Hari Selasa bersamaan 1 Ramadhan, rumah kedai Chandan Putri
Selamat bepuasa wahai sahabat handai rakan taulan sepanjang zaman. Kepada yang non-muslim! Say, hi!! Wassap guys? Have a good day??! Ada ke yang nak try berpuasa macam orang Muslim?? Sure!! Our, pleasure!!😄😄
Sekadar pengalamankan. Bukannya selalu, ya.😏😏😏
Nak cerita pasal puasa ke, beb?? Bosan arrr...dahlah tengah puasa!!🙄🙄
Ada aku kisah...Heh! apa-apa pun, aku tak ada pun nak ceritakan sangat pasal puasa. Cuma, first's day ini. Ramai sangat excited. Aku pun sama. Excited gila dengan kedatangan bulan puasa ni.😝😝
"Seronok, sebab nak rayalah tu."😒
Sememangnya, buat masa ini. Aku belum terfikir nak raya, even tak terfikir yang rupanya aku tak standby pon baju raya, kasut raya and tudung raya. Huhuhu...!! Eleh, habis yang kau tulis ini. Tak terfikir ke?!! Acah baik. Baling kurma nanti, kenyang satu hari.😠
Tak!! serius, puasa kali ini. Aku tak macam dulu. Dulu...jangan. Semua aku prepare awal, walau puasa pun tak penuh. Kantoi...😎😎
Kita ini, perempuanlah. Allah bagi ABC/Allah Bagi Cuti..hehe!!🤭🤭🤭
Tetapikan, kau orang ada terfikir atau tidak, masa kita excited nak puasa ini...ada juga yang bersedih di hari pertama Ramadhan. Aku straight forward-"Inna Lillah Wainna Ilaihi Rojiun, buat rakan sekolah menengah." Ibunya meninggal dunia pagi tadi. Aku tak mesej dia. Risau ganggu. Aku faham..bila kita sedang bersedih. Nak hadap telefon-SANGAT PAYAH.
Tambahan..yang pergi, adalah orang yang kita sayang. Yang kita paling dekat. So, tadi. Aku sembang dengan cousin dia, yang juga kawan aku di sekolah yang sama. Aku doa, keluarga dia kuat menghadapi hari-hari mendatang. Hilang ibu, umpama hilang dunia. Gelap segala-galanya. Allah Maha Tahu.
Itu asbab, kenapa aku sentiasa doakan ibuku dipanjangkan umur. Aku pernah kehilangan tunggak pimpinan dunia, di waktu umurku masih muda dan jahil. Sangat terasa, walau waktu itu masih dalam lingkungan umur yang hanya tahu main sahaja. Dan, jangan nak melompong apabila aku ceritakan yang aku main dengan mak sedara tatkala ayahku sedang di sebahyangkan.
Kau bayangkanlah. Bertapa sengal aku, time itu. Umur budaklah katakan.💆♀️💆♀️
Bila aku ceritakan bab ini. Aku teringat Teacher Anizan cakap di dalam kelas. Cikgu Bahasa Inggeris, but sangat banyak ilmu agama yang aku salute dekat cikgu aku ni. Profession tak menghalang ilmu. Cikgu Anizan; "Ibubapa kita (orang yang disayangi), bukan pergi untuk selamanya, tetapi pergi DAHULU sebelum kita. Sebab, mereka dah ada tiket untuk ke sana. Kita..masih belum terima tiket lagi."
Ya, aku setuju dengan kata-kata teacher aku. Lagipula, kebanyakkan muslim tahu. Kematian yang di atas muka bumi ini, mempunyai fasa-fasanya sebelum ke tempat paling akhir.🙂
Fasa satu atau pertama->>Alam Roh👻
Alam yang dimana. Roh kau dijadikan dan masih tak mempunyai jasad. Alam ini, adalah alam yang engkau membuat perjanjian dengan Pencipta engkau.
Fasa dua atau kedua->>Alam Rahim🤰
Alam ini, adalah engkau berada di dalam rahim ibu atau kantung peranakan di dalam perut ibu. Di alam ini, kau sudah memiliki jasad sesuai dengan diri engkau sendiri. Dan, perjanjian engkau dengan Allah sudah termaktub di 'luh mahfuz.'
Fasa tiga atau ketiga->>Alam Dunia.🌍
Alam ini, pandai-pandai kau jelaskan sendiri. Sebab, kau sememang dah ada di dunia. Hah, inilah alam kau. Apa pula aku nak explain lelebih. Banyak sudu dari kuah..
Fasa empat atau keempat->>Alam Barzakh.🛏️
Haa...alam inilah yang kita gelarkan kematian pada seseorang yang sudah meninggal. Apabila sesorang hamba itu dileraikan nyawanya. Dia akan berada di sini, di alam yang di gelar alam barzakh. 🛤️Tempat perhentian yang sementara sebelum pergi ke stesen yang terakhir. Sewaktu berada disini, kita akan dibahagikan kategori mengikut umum. Kategori taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka.
Sesiapa yang berbuat baik atau jahat, sudah dijalani hukumannya mulai di stesen ini. Macam mana tahu. Belajorlah yoep!! Haaa...majoriti Muslim's people tahu bab ini. That's why, ada cerita Alam Barzakh di TValHijrah, Stesen television Malaysia.📺 Dan, sesiapa yang minat dengan majalah Mustika. Pasti tahu. Susah sangat, kau cari dekat youtube. Taip je, teledrama Alam Barzakh.
Aku harap, kita tak tergelincir di alam ketiga sampai buat kita dihukum di alam keempat. Hanya Allah sahaja tahu, sakitnya azab yang Dia ciptakan.
Yang terakhir fasa lima atau kelima->>Alam Mahsyar.
Alam Mahsyar merupakan alam timbang. Atau bahasa mudah. Alam pengadilan bagi semua hamba yang diciptakan. Dari sezarah dosa hingga segunung pahala, akan dihitung setiap satu. Disinilah yang membawa kita ke tempat terakhir. Adakah disitu kita akan bersenang lenang atau bedesah kesakitan.
Weh, apa ni!!! belajar agama ke? 🤨🤨Dah habislah...tak payah nak soal kemudian. Bila dalam bulan puasa macam ini. Kita hanya ingat nak buat persiapan raya. Tapi, kita ingat tak nak buat persiapan mati? SENTAP, BEB😏. Mati ini, bak kata Laksamana Sunan yang dikarang oleh Ramli Awang Mursyid.
"Mati itu pasti, hidup InsyaAllah."
Sekian guys! Nite^^
Memalam macam ini, sembang santai je guys..