning Xi dan Lu Tingxiao akan ada pandangan yang buruk tentang sekolah itu, jadi dia segera menjelaskan, "Tak payah pedulikan mereka tadi tu. Mereka tu je kes istimewa. Kebanyakan ibu bapa di sekolah kami ni baik-baik belaka!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com