webnovel

Lukisan Cinta Kita

I dont know how to write synopsis?. So just read it okey? Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru iaitu Lyrine yang dicabar oleh rakannya untuk membuat pelajar lelaki senior mereka yang merupakan seorang ketua samseng, yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang menyerang pelajar sekolah mereka. Ketika menyahut cabara rakannya, Lyrine tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta pandang pertama kepada pelajar samseng itu setelah menatap matanya yang begitu tajam. Menusuk terus ke lubuk hatinya. Dia sering tertanya. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Jaha yang penampilan dahlah selekeh. Kemas lagi rasanya pengemis tepi jalan!. Rambut panjang hampir sama panjang dengan rambutnya...tsk...tsk...what a weird taste Lyrine Jaha pula ialah seorang pelajar samseng yang hebat dalam seni pertahanan diri. Yatim piatu dan tinggal sendiri. Dia amat panas baran, mudah marah dan kaki tumbuk. Dia tidak pernah peduli sama ada orang yang dibelasahnya itu tua, budak atau perempuan. Baginya semua itu sama sahaja. Hidupnya berjalan egitu lancar dengan melakukan benda yang sama sahaja selama beberapa tahun ini, namun berubah dengan kehadiran gadis comel yang begitu obses sekali memgekorinya dan mengintipnya... Namun yang dia hairan. Walau semarah manapun dia dengan pelajar baru yang mengaku jatuh cinta pandang pertama dengannya itu, dia tidak sampai hati untuk memukulnya. Cukup sekadar menengking... ( Perhatian: Cerita ini ada angst yang akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang dalam hidup watak utama)

Ghost_Sinker · Teen
Not enough ratings
21 Chs

Chapter 7

"Cam mana?"

Soal Haziq kepada Jaha yang sudah bangun dari tidurnya. Mata masih merah.

"Gerak sekarang. Aku dah tahu siapa yang trik jembelang kelmarin tu ganggu aku" Kata Jaha. Suaranya dingin sekali. Muka serius. Dia berdiri dari kerusinya.

Haziq mengangguk faham. Dia memandang pula kawan-kawan sekelasnya yang juga berdiri. Semua seperti mendapat signal ketika Jaha bangun dari tidurnya.

Semua melangkah dibelakang Jaha ketika Jaha keluar dari kelas. Wajah Jaha yang begitu serius itu buat mereka nak bakar lilin kat pelajar yang bertanggungjawab membuat Jaha marah.

"Kau tahu kelas hantu tu kat mana?" Soal Zai. Dia turut menyertai Jaha. Dia mahu tengok siapa juga hantu-hantu tu. Dia walaupun dari kelas sains tulen namun dia memang orang yang selalu menyertai Jaha membuat hal disekolah dan juga bergaduh. Lagipun Jaha kawan dia sejak kecil ah. Mana mungkin dia akan biarkan kawannya buat hal dia pula seorang diri menjadi budak skema?. Tolonglah. Budak pintar kebanyakan nakal-nakal tahu. Jadi dia yang kategori budak nakal tapi pintar tu.🤗

"Masih ada lagi hantu kat sekolah kita?" Hairan pelajar lelaki yang lain. Ingat dah bersih dah sekolah mereka dari orang yang membenci Jaha.

"Pasti dari junior" Kata yang lain.

"Tahu. Di kelas 4A" Jawab Jaha.

Zai memandang Haziq. Sebab adik perempuan Haziq ada di kelas itu juga ah.

"No worry. Adik aku tak bodoh nak buat hal kat Jaha" Yakin Haziq. Sebab dia tahu sikap adiknya yang pendiam dan tidak suka bergaul melainkan belajar itu. Lagipun adiknya itu penakut ah. Mana mungkin dia akan sertai geng hantu kat kelasnya itu untuk trik pelajar perempuan mempermainkan Jaha.

Di Kelas 4A pula.

Kelihatan sekumpulan pelajar perempuan sedang duduk mengelilingi meja sambil bergosip. Semua ketawa kecil, geli hati memikirkan hal kelmarin.

"Wei. Aku tak sangka betul pelajar baru tu akan sahut cabaran kita pergi pikat Jaha tu" Kata Diane lalu ketawa lucu.

"Tulah. Akupun tak sangka. Pasti Jaha belasah diakan? Sebab dia tak ada tu datang ke sekolah" Kata Aisyah pula. Kalau mungkin dia nampak Lyrine yang sihat walafiat memungut sampah di padang sekolah, pasti dia akan ternganga, terkejut. Sebab mana ada pelajar yang selamat dari mengganggu Jaha tanpa ditumbuk.

"Muka je comel dan cantik. Tapi lurus bendul!"

"Budak bandar katakan. Manja." Kata mereka lagi.

Kalau Lyrine mendengar apa yang mereka gosipkan mengenai dia dibelakangnya mungkin merah menyala dah mukanya, bengang. Sebab mereka semua itu kawan barunya ah setelah pindah di sekolah ini.

Seronok betul mereka mengata Lyrine dibelakang langsung tidak tahu yang Jaha dan gengnya sedang menuju ke kelas mereka. Kalau mereka tahu, pasti akan menangis ketakutan mereka semua ah.

Haina yang mendengar rakan sekelasnya mengata pelajar baru kelas mereka itu menggeleng dalam diam. Memang cari nahas betul mereka ni. Ingat boyfriend mereka pelajar samseng dari sekolah lain, Jaha akan lepaskan mereka? Heh! Aku ketawa je tengok korang kena dengan kawan abang aku yang macam singa betina mengandung tu!.

"Wei! Apasal Jaha dan geng dia ke ke bangunan tingkatan 4? Diorang nak bergaduhkah kat sini?!" Kedengaran suara cemas pelajar perempuan dikelas lain yang ternampak Jaha dan gengnya naik ke tangga tingkatan 4. Wajah semua serius sekali. Dah serupa penagih hutang.

"Ya Allah. Takutnya. Kenapa diorang nak gaduh kat sini pula?!"

"Diorang nak gaduh dengan pelajar kelas mana? Harap bukan pelajar kelas kita"

Pelajar kelas lain semua panik dan berlari masuk ke kelas masing-masing. Duduk di kerusi meja mereka. Buka buku dan berpura-pura belajar. Ni kalau cikgu nampak pasti akan dirotan tangan semua pelajar ni. Sebab tadi bukan main bising lagi mereka berbual sesama sendiri. Asal ternampak Jaha saja terus seperti dikejar hantu semua berlari masuk ke kelas masing-masing bagi pelajar yang lepak kat beranda sekolah. Berbual kuat pun tidak berani.

"Dah macam filem Genji pula" Kata pelajar lelaki dengan mata bersinar. Lain benar reaksi mereka berbanding pelajar perempuan yang panik. Alah. Jaha itukan bos dan idol mereka. Ah...sungguh merisaukan mentaliti semua pelajar lelaki kat SMK Seri ni.😥