Setibanya aku di Triang aku terus pergi ke lokasi projek seperti diarahkan oleh bos aku.Ketika itu ada beberapa orang serta Mr wang sedang berbincang tentang projek itu.
Aku pun menghampiri mereka.Lantas mereka tanya apa yang terjadi pada aku selepas mereka mendapati beberapa luka yang disebabkan oleh kemalangan di Temerloh tadi.Aku pon berkata kepada mereka "Tiada apa Mr wang..sikit saja luka ini tadi saya jatuh".Mr wang tanya aku berulang kali sama ada aku okay atau tidak.Aku terus menjawab yang aku okay dan boleh meneruskan perbincangan.
Walaupun rusuk aku dalam keadaan sakit aku tetap teruskan demi mengumpul duit untuk menghalalkan perhubungan aku dengan dia.Setelah beberapa jam,perbincangan pun tamat.Ketika aku berjalan untuk ke motor aku ada seorang daripada kumpulan Mr wang menghampiri aku dan berkata."Iqbal you punya rusuk ada sakit ke?".Aku terus terkejut macam mana dia tahu tentang rusuk aku yang sakit.Aku pun terus menjawab kepada dia yang aku tak sakit.Dia kata dia tidak mempercayakan aku dan kata dia perasan aku menahan sakit pada rusuk ketika perbincangan dan lawatan tapak projek tadi.
Aku yang dalam keadaan serba salah pun mengaku yang rusuk aku ada berasa sakit tapi sedikit sahaja.Dia terus memarahi aku kerana aku memaksakan diri dan bertanya kenapa aku memaksakan diri aku.Aku menjawab yang aku lakukan ini semua demi kerja .Dia tersenyum dan berkata Mr wang suruh aku berehat beberapa hari sebelum bekerja.
Aku pun terus ke motor untuk pulang ke rumah ibu bapa aku yang berada di triang.Setibanya aku di rumah aku terus masuk ke bilik aku untuk berehat.Aku mengambil telefon dan menelefon si dia dan setelah beberapa jam kami berborak...aku dan dia tidur sambil membiarkan telefon aku terbuka dan masih dalam panggilan bersama dia.
Pada esok pagi aku bangun dan mengejut dia sambil aku bersiap untuk pergi ke chemomoi untuk membantu rakan aku mengangkat buah sawit.Aku membuka telefon bimbit aku dan terperanjat atas apa yang aku baca .Bekas kekasih si dia chat aku dan mengatakan yang dia telah kembali bersama si dia.Aku dalam keadaan yang tidak percaya aku terus cuba menghubungi si dia tapi panggilan aku telah disekat.
Ketika di waktu tengah hari aku menerima panggilan daripada dia dan mengatakan yang dia dah kembali kepada bekas kekasih dia.Ketika mendengar apa yang dia kata aku sakit hati dan terasa macam diri aku dikhianati oleh orang yang aku sayang dan orang yang aku paling percaya.
Dia terus menamatkan panggilan.Aku yang sedang mengangkat buah sawit bertambah penat dan sakit yang aku alami mula mengalirkan air mata.Aku terasa macam diri aku dipergunakan.Kebiasaan lelaki lain akan tinggalkan perempuan seperti itu.Tapi disebabkan perasaan sayang dan kasih membuatkan aku setia tetap menunggu si dia.
Setelah beberapa minggu dia putus semula dengan bekas kekasihnya itu.Dia kembali kepada aku semula .Aku fikir keadaan akan jadi seperti asal kembali dan perkara macam ni tidak akan berulang lagi tetapi rupanya jangkaan aku itu salah setelah beberapa bulan aku dengan dia perkara ini berlaku semula.Aku nampak dia curang dengan aku tetapi aku memilih untuk senyap dan memberi dia waktu untuk memperjelaskannya pada aku.Tetapi perkara yang sama berulang sehingga suatu ketika aku yang sedang mempersiapkan diri aku untuk menghadapi exam semester 2 diploma aku.
Dia menelefon aku dan mengatakan bekas kekasih dia akan membuka aib dia dan mengugut si dia aku yang panas terus menelefon lelaki itu tetapi panggilan aku tidak dilayan.Pada malam itu aku meminjam telefon bimbit rakan aku boy dan menelefon lelaki itu dan aku terus mengatakan yang kalau dia berbuat demikian aku akan cari dia sampai lubang cacing.Pada mulanya dia ketawa fikir aku tidak boleh melakukan apa apa.Tapi ketawanya tidak lama setelah aku membaca maklumat peribadi dia secara lengkap dan tepat.
Dia terus menangis dan berkata dia tidak akan melakukannya. aku pun terus suruh dia block no telefon kesayangan aku itu.Aku pon kembali semula bersama si dia sehingga 2 minggu selepas exam semester 4 diploma aku.