webnovel

Lukisan Cinta Kita

I dont know how to write synopsis?. So just read it okey? Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru iaitu Lyrine yang dicabar oleh rakannya untuk membuat pelajar lelaki senior mereka yang merupakan seorang ketua samseng, yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang menyerang pelajar sekolah mereka. Ketika menyahut cabara rakannya, Lyrine tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta pandang pertama kepada pelajar samseng itu setelah menatap matanya yang begitu tajam. Menusuk terus ke lubuk hatinya. Dia sering tertanya. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Jaha yang penampilan dahlah selekeh. Kemas lagi rasanya pengemis tepi jalan!. Rambut panjang hampir sama panjang dengan rambutnya...tsk...tsk...what a weird taste Lyrine Jaha pula ialah seorang pelajar samseng yang hebat dalam seni pertahanan diri. Yatim piatu dan tinggal sendiri. Dia amat panas baran, mudah marah dan kaki tumbuk. Dia tidak pernah peduli sama ada orang yang dibelasahnya itu tua, budak atau perempuan. Baginya semua itu sama sahaja. Hidupnya berjalan egitu lancar dengan melakukan benda yang sama sahaja selama beberapa tahun ini, namun berubah dengan kehadiran gadis comel yang begitu obses sekali memgekorinya dan mengintipnya... Namun yang dia hairan. Walau semarah manapun dia dengan pelajar baru yang mengaku jatuh cinta pandang pertama dengannya itu, dia tidak sampai hati untuk memukulnya. Cukup sekadar menengking... ( Perhatian: Cerita ini ada angst yang akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang dalam hidup watak utama)

Ghost_Sinker · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
21 Chs

Chapter 6

"Kenapa lambat datang?!" Cikgu Musa. Guru disiplin SMK Seri. Bermisai. Berjanggut tapi tak panjang sangat. Tangan memegang rotan, menyoal Lyrine yang datang tercungap-cungap dengan basikalnya.

"Pagi Cikgu. Minta Maaf. Tayar basikal saya pancit tadi di tengah jalan" Lyrine cepat-cepat meminta maaf. Sebab memang tayar basikalnya buat hal semasa dia mengayuh ke sekolah ah!. Habis tercungap-cungap dia menyorong basikalnya ke sini tadi.

"Tayar pancit macam tengah tunggang motor! Alasan tak boleh pakai! Tulis nama. Pergi pungut sampah kat padang sekolah dengan pelajar lain yang datang lambat macam kamu!"

Termenguh terus Lyrine. Alasan tak boleh diterima? Biar betul?! Dia dah jujur kot?.

"Baiklah cikgu" Namun sebagai pelajar yang hormatkan cikgu dan takut kat guru disiplin berjanggut yang memegang rotan itu dia cepat-cepat meletakkan basikalnya ditepi dan ditongkat. Selepas itu dia beratur menulis nama di buku catatan yang berada ditangan pengawas yang bertugas berdiri di dekat pagar masuk sekolah bersama Cikgu Musa.

Ini ialah pertama kali namanya akan direkod dalam buku disiplin. Adakah ini karma sebab dia ponteng kelmarin?.

"Tulis nama kamu dan kelas" Kata Pengawas itu dengan muka tegasnya. Sungguh berdedikasi dengan tugasnya sebagai pengawas. Buat Lyrine teringat pengawas di sekolah lamanya yang nama saja pengawas tetapi kerja menjadi ketua pelajar lain membuat hal disekolah. 😒

Lyrine menulis nama dan kelasnya dibuku rekod disiplin itu. Setelah itu dia mengambil basikalnya yang tayar masih pancit ke tempat basikal diletak. Banyak basikal berderet disitu. Motor pula ada disebelah. Bahagian parking itu ialah khas untuk para pelajar agar tidak menyemakkan kawasan sekolah dan merebut tempat parking kereta para guru.

"Ai basikal. Buat hal kau ni harikan?! Tak tentu pasal nama aku yang cantik tu ada tersenarai kat dalam buku disiplin. Dahlah tiga kali ditulis nama terus ibubapa kena panggil. Dei..masalah betul" Rungutnya sendiri sebelum melangkah ke padang sekolah. Menyertai pelajar lain yang datang lambat seperti dia memungut sampah. Jangam tanya dia kenapa mereka disuruh memungut sampah di padang. Sebab dari pengalaman dia kawasan padang bukan bersihkah?.

Namun ketika dia sampai dia terus terdiam tak mampu mengeluarkan sepatah perkataan pun.

My God! Mangkuk siapa yang membuang sampah merata tempat ni?! Hampir nak buta mata aku!.

"Banyak betul sampah hari ni" Keluh pelajar lain.

"Kelmarin bukan dah bersihkah? Kenapa tiba-tiba banyak hari ni?" Hairan pelajar yang lain. Sebab mereka juga pelajar yang datang lewat kelmarin. Jadi mereka memang tersenarai pelajar yang memungut sampah kelmarin dan hari ini juga.

"Pelajar nakal sekolah lain buang sampah kat kawasan sekolah kita malam tadi mungkin" Kata pelajar lelaki. Benda ini memang dah selalu berlaku dah. Nampaknya dia perlu bagitahu Jaha, agar mereka cepat-cepat handle pelajar yang buat hal serang sekolah mereka ni!.

"Tak habis-habis lagi mereka cari pasal kat sekolah kita? Bukan Jaha dah belasah diorangkah?" Sampuk pelajar lelaki lain. Ada tidak puas hati disuaranya. Banyak kot sampah dibuang kat padang sekolah ni. Ingat mereka ni datang ke sekolah nak jadi pemungut sampahkah?. Kalau iyapun mereka pemungut sampah, ingat baguskah buang sampah merata tempat dah tu menyusahkan pekerja yang membersih sekolah?!.

"Mungkin mereka belum puas hati lagi sebab kalah hari tu. Polis masuk campur katakan. Apalah mereka masih tak puas hati"

"Mungkin masuk ICU baru puas kot diorang tu"

"Aku memang akan ikut Jaha time dia nak handle mereka tu!"

"Aku juga. Kalau boleh aku nak sumbat sampah kat mulut diorang nanti!" Semangat betul pelajar lelaki itu berkata siap mengemekkan tin bekas minuman ditangannya. Terbayang itu ialah si pembuang sampah.

Lyrine memungut sampah bersama pelajar perempuan yang lain sambil telinga begitu fokus sekali mendengar apa yang pelajar lelaki itu tengah bualkan. Telinga lintah betul dia.

Wow. Tak sangka kuat betul pengaruh Jaha ye. Bisik hatinya.

Cis. Kalau bukan disebabkan tayar basikal aku buat hal. Memang aku dah dapat tengok Jaha tadi! Ah...ruginya. Tak ada baterilah pagi ni....

Ada masa aku suka nak update banyak kali. Sebab aku jenis yang tak boleh simpan chapter lepas tu update lain hari. Aku tak pernah buat jadual kalau buat novel. I mean kat watpad hari tu. Webnovel ni baru start bulan June ni. Tapi kalau aku malas...ah...tunggulah berbulan baru muncul chap seterusnya..hehehe..but masa ni aku tengah rajin.

Ghost_Sinkercreators' thoughts