webnovel

Bab 9

Matahari sudah mula menggelungsur, ‍‍Sar dan Garh sedang berjalan ke arah utara di kawasan tandus dengan hanya membawa sedikit bekalan untuk menempuh perjalanan yang panjang.

"Ikut jalan ni lebih cepat sampai?"ujar Garh.

"Betul, menurut aku punya ingatan, rute ni yang paling pendek, lebih kurang lima atau enam hari perjalanan, ada dua lagi rute yang boleh dilalui, rute pertama tu jauh, dua minggu baru sampai, rute kedua biasanya digunakan oleh para pedagang tapi jaraknya tak jauh beza dengan rute pertama." Sar berjalan sambil memegang kompas.

"Tu pun kau punya skill?"

"Tak lah, aku ada ingat sikit-sikit je peta benua ni masa belajar dekat akademik ketenteraan."

"Berapa skill kau ada?"

"Satu je, . . .aku dapat skill tu masa umur aku sepuluh tahun, masa kecik dulu aku ada teropong kayu, memang selalu la aku guna."

"Buat ngendap orang"Garh menyelit.

"Ha!,. . .ma. .mana ada, aku tak pernah terfikir pun nak buat macam tu." Sar sedikit terkejut dan mukanya terlihat kemerahan.

". . . .aku selalu guna untuk tengok haiwan dari jauh, kampung aku dekat dengan kawasan pergunungan jadi banyak jenis haiwan aku tengok, aku suka tengok naga. . ." Sambung Sar.

"Nak jadikan cerita, ada satu hari tu aku punya teropong patah dua, aku buat macam-macam cara nak sambung balik tapi makin hancur, jadi aku putus asa je, lepas tu aku ubah hobi aku sikit, . . ."

"Skodeng orang"Garh menyelit lagi.

"Bukan!, mana ada"Sar meninggikan suaranya sedikit.

"Aku cuba tengok benda yang ada depan aku, batu, bunga, kayu, aku ada terfikir, benda yang jauh boleh di dekatkan, jadi benda yang dekat tu boleh tak di dekatkan lagi, sebelum teropong aku rosak, aku ada terfikir macam tu juga, benda yang pertama kali aku tengok, batu, aku tonyoh batu tu dekat mata aku, tapi tak nampak apa-apa, lepas tu aku cuba banyak benda, balik rumah je mata bengkak, lepas dah baik, aku buat lagi, bengkak lagi, lebih kurang setahun aku buat macam tu. . ."

"Bodoh"Garh menyelit lagi.

"Haha, ye le, baru sepuluh tahun, lepas tu mak aku dah tak bagi keluar, dah lama macam tu, aku pun keluar lagi, pergi markas aku, aku perasan ada bunga tumbuh dekat dalam tu, aku punya keinginan pun muncul, bunga tu memang cantik, cantik giler, mula-mula aku petik sekuntum, perhati je, aku ingat mak aku kata, jangan tonyoh benda dekat mata, lepas tu aku petik lagi sekuntum, nak bagi mak aku, dah ada dua kuntum satu tangan kanan, satu tangan kiri, perhati lagi, aku terus tonyoh dekat mata, mula-mula tu memang rasa nikmat sejuk je mata, aku tekan lagi, gosok-gosok sikit, tiba-tiba je mata aku terus rasa sakit macam terbakar, lepas tu aku jadi gila sekejap, aku hentak kepala aku dekat batu lepastu aku lari laju-laju langgar pokok, berkali-kali aku buat macam tu, mata aku je yang sakit tapi luka dekat badan aku teruk giler, masa tu aku tak boleh kawal badan aku, aku sedar je dah dalam rumah, rupanya-rupanya bunga tu beracun, guna 'Potion' dua hari dah pulih"

"Potion apa?"

"Mak aku guna 'Blue Potion', lepas pulih tu, aku ada rasa pelik, aku rasa ada sesuatu dalam diri aku yang berbeza, macam. . . .mmmm, susah nak terangkan tapi aku rasa, aku dah boleh dekatkan benda yang jauh, jadi aku cuba tengok orang. . . .bukan skodeng, tengah bekerja, masa aku nak cuba tu, aku ada dengar satu perkataan dalam kepala aku 'zoom' aku sebut perkataan tu, . . . . . . .dari situ lah awal skill aku"

"Tak tanya pun"

Mereka berdua meneruskan perjalanan.

__________

Tiga buah kapal laut terapung di atas air di pesisir pantai yang diperbuat daripada kayu, tidak mempunyai layar, askar-askar yang datang dari ibu kota telah selesai tugasnya dan mahu kembali ke sana, telah memasuki kapal itu. Seorang lelaki melaporkan kepada kapten Rha bahawa kapal sudah sedia untuk bergerak.

Di dalam kapal itu terdapat satu bebola keristal berwarna putih lutsinar, kapten Rha kemudian menyentuhnya, kristal tersebut mengeluarkan cahaya putih, kapal pun bergerak meninggalkan air, terbang ke udara, dua kapal di belakang mengikuti, salah satunya diterbangkan oleh sarjan Mahhar, hanya orang tertentu sahaja yang dapat mengaktifkan kapal itu.

"Sarjan, bagaimana dengan barang kepunyaan Sar dan Garh."seorang askar menyapa sarjan Mahhar tentang barang kepunyaan Sar dan Garh yang berada di dalam kapal itu.

"Biar saja di situ."sarjan Mahhar sedikit tersenyum.

__________

Hanya sejengkal jika diukur jarak matahari yang mahu tenggelam. Terdapat sedikit tumbuhan-tumbuhan di atas tanah, Sar dan Garh telah melepasi kawasan tanah yang tandus itu. Mereka tidak berhenti berehat sepanjang mereka berjalan.

"Ada satu kampung dekat depan, dalam lima kilometer."Ujar Sar.

"Lari, sebelum matahari terbenam."Garh berlari anak.

Suasana yang sepi diganggu apabila Sar ditiup angin yang kuat dari belakang.

"AAAAAAAAku jalan dulu"Sar berlari dengan laju sambil menjerit, memotong Garh menuju ke kawasan berpokok beberapa ratus meter di hadapan.

Garh pelik dengan tindakan Sar itu, dia kemudian menoleh kebelakang, terlihat sebuah kapal besar terbang di udara yang sedang merendahkan ketinggiannya, Garh berhenti daripada berlari anak sambil menghela nafas, dia hanya melihat ke depan.

__________

"Rendahkan ketinggian"ujar sarjan Mahhar yang berdiri di hujung kapal itu sambil melihat ke bawah.

"Bawa ke sini barang-barang kepunyaan Sar dan Garh"ujar sarjan Mahhar lagi.

Kapal yang merendahkan ketinggiannya, berada beberapa meter di atas Garh.

"Mana?"Sarjan Mahhar menoleh kebelakang melihat askar yang berada di atas hanya terdiam selepas menerima arahan daripadanya.

"Ambil sekarang!"Sarjan Mahhar menengking.

Seorang askar yang terkejut selepas sarjan Mahhar menengking, terus bergerak mengambil barang tersebut, dua buah beg dan sebilah belati diletakkan di sebelah sarjan Mahhar, barang-barang itu kemudian dicampak ke bawah berhampiran Garh.

"LIHAT, INILAH MUKA ORANG YANG MELANGGAR ARAH KAPTEN RHA. . . ."sarjan Mahhar mahu berucap tetapi dia terhenti apabila melihat askar-askar yang berada di atas kapal memalingkan pandangannya.

Garh hanya memandang ke depan dan tidak bergerak.

"Naikkan semula."sarjan Mahhar memberi arahan.

Dengan lantas kapal dinaikkan selepas sarjan Mahhar memberi arahan. Kapal itu meninggi hingga hilang selepas merempuh awan.

"Kenapa kamu semua takut sangat dengan si Garh?"sarjan Mahhar berpaling menghadap anak buahnya.

Seorang lelaki ditolak kehadapan dengan paksa oleh sekumpulan askar yang menundukkan kepala ke bawah.

"Aku lagi. . .hrrmm."kata lelaki itu, lelaki itu juga yang mengambil barang Sar dan Garh sebentar tadi.

"Ada satu hari tu, . . . .ketika itu sarjan belum berpindah ke sini, . . . .  ada orang ambil barang Garh, lepas tu. . . . . ."lelaki itu menerangkan perkara yang berlaku.

"Lepas tu apa?"

". . . .dia belasah satu kem semata-mata nak cari barang dia, orang atasan pun sekali dia jalan. . ."

"Barang apa?"

"Belati yang tadi tu, kami bukan takut, cuma tak nak berurusan dengan orang yang bermasalah."

Sarjan Mahhar memandang kehadapan semula, lelaki itu pula kembali kepada kumpulannya.

"Sapa yang tolak aku tadi."Kata lelaki itu kepada kumpulannya.

"Kau sorang je yang tak kena dengan dia, adil la."

"Adil la. ."

"Betul tu. ."

Sekumpulan askar itu memberi penjelasan kepada lelaki itu.

"Padan muka, hihi."kata lelaki itu lagi.

Next chapter