webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · General
Not enough ratings
37 Chs

Trip kita berdua vs lelaki gatal.

Setelah 2 hari bekerja menyiapkan segala tugasan dan tempahan kek, Jane dan Zein akhirnya dapat berehat sebelum berangkat ke tempat percutian mereka berdua.

Jane pulang awal ke rumah untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa bersama.

Sampai sahaja di rumah Jane terus menelefon Zein. Jam menunjukkan pukul 2 petang.

"Hello sayang..haah, baru je sampai. Awak rest lah... Petang nanti nak gerak..Saya nak packing barang saya dulu, lepas tu saya ingat nak tidur kejap" kata Jane.

"Okay sayang..nanti pukul 6 pm saya datang amik awak okay? Bye.." balas Zein.

"Okay, bye sayang..jumpa nanti" balas Jane dan menamatkan panggilan.

Jane menuju ke tingkat atas dan masuk ke biliknya dan membuka almari bajunya.

Dia memilih beberapa helai dress, sweatshirt, leggings, baju tidur, sweater, toiletries, skincare dan beg makeup nya dan tak lupa juga kasut. Tidak perlu bawa terlalu banyak kerana di tempat penginapan itu ada disediakan perkhidmtan dobi. So tak perlu risau jika tidak bawa pakaian mencukupi.

Siap mengemas barang-barang yang perlu dibawa, beg itu dibawa turun dan diletakkan di tepi pintu. Jane kemudian menuju ke tandas dan mencuci muka. Usai mencuci muka, Jane memakai mask MEDIHEAL N.M.F Intensive Hydrating dan berbaring di katil. Dia melihat telefon dan menetapkan alarm pada pukul 5 pm. Dia dengan mudah terlena di atas katil empuknya. Terlalu penat kerana sudah dua hari dia berpenat dan kurang tidur semata-mata untuk menyiapkan tempahan kek sebelum dia mula bercuti.

Tiga jam kemudian.

Alarm di telefon pintarnya berbunyi.

Jane membuka mata dan mengeliat.

'Uargh!!'

'Segarnya..'

'Kena siap cepat ni..kejap lagi dia sampai aku tak siap-siap'

Bebel Jane yang masih di atas katil empuknya.

Jane segera turun dari katil dan menuju ke bilik mandi. 15 minit kemudian dia keluar dengan rambutnya dibungkus tuala. Tuala di kepalanya dibuka, rambutnya yang masih basah dikeringkan menggunakan pengering rambut. Dia kemudian memakai baju t-shirt Puma hitam lengan pendek (dia masukkan ke dalam seluar) dengan Korean High Waist Trousers dengan belt( Red Brick).

Jane mengkrintingkan sedikit rambutnya (Wavy Style) dan turun ke tingkat bawah untuk memakai makeup. Makeup yang dikenakan nipis sahaja memandangkan waktu sudah malam, hanya sedikit bb cream, blusher, lipstick dan mascara. Jane naik semula ke atas, katil empuknya dikemas, tingkap dikunci, dan elektrik di biliknya dipastikan ditutup sebelum turun ke bawah. Telefon, charger dan powerbank dibawa turun dan disimpan di dalam beg.

Jane menantikan kedatangan Zein sambil menonton television.

Tak lama kemudian Zein tiba.

Jane membuka pintu. Nampak sahaja muka Zein, Jane tersenyum gembira. Why? Sebab Zein memakai pakaian yang sama dengannya. Begitu juga Zein. Masing-masing teruja dan tidak sabar untuk tiba di tempat itu.

Beg pakaiannya diangkat oleh Zein dan dimasukkan ke dalam bonet kereta Zein.

Jane menyarung kasut Puma yang dibelinya beberapa hari lalu. Setelah itu elektrik dipadam dan dia mengunci pintu.

Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.

"Sayang..awak nak makan dekat mana? Mesti lapar kan..?" tanya Zein sebaik sahaja kereta memasuki lebuh raya.

"Kita singgah Mcd and Starbucks jelah..drive tru. Nanti saya suap awak. Mesti baby I ni lapar juga kan.." usik Jane sambil mencuit manja pipi Zein.

"Boleh je.. serious ni. Jangan bila dapat awak punya, awak lupa saya dekat sebelah ni" usik Zein.

"Ye..tak nak sudah." ugut Jane sambil memalingkan muka menghadap ke luar tingkap.

"Alalalaaa..sayang saya yang comel ni. Saya gurau je. Dah dua hari tak jumpa. Rindu nak usik sayang saya sorang ni, tak boleh ke?" pujuk Zein yang kejap-kejap menoleh memandang Jane yang sedang mengajuk.

Jane menoleh memandang Zein dengan muka kononnya merajuk lagi.

Zein jadi serba salah. Kepalanya terasa gatal.

"Awak..? Janganlah merajuk..dengan siapa saya nak kawan nanti? Tak kan lah dengan Cik Pon? Cik Pon kan perempuan, nanti awak juga yang jealous..Hm?" pujuk Zein lagi sambil sebelah tangannya mencuit-cuit bahu Jane.

Jane diam. Menoleh memandang ke luar sambil menahan gelak. Tangannya menutup mulut. Tak mahu tawanya meletus. Tapi tak lama.

'Hahahaha' Jane bukan main gelakkan Zein. Dia menjelirkan lidah mengejek Zein.

Jane sebenarnya tak merajuk pun, dia sengaja. Dah dua hari tak jumpa.

Mereka berdua ni suka usik mengusik. Sekepala.

Zein menoleh pelik.

Melihat wajah Zein yang bingung, Jane berkata yang dia hanya sengaja merajuk. Barulah Zein faham.

"Tak apa..Bukan main suka ye kenakan orang.." kata Zein geram.

Kenderaan mereka melalui 'Drive-thru' McDonald's. Jane memesan GCB(Grilled Chicken Burger), Apple Pie, Spicy Chicken (2) dan Iced Caramel Macchiato. Zein pula Smoky Grilled Beef, French Fries dan Caramel Cappuccino. Usai membayar, mereka memandu keluar.

Mereka menyambung perjalanan ke destinasi mereka. Perjalanan masih jauh. Jane menemani Zein memandu.

'Matahari terbenam'

'Langit berwarna oren merah'

'Burung-burung mula terbang kembali ke sarang masing-masing'

"Sayang tengok matahari tu, nak terbenam dah!" jerit Jane teruja sambil tangannya menepuk perlahan bahu Zein yang fokus memandu.

Zein menoleh memandang ke arah yang Jane tunding.

"Woah... cepat amik gambar sayang! Kemera dekat dashboard tu. Cepat!" Zein teruja sama.

Zein mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta di tepi jalan untuk memudahkan Jane mengambil gambar matahari sedang terbenam. Saat yang susah dapat. Lagi pun mereka sedang berada di high way atas bukit. Lagi mudah untuk mengambil gambar dan kereta tak banyak yang lalu.

Jane mengambil gambar mereka berdua berlatarkan pemandangan matahari sedang terbenam itu.

Kerenah Jane dilayankan saja. Bahagia melihat senyuman Jane.

Setelah puas mengambil gambar mereka berdua kembali meneruskan pemanduan. Mereka mahu tiba awal di destinasi.

Perjalanan yang jauh membuatkan Jane mengantuk kadangkala dia terlena juga akhirnya.

Zein menoleh memandang ke arah Jane yang senyap saja dari tadi.

"Lah... dah tidur rupanya.... Patutlah senyap je dari tadi sayang ni.. Hahah" tertawa kecil Zein apabila melihat telatah Jane.

Kepala Jane yang terlentok kejap ke kiri kejap ke kanan.

Jane masih lena dalam posisi duduk yang tak selesa itu membuatkan Zein mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta di tepi jalan.

Seat Jane di turunkan sehingga Jane tidur selesa. Selimut yang disediakan sebelum mereka bergerak dicapai dari seat belakang.

Zein menyelimutkan Jane dan merendahkan suhu aircond kereta.

Setelah memastikan yang Jane lena dan selesa di sisinya, Zein kembali meneruskan pemanduan.

Kereta dipandu berhati-hati kembali memasuki lebuh raya yang lengang. Coffee Starbucks sudah hampir habis diteguk bagi menghilangkan mengantuk. Sudah kali ke lima Zein menguap.

'Tak boleh jadi macam ni'

'Aku kena stop juga dekat mana-mana beli coffee' bebel Zein sorang diri.

Kejap-kejap dia menoleh memandang ke arah Jane. Jam di pergelangan tangannya dilihat.

Waze di telefon pintarnya dilihat kejap.

'Beberapa jam lagi dah nak sampai ni' bebel Zein apabila melihat jarak perjalanan mereka dengan destinasi yang ingin ditujui semakin dekat.

Kereta yang dipandu memasuki selekoh masuk ke Hentian R&R Risda Keratong.

Zein memberhentikan kereta betul-betl berhadapan dengan gerai makan dan juga Starbucks.

Dia menoleh memandang ke arah Jane yang masih terlena di sebelahnya.

Perlahan-lahan bahu Jane digoncang.

Jane membuka matanya memandang ke arah Zein yang masih melihat ke arahnya dengan penuh kasih. Jane mengeliat sambil tersengih malu.

Serba salah. Sepatutnya dia menemani Zein sepanjang perjalanan tadi, ni tidak.

"Dah sampai ke? Kita dekat mana? Sorry tertidur tak temankan awak drive" kata Jane dengan muka serba salahnya.

Zein tertawa kecil melihat Jane yang serba salah.

'Comel' bisik hati Zein.

"Belom lagi. Kita berhenti dekat R&R Risda Keratong, Pahang ni. Lagi sejam dua kita akan sampai.. Dah dekat, tapi saya nak makan dulu. Lapar, mengantuk..." kata Zein sambil mengosok-gosok perutnya. Kononya lapar.

"Alooo sianya sayang saya ni. Jom, kita makan dulu yea... Nak makan apa?" kata Jane sabil mencbit manja pipi Zein. Geram.

Zein mengangkat bahu tak tahu.

Mereka berdua turun dari kereta dan berpimpinan tangan ke arah gerai-gerai makan melihat makanan yang dijual.

Setelah memilih apa yang mahu dimakan dan membayarnya, mereka duduk dan mula menjamah makanan.

Selesai saja makan, Jane bangun menuju ke tandas awam R&R tersebut. Manakala Zein yang menunggu Jane di tempat makan mereka tadi bangun menuju ke gerai berdekatan dengannya untuk membeli makanan ringan dan air tin Nescafe.

Selesai sahaja urusan Jane di tandas, dia berjalan kembali ke ruang makan R&R itu.

Walaupun jam masih menunjukkan pukul 8.30 malam, keadaan di sekitar tandas awam itu sedikit sunyi. Orang awam juga tidak ramai yang berhenti di Hentian R&R ini.

Kerana suasana yang sunyi Jane berjalan dengan lebih pantas untuk segera sampai ke ruang makan itu. Mahu cepat-cepat kembali kepada Zein.

Tiba-tiba seorang lelaki memakai mask hitam dan bercap biru gelap menghampiri Jane dari arah tepi dan menghalang laluannya.

"Hi awak.. sorang je ke? Kalau sorang, biar abang temankan.." sapa lelaki gatal itu.

Jane cuba mengelak dari diganggu namun jalannya tetap dihadang lelaki gatal itu.

"Sombongnya..... lagi awak sombong lagi awak cantik! Abang lagi suka! Jomlah ikut abang, kita makan sama-sama.." pujuk lelaki gatal itu sambil cuba menggapai tangan Jane supaya mengikutinya.

Jane berundur sedikit demi sedikit sambil mengertak lelaki itu.

"Jangan dekat! Aku jerit nanti!" gertak Jane.

Lelaki gatal itu semakin berani mendekati Jane apabila menyedari kawasan itu sunyi. Tiada orang.

Jane semakin panik. Telefon pintar di tangannya berbunyi. Tepat pada waktunya.

Dengan pantas Jane menjawab telefon pintarnya. Namun lelaki gatal itu merampas telefon pintar Jane dan memadamkan panggilan itu.

Muka Jane pucat. Ketakutan. Berharap yang Zein akan segera ke tempat itu.

Lelaki gatal itu ketawa gembira apabila menyedari yang Jane ketakutan.

Zein di tempat makan R&R.

Dia sudah lama menunggu Jane di situ.

'Biasanya Jane tidak akan lama macam ni' bisik hati Zein.

Zein menelefon Jane. Panggilan itu segera dijawab Jane namun tiada suara.

"Sayang? Ke.." kata-kata Zein tergantung.

'Tut...." panggilan itu ditamatkan.

Zein semakin pelik apabila panggilan itu tiba-tiba diputuskan Jane begitu sahaja.

Dia segera bangun dan berlari laju menuju ke arah tandas awam.

Apabila Zein tiba berdekatan kawasan tandas awam itu, matanya segera tertumpu pada kelibat Jane yang diganggu seorang lelaki.

Zein menyergah lelaki itu dari jauh sambil mendekati mereka. Bersedia untuk menyerang lelaki gatal itu.

Melihatkan Zein yang semakin menghampirinya dengan bengis, lelaki gatal itu segera berlari beredar dari kawasan itu.

Telefon pintar Jane yang dirampas lelaki gatal itu dicampak ke lantai sehingga pecah skrin.

Zein yang termengah-mengah kerana berlari mencari Jane kelegaan melihatkan sosok tubuh orang yang dicarinya selamat di hadapannya.

"Sayang.. awak okay?" soal Zein apabila melihat Jane tiba-tiba terduduk ketakutan di lantai koridor itu.

"Oo..okay... telefon saya..Rosak dah.. Kenapa lambat..?" kata Jane terketar-ketar. Air matanya mula berjuraian ke pipi. Teresak-esak.

"Shh..sorry okay. Sayang, awak selamat sekarang. Saya ada. Jom..." pujuk Zein sambil membantu Jane bangun. Mata Zein meliar memandang sekeliling. Sentiasa berhati-hati. Bersedia melindungi Jane.

Jane berhenti menangis dan bangun.

Hati Jane lega Zein ada bersamanya.

Mereka beredar dari tempat itu dan segera menuju ke kereta.

'Di dalam kereta'

Zein segera membukakan botol mineral yang dibelinya tadi dan memberikannya kepada Jane.

Jane meneguk minuman itu dan memberikanya semula kepada Zein setelah selesai.

"Jom...lambat pula nanti kita. Saya okay..jangan risau." kata Jane apabila menyedari yang Zein masih risau akan dirinya.

Zein mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata Jane.

Apabila melihat keadaan Jane yang sudah bertenang, Zein memandu beredar dari Hentian R&R itu.

Jane merenung ke luar tingkap kereta. Memerhatikan lampu-lampu jalan.

Zein fokus memandu sambil mendengar lagu yang dipasang. Sesekali dia akan menoleh memandang Jane di sebelahnya.

Sebenarnya dia masih risaukan keadaan Jane.

Setiap kali Zein menoleh melihat Jane, Jane akan menoleh sama dan memberikan senyuman ataupun mengenggam tangan Zein sekejap.

Jane tahu yang Zein masih risaukannya.

Kali ini mereka tak berhenti di mana-mana. Tidak mahu apa-apa terjadi lagi.

Air tin dan makanan ringan yang dibelinya tadi habis dimakan mereka berdua semasa memandu sepanjang perjalanan.

6 jam pemanduan, akhirnya mereka tiba di destinasi perlancongan mereka berdua.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 11.30 malam.

Im back!! Sorry korang tak update story ni. Sibuk sikit. Tapi dont worry okay, saya tak akan biarkan story tergantung. Jalan cerita ada cuma xupdate je. Hehe. By the way, thank you ya.. And stay safe, jaga diri dear reader.

JH_Dreamcreators' thoughts