Duit simpanan daripada kerja yang aku lakukan selama ini telah mencukupi RM10K.Aku memberanikan diri aku menyatakan yang aku ingin masuk meminang si dia sebagai tanda ikat hubungan aku dan dia.Pada mulanya seluruh ahli keluarga aku menentang kerana aku baru habis exam diploma aku dan aku masih tidak mempunyai kerja tetap.
Aku tetap berkeras dan berusaha membuktikan yang aku serius atas keputusan aku ini.Lama juga aku bergaduh dengan semua keluarga aku tentang hal ini tetapi pada akhirnya mereka semua bersetuju.Aku dan keluarga aku berangkat untuk ke Maran kerana keluarga aku mengadakan kenduri tahlil kepada arwah atuk aku .
Setelah selesai kenduri aku menyatakan hasrat aku itu untuk bertunang dengan si dia dan semua persiapan sudah disiapkan.Aku pun telah membeli cincin pertunangan yang bernilai Rm 500 ketika itu.
Pada hari esok aku menelefon dan bertanya dia berada di mana kerana pada hari itu pihak kolej dia membenarkan dia untuk pulang ke kampung untuk bercuti.Aku pelik dengan dia kerana dia mula menolak panggilan aku dan terus sekat nombor telefon aku.Aku cuba juga menelefon diri dia beberapa kali tapi tetap sama dia masih sekat aku.Pada malam itu ada seseorang lelaki yang bernama si H (bukan nama sebenar) menghantar pesanan melalui instagram aku.
H: "assalamualaikum,ni pakwe irah ke?"
aku: "Waalaikumsalam ye kenapa?"
H: "berapa lama dah bercinta dan kau masih sayang pada dia ke?"
aku:"3 tahun dan aku masih sayang pada dia"
H :"aku pakwe baru irah kau tinggalkan dia je lah"
Aku yang mendengar perkataan itu aku mula lemah lutut aku aku macam percaya dan tidak percaya semua itu.Aku cuba menelefon dia aku cuba menghantar pesanan pada dia tapi semua tidak berhasil.Keluarga aku yang di dalam rumah tengah menyiapkan persiapan rombongan meminang kerana tarikh aku nak meminang diri dia pada hari esok.Aku terus masuk ke dalam rumah dan menyatakan yang dia dan mempunyai lelaki lain.Aku yang malu pada keluarga aku dan semua keluarga aku memarahi dan mencemuh aku kerana si dia meninggalkan aku setelah persiapan telah di siapkan.
Pada malam itu juga aku mengambil kunci motor aku dan terus kembali ke Triang dengan perasaan yang pilu dan malu .Aku terasa macam diri aku ni tertekan atas semua ini.Aku telah meninggalksn segalanya demi si dia tapi aku dikhianati seperti ini.Setibanya aku di jambatan Temerloh aku mencampak cincin yang aku belikan untuk dia ke dalam sungai pahang.Aku terus memecut motor aku.Malam itu sedikit hujan aku hilang kawalan atas motor aku dan eksiden di temerloh kepala aku terhentak di besi pembahagi jalan di tepi.
Aku pengsan di tempat kejadian.Sebaik aku sedar,aku mendapati diri aku telah berada di atas katil hospital aku dengan tangan aku bercalar teruk aku disapa oleh keluarga aku dan aku bertanya pada mereka berapa hari aku tidak sedarkan diri.Mereka menjawab sudah dua hari.
Aku pun terkejut setelah mendengar yang aku tidak sedarkan diri selama dua hari di hospital.Pada petang itu aku dibenarkan keluar hospital dan dibawa ke rumah untuk berehat.Selepas dua hari aku mula berangkat untuk pulang ke kolej aku.
Selepas daripada kemalangan itu aku mula kerap sakit kepala yang amat dan mula kuat mengantuk.Kadang kadang darah pada hidung aku keluar.Syukur ketika itu Pdp aku sudah habis aku pulang ke kolej hanya untuk melaporkan diri sahaja.
aku dah tidak aktif seperti dulu aku tidak boleh bermain takraw ,rugby atau futsal bersama rakan aku di kolej aku hanya banyak berehat dan menyendiri.Si dia menelefon aku dan meminta maaf atas semua ini dan terus menyatakan yang dia terjatuh hati pada lelaki itu secara tidak sengaja.Ketika aku mendengar itu aku mula mengalirkan air mata aku dan kepala aku menjadi sakit sangat sampai rakan aku jomi dan boy terpaksa membantu aku memakan ubat tahan sakit.
Jomi dan boy memarahi aku dan menasihati aku agar meninggalkan perempuan seperti itu.Aku yang mendengar mula terfikir tapi hati aku masih sayangkan dia dan tak dapat nak meninggalkan dia.Aku menyatakan pada jomi dan boy.Jomi yang marah akan jawapan aku terus melempang aku dan mengatakan yang aku ni bodoh.
Aku tetap menunggu si dia .Untuk pengetahuan semua aku tak pernah meninggikan atau menengking si dia semasa kami bercinta.Aku pun tidak pernah mengongkong si dia.