webnovel

Pertaruhan (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

'Baik? Jun Wu Xie berfikir sendirian. She tidak merasakan dia melayan Mo Qian Yuan dengan baik.

Mereka cuma mempergunakan satu sama lain untuk mencapai matlamat mereka.

"Saya berani buat begini kerana Abang ada di sini." Jun Wu Xie mendongak untuk memandang Jun Wu Yao. Kalau Jun Wu Xie tidak mempunyai Jun Wu Yao yang berkemahiran hebat di belakangnya, dia tidak akan melepaskan peluang untuk membuat serangan pertama. Namun dengan adanya Jun Wu Yao, tidak ada apa yang Kumpulan Qing Yun boleh lakukan untuk menentangnya. Jadi lebih baik dia menggunakan peluang ini sepenuhnya.

Mempergunakan sesuatu dengan sepenuhnya sememangnya cara dia bertindak.

Jun Wu Yao terkejut dan matanya dipenuhi kegembiraan.

Apa yang Jun Wu Xie katakan tadi benar-benar menyenangkan hati pembunuh ganas yang melakukan pembunuhan tanpa berfikir ini.

"Apa saja yang kamu mahu, Abang akan uruskan," kata Jun Wu Yao sambil ketawa. Hanya beberapa hari saja lagi. Dia akan membiarkan cacing-cacing yang tidak penting itu hidup lebih lama sedikit.

Mata Jun Wu Xie berkelip-kelip sambil dia berfikir, 'Kadang-kadang Jun Wu Yao ini lebih memanjakan saya berbanding Jun Xian.'

Abangnya ini boleh tahan juga.

"Buka mulut." Jun Wu Xie tiba-tiba bersuara.

Jun Wu Yao membuka mulutnya tanpa teragak-agak. Seketika kemudian, satu eliksir yang agak manis dituang ke mulutnya dan mengalir masuk ke dalam tekaknya. Satu haruman yang manis masih tersisa di dalam mulutnya dan kehangatan tersebar ke seluruh tubuhnya. Arteri dan urat darahnya menyerap khasiat daripada kehangatan ini dan dia berasa lebih ringan serta selesa.

Senyuman Jun Wu Yao semakin lebar meskipun dia tidak tahu apa yang Jun Wu Xie berikan padanya.

Eliksir ini semuanya dibuat sendiri oleh Jun Wu Xie. Hanya pasangan ayah dan anak Keluarga Jun sahaja yang bertuah dapat merasai eliksir Jun Wu Xie. Hari ini Jun Wu Xie menyuapkan satu eliksir ini kepadanya...

Sejak dibebaskan daripada rantai yang membelenggunya, malam ini merupakan malam yang paling hebat baginya.

Sewaktu mereka sampai kembali ke Istana Lin, keadaan malam sunyi sepi. Jun Wu Yao membawa Jun Wu Xie dan kakinya baru sahaja menjejak tanah di halaman Jun Wu Xie apabila gadis itu terhidu aroma wain yang memabukkan.

Aroma yang sangat memikat itu berlegar-legar di halaman. Haruman yang membuatkan seseorang mengidamkan lebih lagi.

"Haruman Nektar Jed?" Hidung Jun Wu Xie berkerut. Haruman ini amat dikenalinya, memandangkan dia menghidu haruman ini setiap hari dalam penanaman Teratai Salji. Namun haruman ini tidak pernah sebegini kuat.

Sebelum Jun Wu Xie dapat memikirkan apa yang telah berlaku, satu ngauman kuat terdengar dari dalam bilik.

[Budak tak guna! Lepaskan saya!] Kucing hitam kecil itu mengiau serta mengaum dari dalam bilik dan bunyi kecoh kedengaran lagi.

Jun Wu Yao berasa ingin tahu dan mengekori Jun Wu Xie yang kelihatan marah, meluru masuk ke bilik itu.

Seorang pemuda tampan yang mukanya kemerah-merahan, sedang menunggang binatang hitam itu dalam keadaan mabuk. Kakinya mencecah lantai yang dingin dan kulitnya yang cerah amat bertentangan dengan bulu binatang itu yang hitam legam.

Binatang hitam itu mencakar-cakar lantai dan cuba mencampakkan pemuda yang berada di belakang badannya itu.

Pemuda kurus yang kelihatan lemah ini seolah-olah begitu berat, dan duduk teguh d atas belakang binatang hitam itu. Dia memegang balang wain di tangan kirinya, mukanya kemerah-merahan dan dia ketawa dengan kejam.

"Geraklah! Cepat! Geraklah! Kenapa kamu tak pukul saya seperti selalu? Cubalah!" Teratai Mabuk tersenyum, kakinya yang kurus memegang binatang hitam itu dengan kuat. Badannya melengkung ke belakang sedikit. Tangan kanannya, menyambar dan memegang kuat ekor binatang hitam itu yang sedang bergoyang kemarahan. Teratai Mabuk memintal ekor itu dan menariknya dengan kuat.

"MEOWWWW!!!" Binatang hitam itu mengaum sekuat hati.