Apa khabarrr, bro!! 🙋♂️🙋♂️ Memalam cengini, ada yang dah lolap mata ke??? Dah tido, baguslah. Sebabnya, aku masih berjaga dengan kepala rasa nak pecah dan segala-galanya tak jadi guys!! Pernah ke, jadi macam aku??
So siapa yang pernah, jangan risau. Aku tak akan bagi tip-tip atau petua untuk cantumkan kepala yang dah pecah.🙅♂️🙅♂️ Just, pergi hospital dan minta doktor cantumkan. Kalau malas, tahap badak berendam. Bolehlah guna gam 3 second atau gam gajah.
Malas tahap nafsu syaitan. Haa...biarkan ianya begitu sahaja. Pandai-pandailah cantum sendiri. Hehe...sekejap ya.
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!😫😫😫😫😫😫
Geram betul aku dengan laptop ni. Huh!! jumaat ni, kena bawa jugaklah, laptop ke hospital. Karang, kalau lambat lagi. Memang nak kena hempuk, agaknya. Kerja punyalah belambak tak siap. Tetap, tak mahu betul jugak. Sakit weh....
Okay. Alang-alang kau orang dah baca ni. Dari dengar luahan dendam perasaan aku yang tak akan habis sampai esok pagi. Aku nak kasi ceritalah sikit. Maybe, dengan dengar cerita macam ini. Senang juga aku nak tidur lena.
Kisah ini, bukan kisah rekaan semata-mata. Tapi kisah benar, yang aku tokok mengokok sikit.
🤔First time masuk menengah, aku dah kena masuk asrama. Apa tidaknya, kalau berulang alik dari rumah. Membazir minyak dan air liur sahaja. Jauhnya, satu jam setengah jugaklah nak sampai ke sekolah. Jadi, my mom decidedkan, aku akan masuk asrama.
So, masa sekolah asrama. Perasaan memang macam nervesss ala-ala nak jumpa calon suami. Merepek! Hahah...taklah, nervous tu ada. Biasalah. Baru pertama kalikan. Dan ada risau, bila terpengaruh dengan cakap-cakap orang, mengatakan. Duduk asrama, banyak GHOST...huuuuuuu~😨😨😨
So, mesti kena hafal doa dan ayat pendinding. Paling porpular, bagi aku adalah surah Ayatul Kursi. Tak hafal, memang teruklah.😔
Jadi, aku memang teruk. Bukan tak hafal, apatah lagi tak nak menghafal. Cumanya, aku jenuh menghafal. Tak dapat-dapat. Nak nangis woo..hingga aku terpaksa buka AL-QURAN, dan baca Yasin terus. Hari-hari pulak tu, beb!!
Ayat hebatkan.
Satu hari, malam itu. Runtin biasa aku, sebelum tidur. Baca Yasin dan renjis air yang dibacakan surah ke sekeliling katil. Ikut lawan jam. Usai semuanya. Aku pun tidur.💤💤
Katil aku double decker. Aku tidur atas, dan member senegeri, tidur bawah. Time inilah.....kawan aku nampak something depan katil aku.😧😧😧
weh!! mata aku dah ngantuk. Savenya cerita untuk esok.
Gud nite guys pada yang belum lagi nak bersedia pergi kerja esok. Even, esok kena masuk kerja awal...hukhukhuk (Sedih mak hang...)
...Dei,....tak ada masa nak tidur.😤
Pagi yang hening dan bening. Setenang air di tasik Chini. Kawan yang tidur bawah katil aku, datang panggil aku. Lama juga, baru dia nak cerita dekat aku.
Dia cerita, malam itu dia terjaga dari tidur. Entah macam mana, dia ternampak lembaga besar, agak tinggi dengan lidah yang terjelir sampai ke lantai.
Aku telan air liur. Gulp!😲😲
Berdiri depan katil aku, tapi berjarak. Lembaga hitam berbulu lebat itu, asyik pandang katil aku. Lama weh....Mungkin kawan aku, rasa selamat kot.That's why dia tanya aku. Apa yang aku buat. Lembaga itu, tak berani nak dekat. Hanya pandang je.
Bulu ruma di tengkuk hingga di celah ketiak. Merinding beb! Aku sengih, dan memang aku hormat pada ayat-ayat Al Quran.
Aku cerita pada kawan aku, apa yang tiap malam aku buat dan amalkan. Sejak itulah, air bacaan Yasin yang aku baca tiap malam. Di kongsi beramai-ramai. Wahhh...apa punya malasnya mereka. Hei....sabar jelah.😏
So. and the end. Selalu-selalulah amal ayat suci Al Quran bukan bermakna kena hafal semua. Atau baca seluruh naskhah. Tapi, try amalkan sedikit ayat untuk diri kita.
So kau orang...,lambai tangan!!👋👋👋 Baguslah, kau orang ini. Dengar cakap.
Just nak bagi tahu. Dia dah balas balik lambaian kau orang. Dia cakap, bila nak tidur??? Heh..heh...🙁🙁