webnovel

feelingless

Dia merupakan watak utama dalam hidupnya yang lalu, disebabkan itu nyawanya berakhir tanpa mengenali dunia yang ingin dijelajah. Dia diberi peluang untuk hidup kembali, dia meminta untuk dilahirkan di dunia yang berbeza dan tidak mahu bersinar seperti sebelum ,apabila terlahir semula beberapa perasaan miliknya tidak bersama dengannya. bagaimanakah kehidupan yang akan dilaluinya tanpa perasaan-perasaan di dunia baru itu (rekaan semata-mata)

NAFaS · Fantasi
Peringkat tidak cukup
16 Chs

Bab 10 (edit)

Garh mengambil barangannya dan meneruskan berjalan, Sar yang menyorok di bawah pokok menjenguk keluar, melihat Garh berjalan mendekatinya sambil membawa beg.

"Dah pergi?, mana beg aku?"Ujar Sar.

"Ambil sendiri"Garh berjalan dengan laju.

"Haa, tunggu akuuuu"Sar berlari ke arah bertentangan kerana mahu mengambil barangnya.

Setelah memasuki kawasan hutan Sar berjaya mengejar Garh.

"Apa sarjan cakap tadi?"

". . . . tak ada apa"

"Ye ke?,. . . .tapi baguslah dia bagi barang kita"

Mereka berdua hilang kata-kata, dan meneruskan berjalan, siang mahu berganti, keadaan sekeliling semakin gelap, waktu untuk makhluk malam berjaga, perjalanan mereka diiringi bunyi-bunyi daripada makhluk-makhluk itu, tiba-tiba terdengar suara nyanyian yang merdu, senja mereka yang tenang berubah menjadi tegang.

Sar yang mendengar suara nyanyian itu berhenti dengan mengejut, dia melihat sekeliling mencari dari mana arah suara itu, Sar kemudian menutup rapat mulutnya menggunakan tapak tangan kiri, dia melihat Garh hanya berjalan selamba, Sar kembali berjalan, dia sempat menggosok tengkuknya, suara itu semakin kuat, Sar menepuk bahu Garh, tetapi tiada reaksi yang diberi, Sar yang semakin gusar itu memerhatikan sekelilingnya dengan cekap, Garh yang berjalan dengan kelajuan yang sama dengan Sar itu tiba-tiba berlari ke depan dengan kencang.

"Errrmmmm, oooooi"Sar menjerit dengan menutup mulut.

Sar kemudian mengejar Garh yang tiba-tiba berlari itu, tetapi Garh berlari sangat pantas melepasi rintangan yang menghalang jalannya, Sar pun kehilangan Garh.

Sar terus berlari sehingga Garh terlihat semula, Sar melihat Garh sedang mengutip kayu ranting yang berselerakan di atas tanah, di depan Garh pula terdapat seorang nenek tua yang hanya berdiri melihatnya, nenek itu pun tersenyum, Sar yang gusar itu memalingkan mukanya.

"Ini saje ke, nek?"ujar Garh yang sudah selesai memungut ranting kayu.

"Ya cu, terima kasih"

"Nenek betul rupanya, ingatkan. . . . ."Sar menggaru kepala.

"Nah, bawak ni"Garh menyerahkan selonggok ranting kayu yang sudah diikat kepada Sar.

"Nek, naik, biar saya bawa nenek"Selepas memberi ranting itu kepada Sar, Garh merendahkan badannya di hadapan nenek itu.

"Malu lah, nenek boleh jalan sendiri"

"Dah gelap ni, bahaya kalau terjatuh, saya masih muda dan kuat, silakan"

". . . . . baiklah"nenek itu menaiki belakang Garh.

Mereka bertiga meneruskan perjalanan.

"Nak hantar dekat mana?"Ujar Garh.

"Di depan tu ada kampung, hantar sampai situ, cucu ni nama siapa, dari mana nak ke mana?"

"Saya Sar yang ni Garh, kami dari selatan, nak ke ibu kota."Sar menjawab nenek itu.

"Senja-senja ni nenek buat apa dekat dalam hutan?"ujar Sar lagi.

"Nenek cari kayu api."

"Kesian nenek, cari sorang-sorang, nenek tak ada sesiapa ke?"

"Tiada cu. ."

"Tadi ada orang menyanyi, ada dengar tak nek?"

"Ha, malunya, cucu dengar ke?"

"Nenek yang menyanyi ke!, . . . .hebat la nenek, merdu sangat"

Nenek itu hanya tersenyum, perbualan mereka pun terhenti. Keadaan sekeliling sudah gelap sepenuhnya.

"Sar, cari kayu, buat obor."Ujar Garh.

"Ha!,. . .ok."Sar melihat sekitarnya mencari kayu yang boleh digunakan untuk dijadikan obor.

Selepas menjumpai kayu yang sesuai, dia mengambil kayu itu. Sar memfokuskan pandangannya pada hujung kayu tersebut, beberapa saat kemudian kayu itu menyalakan api, terjadilah obor yang menerangi jalan mereka.

__________

Di dalam sebuah kampung kecil, bangunan di situ berdiri daripada kayu, terlihat beberapa orang berkumpul memegang obor berdiri di depan pintu gerbang bahagian dalam kampung itu.

"Kita mulakan pencarian sekarang"Ujar seorang lelaki yang berdiri di tengah kumpulan itu.

Kumpulan itu berpecah dua dan keluar dari pintu gerbang tetapi mereka terhenti sebaik sahaja melihat cahaya obor yang di bawa oleh Sar, jauh di hujung jalan.

"Reu, ada orang"ujar seorang lelaki dalam kumpulan itu.

"Far, Urt, hmm"Reu menggelengkan kepalanya satu arah.

Far dan Urt, mereka berdua kembali ke dalam dan masing-masing mengambil tombak besi.

__________

"Depan tu ke?, ramai betul orang"ujar Sar yang melihat sekumpulan orang memegang obor.

"Ye, depan tu"balas nenek itu.

Mereka bertiga semakin hampir di depan pintu gerbang kampung mendekati kumpulan manusia yang membawa obor itu.

"Nek Sha?, nek Sha ke?"ujar Reu yang berjalan ke arah obor yang dibawa Sar, dia juga memegang obor, mukanya jelas terlihat kerana disinari cahaya obor itu.

"Ye, ni nek Sha"nek Sha menyahut panggilan Reu apabila melihat mukanya.

"Nek Sha!,. . .huuuh"Reu menghembuskan nafas lega.

__________

Di dalam rumah nek Sha, Garh dan Sar duduk di atas kerusi kayu bersama dengan nek Sha, Reu dan seorang lagi perempuan.

"Nek Sha pergi mana, risau saya"Ujar perempuan itu sambil menggenggam tangan nek Sha.

"Nek cari kayu api, tak perasan kayu api dah habis, dah senja, nek tak nak susahkan Rea"

"Tak susah pun nek, datang je bila-bila, dah banyak kali tau nek buat macam ni."

"Ye lah, lagipun ada Sar dan Garh yang tolong nek tadi."

"Hehe"Sar tersenyum sambil memegang belakang kepala.

Garh tidak membuat reaksi.

"Terima kasih, Sar, Garh, saya ada bawa makanan, mari, makan sama-sama"Rea mempelawa semua yang berada di dalam rumah itu.

Mereka semua makan malam bersama-sama.

Sedang asyik makan makanan, Garh melihat wajah Rea yang sedang makan itu, dia melihatnya beberapa kali, manakala di depannya pula, Reu sedang memerhatikannya dengan serius, Sar menundukkan kepalanya kerana dia juga perasan Reu melihat ke arahnya.

"Askar?"ujar Reu yang sedang melihat Garh.

Garh hanya menganggukkan kepala.

"Siang tadi, kapal lalu, sama ke?"ujar Reu lagi.

Sama seperti sebelum, Garh hanya mengangguk sahaja.

"Kenapa jalan kaki?"Reu melonggarkan  pandang ketatnya.

". . .saja, latihan."Garh sambung menyantap.

"Latihan apa?. . . ."

"Rue, cukup, nanti je"Rea menyampuk kata-kata Reu.

"Siapa tadi, Garh?, Sar?, adik saya ni, dia ni memang ada cita-cita nak jadi askar."

"Ooh,. . . . .fuh."Sar menegakkan semula kepala.

"Patutlah kuat angkat nenek tadi,. . . askar."nek Sha menyelit.

Garh memberi senyuman kepada nek Sha.

"Malam ni rehat dulu di rumah nek, sambung esok je perjalanan tu"

Sar menoleh ke arah Garh, Garh menganggukkan kepalanya kepada Sar.

"Baiklah nek, terima kasih"Sar menerima pelawaan nek Sha.

__________

Semua sudah selesai makan, Garh masih duduk di meja makan bersama Rea dan nek Sha, Sar pula berdiri di luar rumah bersama Reu, mereka berdua sedang berbual sesuatu.

"Macam mana boleh tahu aku dengan Garh askar?"ujar Sar.

"Dulu ada askar pernah datang sini, beg yang dibawa sama macam tu"Reu melihat beg Sar dan Garh yang diletakkan di pintu masuk rumah nek Sha.

"Betul ke beg tu boleh boleh masukkan banyak barang?"Ujar Reu lagi.

"Haah, tapi bukan semua barang boleh dimasukkan, cuma barang yang dah ditanda, seperti, makanan, senjata dan beberapa barang peribadi, semua barang tu dah direkodkan, kapasitinya tak besar sangat, beg ni item yang dicipta untuk kemudahan askar, jadi tak ada jual di luar."

"Hmm,. . . ."

"Reu, dah, balik, mereka berdua nak berehat, esok je"ujar Rea yang baru keluar dari rumah nek Sha.

"Ye."

Selepas Reu dan Rea pulang, Sar masuk ke dalam rumah nek Sha, dia membawa masuk barangnya sekali dengan barang Garh.

"Gunalah bilik ni ya, tandas ada di belakang"nek Sha menunjukkan bilik yang boleh digunakan kepada Garh dan Sar

"Terima kasih"Garh memberi senyuman kepada nek Sha.

__________

Malam yang cerah, di dalam bilik umpama sebuah kotak yang kosong yang boleh memuatkan lima orang di dalamnya, Sar yang lena dibuai mimpi bergolek ke kanan dan kiri, dia tersedar selepas kepalanya menindih batu kerikil.

"Aduh, erh! . ."

"Hu?"Sar melihat tiada Garh di sebelahnya.

"Emm?"Sar duduk, dia melihat seluruh bilik kecil itu atas dan bawah, selepas puas meneliti, dia pun memberatkan matanya semula, membawa kegelapan malam bersama.

. . . . . . . .

. . . . . . .

. . . . . .

. . . . .

. . . .

. . .

__________

"Oi bangun, kita gerak sekarang"Garh menggunakan kakinya untuk menggoyangkan badan Sar.

"Hhu!"

". . .sekarang?."Sar terkejut dan terbangun dari tidurnya.

Sar mula mengemas barangnya selepas itu mereka berdua berjalan keluar dengan senyap, meneruskan perjalanan yang jauh.

__________

Mereka sudah memasuki kawasan hutan yang tebal.

"Haaaaaooh"Sar menguap sambil memegang obor.

"Kau tidur dekat mana tadi?"mata Sar masih separa terbuka.

". . .aku tidur bilik lain."Garh yang berjalan di depan Sar juga memegang obor.

"Bilik lain?, haaaoooh, . . . . .yang mana satu, cuma ada dua bilik je dalam rumah nek Sha, bilik yang aku tidur dan bilik nek Sha. . . . . . ."Sar melihat ke bawah, tanah yang dia pijak mengeluarkan cahaya samar, tetapi dia tidak menghiraukannya.

"Kenapa gerak sekarang, esok kan boleh, huh! . . ."Sar terlanggar badan Garh yang berhenti berjalan.

"Kenapa berhenti?"Sar melihat Garh di depannya hanya berdiri tegak.

"Hm?. . . .HA!"Sar cuba melihat ke depan, pandangannya terhalang oleh badan Garh, mata dan mulutnya terbuka luas selepas melihatnya

Keadaan sekeliling menjadi senyap, tiada lagi pokok dan semak-samun,

"HA!"Sar menjatuhkan obornya ke bawah, kemudian dia menoleh ke kiri dan kanan.

"Kenapa kita dalam gua?"Ujar Garh.

"Ni mimpi,. . . mimpi,. . . mimpi,. . . mimpi. . ."Sar memejamkan mata sambil menampar kedua pipinya.

". . . . .BUKAN MIMPI!"Sar menjerit selepas membuka matanya dengan perlahan.

"HAAA!, aku lupa, ada hutan yang belum diteroka dekat kawasan ni, tidaaaaak."Sar menjerit lagi

"Apa masalahnya?"ujar Garh lagi.

"Dari cara kita masuk sini, tak salah lagi, ni. . . . . dungeon, Aaaaaa!"

Dungeon, ciptaannya bermula pada awal kurun pertama, adakalanya sebuah penjara, adakalanya juga sebuah tempat penyimpanan harta dan semuanya berada di bawah tanah, dicipta daripada pelbagai jenis sihir dan skill, ada yang bertingkat, bercabang atau bahkan luas merata, atau mungkin juga ia bukan suatu yang dijangka.

Banyak terdapat di kawasan terpencil, banyak yang sudah diteroka, banyak lagi yang belum, untuk memasukinya memerlukan syarat-syarat tertentu, sekali masuk, peratus peluang untuk keluar tidak mencapai dua angka kerana sesetengah dungeon terdapat banyak perangkap samar yang dipasang dan ada juga labirin yang memutar belitkan fikiran.

"Shhhhh!"Garh memberhentikan jeritan Sar.