Jane tersedar dari lena dan menoleh ke arah Zein yang masih lena di katil pesakit. Dia baru tersedar yang dia tidur beralaskan bantal empuk.
'Semalam tak ada pula bantal ni..maybe dia la ni.. Sweet je lah dia ni kan...' tersenyum Jane dibuatnya.
Jane bangun dari sofa dan perlahan-lahan menghampiri Zein. Dia menatap lama wajah Zein yang masih lena dan tersenyum sendiri.
'Panjangnya bulu mata dia..'
'Kalau aku usik bulu mata dia mesti dia terbangun..hm'
Kata Jane perlahan. Tangannya tetap juga cuba menyentuh bulu mata Zein.
*Jane akhirnya dapat juga menyentuh bulu mata Zein.
Dia asyik. Sekali. Zein masih lena tidak terganggu.
Kali kedua, Zein bergerak.
Ketiga.
'Zap' tanggan Jane yang bermain-main di bulu matanya dipegang. Jane terdorong sehingga hampir terpeluk Zein. Rapat sangat muka mereka berdua.
"Saya tahu saya kacak. Bulu mata pun cantik..Jangan dengki boleh" kata Zein dengan muka berlagak.
"Mana ada...perasan je awak ni. Saya saja je kacau. Nak suruh awak bangun." Jane tergagap-gagap memberi alasan.
'Hahaha..' Zein tertawa melihat tingkah Jane yang termalu dengan perbuatan sendiri.
Zein sebenarnya sudah pun tersedar apabila Jane mula-mula mengusik bulu matanya.Sengaja ditahan geli untuk menyakat Jane.
"Sayang" panggil Zein.
Jane hanya mengangkat kening bertanya kenapa tanpa bersuara.
"I love you" kata Zein tiba-tiba.
Jane mengukir senyuman dan membalas.
"Me too" kata Jane sambil mencuba membalas pandangan Zein.
'Aduh dia ni..jangan pandang macam tu boleh tak..' bebel Jane dalam hati.
'Dup dap'
'Dup dap'
Jantungnya berdegup laju.
'Kalau lah jantung ni orang boleh dengar, buat malu je.'
Mei cuba melarikan pandangannya. Kadang-kadang memandang ke arah tingkap. Namun setiap kali itulah Zein akan memegang pipinya untuk menarik kembali perhatiannya dan tetap memandang ke arahnya.
Dia masih mengengam tangan Jane sambil menatap lama mata Jane. Jane kadang-kadang melarikan pandangannya. Malu.
Zein tergelak kecil melihat pipi Mei yang merona merah menahan debar di dada.
Zein melepaskan tangan Jane.
Akhirnya Jane dapat menjarakkan dirinya. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang. Sedikit.
'Selamat. Kalau lama-lama boleh meletup jantung aku. Dah lah mata dia cantik'
"Haih, tak kan dengan saya awak nak malu-malu lagi?" Zein tak sudah mengusik Jane.
Jane memandang ke arah Zein.
"Ni berdebar. Macam nak meletup tau" balas Jane sambil menunjuk ke arah dadanya dan kemudian perlahan-lahan berundur ke belakang.
Jane tersenyum memandang Zein yang terdiam seketika dan dia segera berjalan menuju ke tandas.
Zein mengukir senyuman suka.
Di telinga dan matanya bermain-main apa yang dikatakan Jane tadi.
Dalam tandas
Jane memandang cermin.
"Apa aku buat tadi!"
"Jane!"
Lama dia membebel marahkan diri sendiri.
Lepas sahaja bertenang, Jane segera membersihkan diri dan menyarung pakaiannya chiffon flower shirt blouse Korean style (pink) dengan palazzo jeans(cream).
Zein yang angau dengan apa yang dikatakan Jane tadi kemudian mengambil telefon pintarnya dan membelek-belek laman sosial Instagram miliknya. Tangannya terhenti di sebuah gambar.
Tempat percutian.
"4 Days, 3 night"
Dia mendapat satu idea.
Matanya melirik ke arah tandas. Tidak sabar menunggu Jane keluar dari tandas.
Dia bangun dan mundar-mandir di hadapan tandas.
Pintu tandas dibuka.
Jane melangkah keluar dari tandas dengan tuala dibalut di kepalanya.
"Awak buat apa dekat sini?" tanya Jane dengan muka suspen.
"Sorry sikit eh, ingat saya apa.." jeling Zein.
Jane tergelak memandang Zein yang bengang.
"Okay sorry..Ada apa? Sampai tunggu saya depan tandas?" usik Jane.
"Jom..?" kata Zein pendek dengan muka teruja.
"Pergi mana?" tanya Jane pelik.
"Short vacation? Dekat tempat ni.." kata Zein dengan teruja sambil menunjukkan gambar di Instagram tadi.
Jane memandang Zein dan mengangguk bersetuju.
"Yes!" jerit Zein suka.
Jane tersenyum memandang Zein.
'Comel jelah dia ni' bisik hati Jane.
Mereka berdua duduk di sofa dan memilih tarikh yang sesuai untuk bercuti nanti.
"Oh ya, jangan lupa clearkan jadual awak ye cik chef." Zein mengingatkan Jane. Kali ke lima .
Jane hanya menganguk mengiyakan.
Dia kemudian segera menelefon pembantu-pembantu nya.
"Hello..saya nak maklumkan pada tarikh ... saya akan bercuti selama 5 hari. Tapi bakery tetap akan berjalan selama tiga hari ketiadaan saya. Awak bertiga bincang hari apa nak cuti masa tu. Kita akan bincang pasal tu semula bila saya ke bakery nanti okay..Ha, okay,okay..Bye" terang Jane dan kemudian menamatkan panggilan.
Dia kemudian menoleh memandang Zein.
"Puas hati? " kata Jane sambil mengeleng kepala dan tertawa.
Zein apa lagi bukan main suka.
Mereka berdua kemudian duduk bersama dan menempah tempat penginapan serta kereta sewa.
Sedang sibuk melihat tempat peranginan itu, bilik itu dibuka.
Seorang nurse bersama-sama doktor datang menghampiri Zein dan memeriksa keadaan Zein.
"Okay, hasil pemeriksaan keadaan encik semkin pulih. Encik dah boleh discharge sekejap lagi. Pembalut di dahi ni, jangan kena air dulu. Hari-hari sapu ubat kalau nak hilangkan parut tu..Jaga diri okay." terang doktor itu dan kemudian berlalu pergi setelah Zein dan Jane mengucapkan terima kasih.
"Yes!" mereka berdua berbalas tepukan.
Barang-barang mereka berdua dikemaskan dan dimasukkan ke dalam beg. Jane menunggu Zein mengganti pakaiannya.
Tak lama kemudian, Zein keluar dari tandas.
"Jom sayang" ajak Zein tidak sabar sambil menggapai tangan Jane. Dia sebenarnya sudah bosan duduk terperuk sahaja di dalam hospital.
Jane mengikuti sahaja Zein. Mereka keluar dari bilik itu dan menuju ke tingkat bawah hospital untuk membayar bil rawatan.
Jane memandang Zein.
"Alala...tak sabar ye nak keluar?" kata Jane sambil mengusap kepala Zein.
Zein menoleh melihat Jane sambil tersenyum suka.
Usai sahaja membayar bil, mereka berjalan keluar dari hospital dan menuju ke arah kereta Zein.
Zein mahu memandu keretanya tetapi dihalang Jane.
"Awak tu pesakit, baru discharge. Biar saya drive. Awak rest je okay.." kata Jane sambil menyuruh Zein duduk di seat penumpang. Zein hanya patuh sahaja arahan Jane. Dia tidak mahu Jane membebel nanti.
Jane kemudian masuk duduk di seat pemandu dan memulakan pemanduan. Kereta dipandu keluar dari kawasan hospital.
"Sayang.." panggil Zein sambil menarik-narik lengan baju Jane.
"Ye...kenapa?" balas Jane pendek dan tetap fokus memandu.
"Jom makan. Lapar..Heheh" adu Zein sambil mengosok perutnya. Konon lapar lah tu.
Jane menoleh sekilas dan tergelak kecil.
"Dekat mana?" tanya Jane.
"Awak straight je nanti dah nak dekat saya bagi tahu..." kata Zein sambil memandang Jane. Dia tidak henti memandang Jane yang tetap fokus memandu. Tangannya membetulkan anak rambut Jane yang menganggu pandangan Jane.
Jane terkejut dan memandang Zein sekilas.
Zein mengenyitkan matanya ke arah Jane.
Mereka berdua tertawa dengan telatah masing-masing.
"Masuk simpang depan tu sayang" aarah Zein.
Jane hanya mengikut arahan yang diberikan. Mereka hampir tiba di destinasi.
Kereta dipandu menaiki bukit yang di kelilingi pokok-pokok. Redup dan nyaman.
'Wah...tempat apa ni..Tak penah tahu pun' hati Jane berbisik.Dia memandang Zein yang ralit menikmati pemandangan luar.
Tak lama kemudian mereka berhenti di hadapan rumah. Jam menunjukkan pukul 1 petang. Kereta diparkirkan di kawasan parking yang disediakan.
Mereka turun dari kereta. Zein menghampiri Jane yang sedang terpana dengan keindahan kawasan itu.
"Cantik kan? Tempat ni tak ramai yang tahu." kata Zein.
"Cantik..nyaman je udara. Ek. Kenapa pula? Kan cantik tempat ni.." tanya Jane pelik.
"Actually, ni rumah private saya bila saya nak rest. Saya ada suruh orang jagakan. Makcik pakcik.Dah macam parents saya. Rumah mereka dekat area bukit tadi kalau awak perasan ada sebuah rumah." terang Zein.
Jane menganguk sahaja.
Zein menggapai tangan Jane dan melangkah ke rumah itu. "Glass House" papan tanda di pintu masuk. Ya. Rumah itu dikelilingi tingkap yang besar. Tinggal dalam rumah tapi rasa macam still ada di luar. Macam tu. Rumah itu dikelilingi pokok-pokok. Macam dalam hutan.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Yes. Dalam rumah pun macam taman, sebuah pohon di tengah rumah dikelilingi kolam. Nature betul.
"Zein? Dah sampai dah...Patutlah lama tak datang...Ada kesayangan dah." usik seorang makcik yang tiba-tiba muncul dari arah dapur.
"Mummy..sorry..Heheh..Taklah..Saya busy kerja. Ni baru ada masa datang, tu bawa dia sekali." dalih Zein.
"Hi Mummy Laila, saya Jane." Jane memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Namun tangan Jane tidak disambut sebaliknya dia dipeluk erat wanita itu.
"Jane tahu tak? Jane perempuan pertama yang dia bawa dekat sini. Tu mummy teruja" bisik mummy di telinga Jane.
Merona merah pipi Jane. Dia memandang mummy meminta kepastian. Mummy menganguk mengiyakan.
"Okay, dah jom kita makan dulu.Nasib baik Zein bagi tahu awal dia nak datang. Sempat juga mummy masak sedap." mummy dengan ramah menarik tangannya dan tangan Zein menuju ke dapur.
Mereka duduk di sebuah meja makan di luar yang menghadap pemandangan kehijauan alam, kolam air terjun yang dibina khas ditepi dan ditemani bunyi kicauan burung.
"Banyak nya mummy masak. Mesti sedap ni" kata Jane sambil memandang masakan mummy dengan berselera.
"Biasa lah Jane, si Zein dah lama tak balik..bila dia kata nak datang mummy siapkan apa yang mampu." balas mummy sambil memasukkan nasi ke dalam pinggan Zein dan Jane.
"Mana daddy, mummy?" tanya Zein sambil tercari-cari kelibat suami Mummy Laila.
Pintu dibuka dari arah dapur.
Kelibat suami Mummy Laila muncul dengan menjinjit beg yang penuh berisi barang. Lelaki itu segera menghampiri mereka dan menyapa.
Daddy Hamqa duduk di hadapan Zein dan mummy pun duduk bersebelahan dengan daddy.
Mereka berempat menjamah makanan yang dimasak mummy dengan penuh berselera sambil berborak rancak.
Jane tidak rasa kekok langsung ketika bersama mummy dan daddy.
Selesai sahaja makan. Jane membantu mummy membasuh pinggan. Daddy dan Zein pula masih berborak di luar.
Usai membasuh pinggan, Jane memotong buah tembikai yang dibeli daddy tadi. Mummy Laila mengeluarkan sebiji kek Secret Recipe dan pinggan kertas serta sudu. Selesai sahaja potong buah, Jane dan mummy membawa kesemua itu ke luar.
Mereka berdua menghampiri daddy dan Zein yang sedang berbual-bual di sebuah bangku yang menghadap pemandangan kehijauan. Jalan raya jauh dari pandangan. Tidak diganggu langsung dengan bunyi bising kenderaan. Tenang dan segar.
'Lama aku tak rasa tenang macam ni' bisik hatinya.
"Sayang...cantik kan..?Awak orang pertama yang datang dekat sini tau..Kan mummy,daddy?" kata Zein sambil memandang Jane yang ralit menikmati pemandangan.
Jane menoleh dan tersenyum.
"Yeke orang pertama ni mummy,daddy?" sakat Jane.
Mummy Laila dan Daddy Hamqa
hanya diam sahaja dan perlahan-lahan tertawa. Seperti menyorokkan sesuatu darinya.
"Tak percaya sudah." Zein buat muka merajuk.
Mereka bertiga tergelak memandang Zein yang sedang merajuk.
"Okay..saya percaya kata awak. Dah merajuk tu, makan ni ha dulu sedap tau...Nganga cepat.." pujuk Jane sambil menyuakan sesudu kek.
Zein termakan pujukan.
Zein menceritakan kenapa dahinya boleh tercedera. Mummy Laila dan Daddy Hamqa terkejut. Mereka menasihatkan Jane supaya berhati-hati.
Mereka berborak sehingga waktu petang menjelang.
Zein, mummy dan daddy sebenarnya mengajak Jane untuk bermalam di situ. Malangnya, dia tidak boleh memandangkan dia perlu menyelesaikan tempahan sebelum dia mula bercuti nanti.
Jane dan Zein bergerak pulang.
Zein yang memandu pulang kerana hari sudah pun gelap lagi-lagi di kawasan itu walaupun jalan di situ tidak terlalu gelap.
"Awak lain kali saya bermalam dekat situ boleh? Mummy dengan daddy tu bestlah..Ramah je. And tempat tu tenang je.." tanya Jane lembut.
"Boleh je..Bagi tahu je bila..mesti mummy, daddy suka.." kata Zein.
Mereka akhirnya sampai di hadapan rumah Jane. Sebelum masuk ke dalam rumah, Zein masuk dan memeriksa keadaan dalam rumah. Bagi memastikan keselamatan Jane.
Jane segera masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Setelah berpuas hati, Zein pun meminta diri.
Sampai sahaja di rumah, Zein menghantar pesanan kepada Jane yang mengatakan dia sudah sampai di rumah.
Mereka berbalas pesanan sebelum mengucapkan selamat malam.
Jane membersihkan diri dan menyarung baju tidurnya. Dia segera melelapkan mata apabila berbaring di katil empuknya.
Begitu juga Zein.
Mereka berdua perlu bangun awal untuk berkerja keesokkan hari. Dan perlu menyelesaikan banyak kerja sebelum bercuti nanti.
Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!
Like it ? Add to library!
*Harap reader until novel ini dapat bersabar. New chapter seterusnya akan diupload lambat sedikit memandangkan saya student tahun akhir. Hehe. Stay tuned and thank you dear reader.